Rabu, Julai 29, 2009

FATWA DIKETEPIKAN JIKA PEMIMPIN UMNOBN

Harakah: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi. Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak ada kekuatan sebagai contoh fatwa melarang memberi penghormatan di Tugu Negara, kalau pemimpin buat pun tidak ada tindakan apa-apa. Manakala ISA pula sudah beribu umat Islam ditahan tanpa bicara, rakyat yang diseksa, ini dikatakan zalim. Kaedah Islam telah menentukan bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah perlu diberi peluang untuk membela diri dan didakwa di mahkamah. Rakyat bukan suka sangat hendak berhimpun dan turun demonstrasi di jalanan tetapi bila hampir tidak ada jalan lain, apa yang kita tidak buat? Kita sudah hantar memorandum, ambil tandatangan orang ramai, kita adakan seminar dan bantahan jadi kemuncak kepada kemarahan kita akan menyerahkan memorandum melalui himpunan aman."
- Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS

Mantan Mufti Perlis berkata
"Fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula,"
- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

(Moral: 1 Ogos nanti bukan satu suasana untuk mewujudkan kekecohan tetapi sekadar luahan rakyat yang berbilang agama dan kaum dalam isu-isu yang berlaku iaitu kezaliman ISA)

2 comments:

member pencen keramat berkata...

Mufti Perak berani keluar fatwa mengenai kerajan PR aja tapi kalau kerajaan BN semuanya boleh. sure heboh dulu haram tapi lani jom hoboh boleh. orang nya sama aje baju aja ditukar,Nizar pegang lilin terus fatwa haram tapi Najib dan bininya hidopkan lilin tak apa sebab Najib PM, Menteri BN semua boleh.

Yusufian berkata...

Bila mufti komplen kerajaan umno sure kena diberhentikan serta merta. Nak tanya satu ja. TAKUT KAT UMNO KA ATAU YANG MAHA ESA??.

Post Haru Biru

Arkib Blog