Memaparkan catatan dengan label isa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isa. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 12, 2011

Perlantikan ISA Samad 'Haram'


TK | Perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) adalah haram dan tidak sah. Ini jika kita amati bahawa beliau bukanlah ahli koperasi yang absah. Ini berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bahawa apa-apa perlantikan lembaga pengarah koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Koperasi 1993 dan undang-undang yang mengawalnya.

Antara yang perlu dipatuhi ialah seharusnya seseorang yang mahu dilantik sebagai lembaga pengarah termasuk sebagai pengerusi haruslah terdiri daripada ahli koperasi yang merupakan peneroka FELDA, atau Generasi Kedua atau Pegawai Tetap. Dalam kes TS Isa Samad beliau adalah pegawai kontrak yang boleh dipertikaikan perlantikan beliau.

Apatah lagi jika TS Isa Samad sendiri yang menduduki sidang mesyuarat perlantikan diri beliau sendiri jelas bertentangan dengan Akta SPRM 2009. Apakah SPRM akan bertindak dalam hal ini? Saya menggesa agar tindakan siasatan segera dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Alasan TS Isa Samad untuk melakukan transformasi dalam KPF jika memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF adalah meragukan kerana 'track record' TS Isa Samad jelas begitu buruk seperti prestasi 22 tahun menjadi Menteri Besar N. Sembilan - Linggi DUN MB pada ketika itu sehingga kini begitu daif pembangunannya, kemudian sebagai Menteri Wilayah juga tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan dan termasuk juga digantung 6 tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana terlibat dan didapati bersalah dalam 5 daripada 9 pertuduhan rasuah politik ketika bertanding jawatan Naib Ketua UMNO pada Pemilihan Agung UMNO September 2004.

Kita bimbang, jika nanti transformasi yang mahu dilakukan TS Isa Samad adalah membawa budaya korupsi ke dalam sistem pengurusan FELDA dan akhirnya koperasi yang bertujuan membantu para peneroka hilang fungsinya dalam menaikkan martabat peneroka-peneroka. PM Najib wajar untuk meneliti semula perlantikan ini atas kapasiti beliau sebagai Menteri yang juga bertanggungjawab terhadap FELDA.

Khamis, September 15, 2011

Esok Ibrahim Ali Dan Perkasa Akan Demo Cabut Bulu Najib La Pulak???

Akhirnya pemerintah kerajaan laki-bini akur dengan tuntutan rakyat. ISA akta zalim..bertahun-tahun rakyat diancam dan ugut dengan ISA...kini tuntutan rakyat adalah benar..kezaliman tetap akan tewas akhirnya. Ibrahim Ali boleh cabut bulu ayam je lar... Kah... Kah... Kah... Kah...
Apa yang jelas, salah satu janji 100 hari Pakatan Rakyat, jika berjaya mentadbir Malaysia untuk memansuhkan akta zalim ini bukan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan sebenarnya. Namun ia sudah dilaksanakan oleh Najib. Sembilan lagi yang tinggal.




Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... bersungguh-sungguh puak beruk umno ni berdemo....

Rabu, Ogos 12, 2009

Polis Hentam Semborono Tangkap Orang Biasa


Ketika saya mengedarkan risalah di hadapan bangunan HSBC di Jalan Melayu, tiba-tiba datang beberapa orang polis meluru ke arah saya dan tanpa memberi salam, salah seorang anggota polis itu bertanya apa yang saya sedang lakukan. Saya cuba memberikan penjelasan kepada mereka sambil menunjukkan tag 'Peguam' yang saya pakai. Akan tetapi, nampaknya mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan saya dan meminta saya mengikut mereka berjumpa pegawai di balai polis. Saya enggan.

Cuba malukan saya
Seseorang yang ditahan oleh polis tidak mempunyai kewajipan untuk mengikut polis itu ke mana-mana sekiranya beliau tidak ditangkap. Maka itulah yang saya lakukan. Setelah melihat keengganan saya, polis-polis tersebut mula berkasar dan mengugut untuk menangkap saya. Maka saya pun bertanya soalan wajib "Kalau nak tangkap, tangkaplah, tapi sekarang adakah saya ditahan?" Polis-polis di keliling saya tidak menjawab. Pada waktu itu, saya yakin bahawa mereka sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Tiba-tiba, datang seorang polis pertengahan umur yang terus memekik "Tangkap dia! Gari!" Yang paling menyakitkan hati, mereka sempat memalukan saya dengan menyuruh beberapa orang polis berpakaian biasa mengambil gambar saya yang telah digari.
-Puspawati Rosman, Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG)

>>Lanjut Merdekareview>>>

Rabu, Ogos 05, 2009

Keuntungan Lumayan Buat Peniaga Yang Buka Kedai?

"Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara AMAN, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi. Sehingga kini, tidak kedengaran ada laporan rompakan, ceroboh, mencuri atau barangan dirampas daripada peniaga pada hari himpunan itu. Yang ada ialah peniaga rugi kerana polis mengarahkan perniagaan kedai-kedai ditutup. Selain itu orang ramai, pengguna dan pelanggan bertempiaran lari bukan suka-suka tetapi ditembak gas pemedih mata dan diasak ganas polis, jadi sebarang kerugian sila tuntut kepada polis dan KDN. Ada peniaga mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut. Angkanya juga dicurigai. Jika sebuah pasaraya kerugian RM300,000 selama 2 jam, berapakah untung yang diperolehi jika ianya beroperasi selama 12 jam, tentunya RM 1.8 juta...jadi LHDN sila siasat jumlah ini. Jika benar tuntut kepada pihak polis dan KDN."
-Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat

"Tuduhan bahawa penganjur GMI dan semua yang terlibat di dalam perhimpunan pada hari Sabtu lalu telah mengakibatkan kerugian yang kononnya beratus-ratus juta ringgit bagi kita adalah satu perkara yang melucukan. Jumlah itu memang dibesar-besarkan. Perkara pokok yang ingin ditegaskan ialah mana-mana pihak boleh nampak dengan jelas kalau BN mengarahkan polis untuk membenarkan perhimpunan itu berlaku, satu perhimpunan yang besar boleh berlaku, dan puluhan ribu peserta tentunya telah menyumbang kepada perniagaan yang ada di situ."
-Sivarasa Rasiah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

(Moral: Pemuda Umno wilayah cuba menjadi ayam jantan bertaji tumpul untuk mewakili para peniaga membuat tuntutan kepada pihak penganjur yang akan menjejaskan imej GMI, NGO dan Pakatan Rakyat yang menentang akta zalim ISA itu. Mengapa polis tidak membuat tangkapan awal untuk mencegah demonstrasi itu diadakan, sedangkan ada laporan yang telah dibuat berhubung perkara itu. Pemuda Umno wilayah perlu mengetahui bahawa KDN dan polis yang mengarahkan premis-premis perniagaan ditutup, di samping mencetuskan suasana huru-hara dengan tangkapan rambang serta tindakan ganas dalam menyuraikan perhimpunan AMAN ISA tersebut)

Pemuda Umno Wilayah Dengan Publisiti Murahan

"Kami akan menawarkan khidmat bantuan guaman secara percuma kepada penjaja dan peniaga di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya bagi menuntut ganti rugi daripada penganjur demonstrasi membantah Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) di sini Sabtu lalu. Di atas kesedaran untuk membantu para peniaga dan penjaja yang mengalami kerugian daripada perhimpunan yang dicetuskan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu. Kami mengambil pendekatan menyediakan peguam mencukupi, membiayai perkhidmatan peguam termasuk menyediakan khidmat nasihat dalam bentuk perundangan. Kita ajukan saman kepada penganjur utama iaitu GMI dan saman boleh dikemukakan terhadap pakatan rakyat jika pihak peguam mendapati terdapat penglibatan mereka dalam demonstrasi itu berdasarkan kehadiran pemimpin utama mereka pada hari berkenaan."
-Rizalman Mokhtar, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

(Moral: Sepatutnya pemuda umnobn wilayah suruh para peniaga menyaman pihak polis yang menjadi pemula huru-hara di perhimpunan AMAN tersebut. Ada berani ka?. Jelas ketakutan terpancar dari juak-juak umnobn dengan kebangkitan rakyat ini. Sebagai rakyat mereka menunjukkan rasa terpanggil untuk bersama Pakatan dan menolak UBN. Himpunan AMAN tempoh hari tidak menyenangkan Najib. Inilah himpunan pertama sejak Najib menjadi PM. Kalau Najib tidak bijak melayani nafsu pakatan rakyat, mungkin himpunan dan perakan lebih besar akan berlaku dari masa ke semasa. Tolak dan tetap menolak. Pemuda umno wilayah akan menggunakan duit rakyat untuk membayar kesemua peguam)

