Rejim Si Nangoi
Pemansuhan beberapa syarat untuk melindungi kepentingan bumiputera dan kaum lain dalam sektor-sektor utama termasuk pelaburan asing. Syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan sebelum Najib mengambil alih kerajaan Barisan Nasional April lalu.
"Saya telah berunding dengan para pemimpin utama dan mereka mempercayai kini adalah masanya kami melakukan perubahan, penyemakan semula dan bergerak ke hadapan. Saya rasa rakyat menyedari perkara itu. Sesuatu dasar itu boleh dilihat kepada undi. Ini merupakan salah satu asas demokrasi dan akhirnya anda perlu mendapatkan sokongan rakyat. Saya mahu rakyat menghakimi tindakan saya dan berharap mereka akan memberikan sokongan apabila diperlukan. Ia perlulah adil mengikut cara pelaksanaannya, kita perlu memastikan tiada kumpulan ethnik dipinggirkan dan juga tidak mendapat insentif."
- Datuk Seri Najib Tun Razak
Najib berkata beliau berkeyakinan bahawa rakyat Malaysia secara keseluruhannya, termasuk Melayu dan Bumiputera, akan menyedari bahawa perubahan yang dimajukan oleh kerajaan merupakan cara terbaik untuk bergerak maju ke hadapan.
Kata Otai Regim
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau tidak begitu gembira dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan ia menghakis kepentingan bumiputera negara ini.
“Saya berpendapat segala langkah itu lebih bertujuan untuk menjadi popular. Najib meliberalisasikan ekonomi untuk menarik pelaburan asing. Saya tak tahu sama ada langkah-langkah ini akan membantu eknomi, sebab hakikatnya ekonomi Malaysia telah berkembang sejak kemerdekaan. Ekonomi kurang rancak sekarang, tetapi ini adalah kerana faktor persekitaran luaran, bukannya kerana perkara-perkara didalam negara. Najib harus berwaspada terhadap pelabur asing yang mahukan kawalan sepenuh ke atas syarikat-syarikat pengurusan dana kerana pelabur asing ini tidak ada nilai kesetiaan kepada negara. Mereka berada di negara ini untuk membuat untung. Apabila mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka meninggalkan negara ini dan kita menanggung kesannya. Faktanya ialah ketika kuota bumiputera masih belum dipenuhi, kuota bukan bumiputera pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan. Ia lebih baik berbanding pemerintahan sebelumnya."
- Tun Dr Mahathir Mohamad
(Atas nama globalisasi pemimpin berkomplot sesama sendiri, Atas nama liberalisasi mereka ganyang bahasa sendiri. Apakah bezanya teh tarik dengan jati diri?. Sama saja – ditelan dan dikencing oleh liberalisasi.- BAHA ZAIN: Postponing Truth and Other Poems, KL: DBP. 2008)
Selasa, Julai 07, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Nampaknya Umno di Selangor semakin meroyan untuk merampas kembali negeri itu di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan menyebar akhbar yang be...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. ...
-
Siapa yang terkena dan siapa yang untung disini. Apco worldwide tidak perlu berfikir buat kali kedua untuk menjayakan promosi 1 Malaysia ke ...







0 comments:
Catat Ulasan