Khamis, Julai 09, 2009

NASHARUDIN SUDAH SIHAT


Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pagi ini menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang, Selangor ekoran masalah pendarahan usus kecilnya. Beliau dimasukan pagi tadi dan baru sekejap tadi pembedahan selesai. Beliau dijangka keluar petang ini. Beliau tidak ke Manek Urai kerana masalah kesihatan. Dan, hari ini beliau dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan akan berada di Manek Urai Sabtu ini.

Selasa lalu, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata, mereka tidak pernah meminggirkan Nasharudin daripada senarai penceramah di Manek Urai. “Kita buat jadual ceramah hari-hari. Kalau beliau (Nasharuddin) datang baru kita masukkan dalam jadual. Mungkin juga dia (Nasharuddin) segan nak mari,” kata beliau di Kuala Krai.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog