Khamis, Julai 02, 2009

> MENTERI KEPALA OTAK BIRU

Kata pengguna:
Ramai pengguna Internet di negara ini tidak berpuas hati serta membuat banyak aduan terhadap tahap kelajuan kemudahan jalur lebar yang diperoleh mereka. Pada masa yang sama, ramai pengguna turut mendakwa kelajuan yang diterima tidak sepantas seperti mana yang dijanjikan oleh syarikat pembekal tempatan perkhidmatan berkenaan.

Kata menteri ngok:
"Sebanyak 20 peratus perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun video lucah daripada Internet dikenal pasti sebagai salah satu punca kelembapan kemudahan jalur lebar di negara ini. Tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya. Ini kerana kumpulan peniaga ini menjalankan aktiviti tersebut menggunakan masa yang panjang untuk memuat turun video lucah dan ini secara tidak langsung mengganggu serta mempengaruhi kelajuan Internet masyarakat umum."
- Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Kata pakar:
Ada banyak sebab yang membolehkan para pelayar di alam cyber mengalami kelembapan untuk mengakses ruang maya yang mereka minati. Internet adalah ruang yang luas yang meliputi semua pengguna di seluruh dunia. Jika anda berlayar di ruangan berita mengenai kematian Michael Jackson mungkin terdapat gangguan kelajuan internet kerana seluruh dunia akan berada ditempat yang sama ketika itu.

Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP): Kadang kala Penyedia Perkhidmatan Internet mungkin menukar konfigurasi jalur lebar dengan memasukkan penapis bagi mengawal rangkaian. Sebagai pengguna perlulah menghubungi Penyedia Perkhidmatan Internet anda supaya sentiasa mendapat tahap kelajuan sebenar.

Konfigurasi Broadband Router: Jika anda menggunakan broadband router pastikan konfigurasinya betul. Konfigurasi MTU (the maximum size of a single data unit) samada tinggi atau rendah boleh juga menyebabkan kelembapan ini.

Pengguna Ramai dengan satu laluan: Bila anda menyewa pakej 512k dan membuka laluan tanpa wayar (Wi-Fi) kepada si A, B,C,D dan E, mungkin akan mengalami kelembapan mengakses ruangan maya.

Ulat internet: Virus juga boleh menjadi penyebab kelembapan ketika mengakses internet. Walaupun ianya satu program yang asing, jangan terkejut jika si virus ini tiba-tiba membuat pelbagai sambungan tanpa pengetahuan anda. Kalau ada anti virus terus scan dan pantau.

Aplikasi belakang: Kadangkala software yang di install seperti P2P (Peer to Peer) juga boleh memperlahankan penggunaan internet anda. Biasanya software ini menggunakan data yang banyak ketika muat turun sesuatu fail. Tapi KOOL.. untuk muat turun cerita terbaru.

Router Gagal: Bila ada penyambungan yang tidak sempurna kepada Router, modem atau wayar telefon, ianya akan menjadi perlahan walaupun hanya browse halaman google.

(Kalau korang tak paham pergilah di pautan kat bawah. Wa tak mahir nak alih ke bahasa melayu... kah..koh..keh...)

>>Kalau berminat pi kat sini>>>

(Moral: Alahai datok rais yatim. Hang hanya tahu adab sopan ja dan janganlah buat statement yang kolot kalau tak tahu langsung pasal muat turun dan naik nih. Si najib pun satu hal... awatlah hang lantik si rais jadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Carilah yang lebih muda dan berkalibar)

2 comments:

BUJANG SUSAH berkata...

nice.. mohon copy bro..

Unknown berkata...

No hal bro.. kasi edar... dan buka era edar.. kah...koh..keh..

Post Haru Biru

Arkib Blog