Selasa, Julai 28, 2009

PEMANTAUAN SUARA RAKYAT DARI AGENSI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN


Pihak Polis mengeluarkan arahan AMARAN kepada semua warga kota yang akan menyertai perhimpunan membantah dan menyokong ISA. Bagi mencegah perhimpunan ini, Polis akan mengadakan sekatan jalan raya bermula Khamis ini. Oleh yang demikian warga kota perlulah mencari alternatif pengangkutan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas yang berpunca dari sekatan Polis ini.

Mengapa mereka buat begitu?
Tindakan terbaru Umnobngok negeri Perak menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang masih sah, V. Sivakumar menjalankan hak dan tanggungjawab dengan menggunakan kuasa kerajaan dan polis adalah tidak menggambarkan konsep 1 Malaysia. Dengan tindakan ini akan menurunkan peratus peralihan rakyat dari umnobn ke Pakatan Rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berkata tindakan yang tidak mengikut lunas demokrasi itu menyebabkan seluruh rakyat menjadi semakin gelisah. Lebih malang lagi hak seluruh rakyat Perak kerana para ADUN yang dipilih mereka dihalang untuk memasuki ke dalam bangunan pentadbiran negeri.

(Moral: Jangan terkejut lak dengan permainan Kementerian Dalam Negeri yang selalu menggunakan agensi yang hampir hilang kehormatannya di mata rakyat dengan menyekat, menangkap dan membelasah sesukahati bila ada perhimpunan yang melibatkan Pakatan Rakyat. Tanpa suara keramat rakyat mereka tidak akan berubah, dengan perjuangan rakyat mereka akan rebah)

2 comments:

layarbudi berkata...

Elakkan masuk ke lokasi dengan kenderaan sendiri, sesiapa yang hendak pergi rancang perjalanan dari sekarang, berhenti di mana2 stesyen LRT atau naik Bas RapidKL, kalau dari utara atau timur dicadangkan letak kenderaan di stesyen LRT Taman Melati atau Wangsa Maju dan yg berhampiran, Naik Bas pun OK.. tengok kat sini untuk rancang perjalanan http://www.rapidkl.com.my

Ryan berkata...

Bagus juga naik pengangkutan awam. Kalau naik motor pun garenti kena usik dengan pihak polis.

Post Haru Biru

Arkib Blog