Isnin, Ogos 03, 2009

Rakyat Mara Polis Bikin Huru Hara Politikus Hanya Menikus

"Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata. Mereka Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita."
-Zaid Ibrahim

(Moral: Politikus yang berkuasa untuk membawa perubahan tetapi mendiamkan diri ketika berdepan dengan ketidakadilan, mereka akan terus menggunakan pelbagai kuasa untuk memerintah. Mereka semestinya tidak akan berdemonstrasi. Mereka akan mencari seribu cara untuk menghalang demonstrasi. Ini dapat dilihat keatas pendemonstrasi terdahulu yang mana rakyat membuat bantahan di hadapan Suhakam pada tahun 2001 kerana tahanan Presiden Wakil Pelajar UM begitu juga dengan penahanan mujahidin Malaysia yang didakwa oleh kerajaan sebagai Jemaah Islam (JI). Rakyat bukan saja mengadakan `roadshow' tetapi turut berdemonstrasi di hadapan kem Kemunting. Rakyat juga turut mengadakan bantahan terhadap tahanan reformasi dalam perhimpunan aman di Kesas. Apa yang mereka dapat hanyalah hentakan blantan dari Polis yang BERAJA di Malaysia. Persoalannya bukan mengapa berdemonstrasi, tetapi mengapa tidak boleh berdemonstrasi secara AMAN?)

Ahad, Ogos 02, 2009

ISA, Kerajaan Najib Membelakangi 1 Malaysia

Mereka tidak menimbulkan huru-hara sebenarnya. Demonstrasi yang sepatutnya aman, bertukar menjadi kacau bilau, kerana tindakan polis melepaskan pemedih mata dan menyembur air kimia. Keganasan anggota kudaan Hishamuddin ini merupakan satu penindasan dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata 1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri hanyalah penipuan belaka. Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato' Seri Najib Razak perlu membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata, malah perlu membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Alasan pihak polis tidak membenarkan kami menemui peguam ialah kerana kami belum ditahan. Jadi, yang letakkan kami di pusat tahanan ini apa namanya? Jika kami tidak ditahan, mengapa tidak dilepaskan sahaja?. Kita tidak tahu apa yang mereka mahu. Keterangan tidak diambil, malah terdapat dua tahanan wanita dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil. Atas sebab apa kita tidak tahu. Malah, ada di kalangan yang ditahan telah diambil kad pengenalan mereka tanpa dipulangkan kembali. Mereka yang ditahan bertindak melakukan pelbagai aktiviti bagi memprotes tindakan polis, antaranya melaungkan slogan 'Hidup Rakyat', 'Mansuh ISA', 'Hentikan kezaliman', 'hancur penindasan', 'lawan tetap lawan'."
-Athirah Aiman al-Jundi, Jawatan Kuasa Muslimat PAS

(Moral: Perhimpunan AMAN adalah untuk menghantar tuntutan 10 Deklarasi ISA dan hanya mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini. Tapi apa yang mereka dapat dari pihak polis dan fru adalah semburan air kimia, pukulan belantan, gas pemedih mata, sepak terajang dan ikatan penjerut beg plastik. Mereka dibuat seperti orang yang bersalah umpama komunis, umpama penjenayah, umpama pengedar dadah, umpama pembunuh dan perompak. Perlu ingat wahai polis dan fru yang korang tangkap itu juga merupakan pembayar cukai, untuk digunakan oleh kerajaan membayar gaji korang. Media karat dah tentu melaporkan para pendemontrasi adalah pengacau negara. Perlu ingat kerana Media karatlah terjadinya perpecahan kaum dan sejarah hitam yang berlalu. Alahai media karat kerajaan. Bila pula nak dicromkan)



Sabtu, Ogos 01, 2009

Sekitar ISA, Tenaga Polis Digembling

Menurut seorang SB (special branch), tenaga polis dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka telah dikerah untuk menggagalkan perhimpunan pada hari ini. Menurutnya, polis akan membuat sekatan di setiap hujung jalan untuk memastikan orang ramai gagal sampai ke Istana Negara.

Pemimpin Pakatan Rakyat mengumumkan perhimpunan bersurai, kemudian mengadakan sidang media di dalam ibu pejabat PAS. Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim mendakwa perhimpunan 100,000 orang ini telah berjaya. Gas pemedih mata dan meriam air masih ditembak di depan ibu pejabat PAS walaupun perhimpunan sudah diumumkan bersurai. Polis berada di luar ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut. Polis cuba menyerbu masuk dan menangkap pemimpin Pakatan Rakyat.

Matlamat untuk berarak mengiringi penyerahan memorandum mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Yang di-Pertua Agong agar dihapuskan tidak tercapai. Ini kerana sejak awal pagi lagi polis telah menghalang dan membuat tangkapan terhadap para himpunan. GMI dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang pro-ISA gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.

(Moral: Ha.. ha.. malam ni Datuk Seri Hishammuddin dan Tan Sri Musa Hassan boleh la tidoq lena setelah puas mengkuda anggota fru dan polis serta sb. Kalau semua anggota ini digunakan untuk mencegah jenayah mungkin Malaysia akan jadi negara jenayah sifar yang pertama didunia)















Yang Remeh juga Mampu Menentukan Masa Depan UMNOBN

KUALA TERENGGANU: Hishammuddin berkata, dalam masa dua tahun sebelum Pilihanraya Umum (PRU-13), tiada sebarang akta yang boleh mempertahankan survival politik parti Umno. Dengan tempoh singkat itu dan untuk menentukan survival parti, Umno tiada masa melayan perkara remeh-temeh atau kehendak sesetengah pihak.

"Bagaimana saya hendak jawab pada arwah bapa saya (Tun Hussein Onn) dan arwah bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Tun Abdul Razak Hussein) sekiranya Umno berkubur satu hari nanti. Setiap anggota Umno perlu memikul tanggungjawab besar bagi memastikan parti itu terus relevan untuk generasi akan datang."
-Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Naib Presiden Umno

(Moral: Ketakutan Hishammuddin kian teserlah bila mengatakan tiada sebarang akta yang boleh mempertahankan survival Umno untuk terus bertahan. Walhal dalam diam agensinya digembling tenaga untuk mempertahankan kedudukan umnobn itu sendiri atas alasan rakyat akan buat huru-hara di negara ini. Adakah agensi naungan Hishammuddin menggunakan tema SEKAT, PROVOK, TANGKAP dan SUMBAT ??? Adakah ini akta rahsia si Hishammuddin??? Bagaimana dengan akta ISA???)

Jumaat, Julai 31, 2009

VIEW POINT FROM MEASAT-3


Klik untuk besarkan

HISHAMMUDDIN PERLU SEDAR DAN JANGAN MENGUGUT RAKYAT


KDN dibawah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini di ibu negara.

‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang. Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat.”
-Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Mana hak asasi mereka sebagai warga Malaysia dalam negara DEMOKRASI?
Suara rakyat pada perhimpunan sabtu ini bukanlah untuk menghuru-harakan negara. Jika tiada provokasi dari pihak agensi genggaman Hishammuddin, perhimpunan ini akan menjadi sejarah yang besar dan paling AMAN. Mereka berhimpun sebagai kata sepakat untuk mansuhkan akta ISA peninggalan penjajah.

Semua tahanan ISA dinafikan proses mahkamah dan mereka tidak pernah mengetahui tarikh akhir berada di Kem Kamunting. Kehidupan mereka berada dalam keadaan tidak pasti sepanjang masa. Bezanya ISA dengan akta lain ialah, dalam ISA seseorang pesalah itu tidak dibenarkan mendapatkan peguam untuk mewakili dirinya, tiada pendakwaan oleh pendakwa raya, tahanan tidak boleh diikat jamin, tiada bukti yang dikeluarkan selari dengan tuduhan, tiada proses perbicaraan, tiada hakim dan tiada mahkamah yang menjadi tempat segala proses perbicaraan.

Peguam bela, pendakwa raya, bukti-bukti, hakim dan mahkamah semuanya berada di tangan Menteri Dalam Negeri yang kuasanya terlalu besar. Menteri ini pula biasanya tidak tahu apa-apa mengenai mangsa ISA. Menteri Dalam Negeri bebas menjatuhkan hukuman melanjutkan penahanan setelah mendapat laporan daripada polis cawangan khas (Special Branch).

(Moral: Kenapa ISA, akta tahan tanpa bicara masih dihalalkan? Siapakah yang menjadi ikutan? Allah ataupun syaitan?. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman, marilah sama-sama serlahkan perasaan itu dengan menghadiri himpunan aman MANSUH pada 1 ogos nanti)

Khamis, Julai 30, 2009

PRO ISA WAJIB AMBIL TAHU JANGAN DOK HENTAM SEMBERONO


Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah. Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

(Moral: Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah)

>>Pro ISA dan pembaca lain perlu tahu KEJAMNYA akta ini>>>

Rabu, Julai 29, 2009

FATWA DIKETEPIKAN JIKA PEMIMPIN UMNOBN

Harakah: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi. Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak ada kekuatan sebagai contoh fatwa melarang memberi penghormatan di Tugu Negara, kalau pemimpin buat pun tidak ada tindakan apa-apa. Manakala ISA pula sudah beribu umat Islam ditahan tanpa bicara, rakyat yang diseksa, ini dikatakan zalim. Kaedah Islam telah menentukan bahawa seseorang itu tidak dianggap bersalah perlu diberi peluang untuk membela diri dan didakwa di mahkamah. Rakyat bukan suka sangat hendak berhimpun dan turun demonstrasi di jalanan tetapi bila hampir tidak ada jalan lain, apa yang kita tidak buat? Kita sudah hantar memorandum, ambil tandatangan orang ramai, kita adakan seminar dan bantahan jadi kemuncak kepada kemarahan kita akan menyerahkan memorandum melalui himpunan aman."
- Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS

Mantan Mufti Perlis berkata
"Fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula,"
- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

(Moral: 1 Ogos nanti bukan satu suasana untuk mewujudkan kekecohan tetapi sekadar luahan rakyat yang berbilang agama dan kaum dalam isu-isu yang berlaku iaitu kezaliman ISA)

Selasa, Julai 28, 2009

IBRAHIM ALI YANG TUA DAN KEBUDAKAN


Sepatutnya seorang Ahli Parlimen perlulah mempunyai buah fikiran yang matang, berfikir dengan otak bukannya berfikir dengan buah tut bagi memperbaiki keadaan. Tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat.

Apa kata Pengerusi Biro Latihan KeADILan Kedah kepada Ibrahim Ali?
"Saya menyeru agar beliau segera menginsafi bahawa tindak tanduk beliau sebelum ini, dan sekarang lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat, berbanding usaha memperbaiki keadaan. Terkini, beliau seolah-olah mengugut utk menimbulkan huru-hara ketika rakyat berhimpun dan menghantar memorandum suara hati rakyat, yang tidak redha dengan undang-undang tahanan tanpa bicara seperti ISA dan undang-undang lain yang sepertinya. Ibrahim harus lebih rasional dan insaf dengan suasana kebangkitan dan kesedaran rakyat. Keperihatinan jelas di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, bahawa tindakan kerajaan sebagai penguasa, menyalahgunakan undang-undang zalim seperti ISA mesti segera dimansuhkan. Saya menyeru kepada sukarelawan Gerakan Mansuh ISA (GMI) agar menyediakan petugas mencukupi, serta mengingatkan rakyat yg berhimpun supaya peka dengan provokasi yang mungkin diadakan dan disengajakan oleh pihak yg cuba menimbulkan huru-hara pada perhimpunan aman 1 ogos nanti. Ini susulan kepada sambutan yg begitu menggalakan dari kalangan rakyat seluruh malaysia, dengan jangkaan kehadiran boleh mencecah 500,000 orang."
- Senator Ir. Zamri Yusuf, Pengerusi Biro Latihan KeADILan Kedah

>>Lanjut Pendekar Buncit dari Pasir Mas>>>

(Moral: Sepatutnya KDN menghalang pengikut serta Ibrahim Ali sendiri dari menghampiri tiga lokasi Himpunan Aman. Dah terang Ibrahim Ali mengaku akan menimbulkan huru-hara. Akta ISA adalah tidak relevan lagi ketika ini yang melanggar Hak Asasi Rakyat sebuah negara merdeka bertemakan 1 Malaysia bertelunjuk Najib)

Isnin, Julai 27, 2009

MARAH BETUL PRO ISA



Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu. Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan. Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih. Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari. "
- Rahimuddin Md Harun, Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris)

(Moral: Apa nak heran dengan Khairy Jamaluddin yang pernah menyatakan pemuda UMNOBNgok adalah sebagai PENDESAK kepada parti umnobn. Dia adalah bersifat ayam jantan yang hanya berkokok di kandang dewan tetapi lari menyorokkan diri bila ada yang ingin mendesak. La ni hangpa dah tahu setakat mana jiwa juang si Khairy Jamaluddin yang tidak bertaji.... Chicken Run)

Ahad, Julai 26, 2009

NO 2 ISA

PENDEKAR BUNCIT DARI PASIR MAS


Datuk Ibrahim Ali, dilihat mengugut akan menimbulkan huru-hara jika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak membatalkan cadangan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini. Jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara.

"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara. Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)."
- Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi iaitu kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dengan berpakaian hitam dan merah.

(Moral: Perhimpunan dijangka aman jika SB dan POLIS serta FRU hanya mengawal dan tidak membuat provokasi. Mudah aja)

Jumaat, Jun 26, 2009

> ISA-MUDDIN

Langkah memendekkan tempoh tahanan siasatan sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada 28 hari merupakan antara syor yang dikaji dalam meminda undang-undang itu. Kini polis boleh menahan seseorang selama 60 hari sebelum Menteri Dalam Negeri menghantar mereka ditahan di Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting selama dua tahun.


“Tugas KDN sekarang ini adalah melihat ke hadapan dan mencari jalan melakukan pindaan akta. Tanggungjawab saya adalah kepada rakyat bukanlah pihak Pakatan Rakyat. Pihak mereka hanya meletakkan keutamaan pada ISA, tetapi kerajaan BN melihat akta ini secara menyeluruh. Perkara ini tidak boleh lagi dijadikan isu dan bahan untuk dipolitikkan dalam kempen mereka. Kajian dan pindaan itu amat perlu bagi memastikan akta-akta berkenaan terus kekal relevan dengan perkembangan semasa negara. Sehingga kini, banyak undang-undang yang telah digubal dan menuntut kepada pemindahan mengikut keperluan masa.”
-Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

(Moral: Dah lebih 50 tahun baru nak gubal. Tu pun nasib baik ada yang bersuara... kalau tidak parti pemerintah buat dono ja dan biarkan selama-lamanya... Kalau tutup terus aku rasa lagi relevan kot. Dah tak dak benda lain ka si Hishammudin nak cium. Pisau toreh getah boleh ka..)

Sabtu, Jun 20, 2009

> THE HISTORY OF ISA SEVEN


Satu lagi episod sedih demokrasi Malaysia. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendapati lima aktivis mahasiswa bersalah atas pertuduhan menyertai perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Masjid Negara, Jun 2001. Gerakan Reformasi susulan pemecatan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai 20 September 1998 menyebabkan politik negara bergolak. Pergolakan ini, yang menyeret ribuan anak muda ke jalan-jalan raya, berterusan tanpa henti-henti walaupun selepas pilihanraya umum setahun kemudian. Pada 2000, Gerakan Reformasi meneruskan kempen bantahannya - menjelang dan selepas Anwar didapati bersalah kes kedua pada Ogos tahun itu - sehingga pilihanraya DUN Lunas mencetuskan rasa gerun kepada BN dan kerajaan pada waktu itu.

>>>TOLAK ISA WAJIB BACA>>>

(Moral: Dijalanan kena ISA, Di akhbar ada sekatan, Di blog ada yang dicari polis, Habih kat mana lagi....)

Sabtu, Jun 13, 2009

> SUMIMASEN PKR, AITE IMASUKA?


"Satu berita yang menggembirakan berkuat kuasa hari ini... satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita... perkembangan sangat positif untuk PKR,"
-Anwar Ibramin, PKR

Datuk Zaid Ibrahim (Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) memutuskan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Zaid mencetuskan kontroversi dalam Umno selepas dilihat secara terbuka menghadiri majlis parti pembangkang dan akhirnya dipecat daripada Umno kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan etika parti..... Sayonara

(Moral: Bagus bagi menambahkan kekuatan parti PKR. Jangan dah masuk pastu lompat)

Post Haru Biru

Arkib Blog