Ahad, Ogos 02, 2009

ISA, Kerajaan Najib Membelakangi 1 Malaysia

Mereka tidak menimbulkan huru-hara sebenarnya. Demonstrasi yang sepatutnya aman, bertukar menjadi kacau bilau, kerana tindakan polis melepaskan pemedih mata dan menyembur air kimia. Keganasan anggota kudaan Hishamuddin ini merupakan satu penindasan dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata 1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri hanyalah penipuan belaka. Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato' Seri Najib Razak perlu membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata, malah perlu membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Alasan pihak polis tidak membenarkan kami menemui peguam ialah kerana kami belum ditahan. Jadi, yang letakkan kami di pusat tahanan ini apa namanya? Jika kami tidak ditahan, mengapa tidak dilepaskan sahaja?. Kita tidak tahu apa yang mereka mahu. Keterangan tidak diambil, malah terdapat dua tahanan wanita dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil. Atas sebab apa kita tidak tahu. Malah, ada di kalangan yang ditahan telah diambil kad pengenalan mereka tanpa dipulangkan kembali. Mereka yang ditahan bertindak melakukan pelbagai aktiviti bagi memprotes tindakan polis, antaranya melaungkan slogan 'Hidup Rakyat', 'Mansuh ISA', 'Hentikan kezaliman', 'hancur penindasan', 'lawan tetap lawan'."
-Athirah Aiman al-Jundi, Jawatan Kuasa Muslimat PAS

(Moral: Perhimpunan AMAN adalah untuk menghantar tuntutan 10 Deklarasi ISA dan hanya mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini. Tapi apa yang mereka dapat dari pihak polis dan fru adalah semburan air kimia, pukulan belantan, gas pemedih mata, sepak terajang dan ikatan penjerut beg plastik. Mereka dibuat seperti orang yang bersalah umpama komunis, umpama penjenayah, umpama pengedar dadah, umpama pembunuh dan perompak. Perlu ingat wahai polis dan fru yang korang tangkap itu juga merupakan pembayar cukai, untuk digunakan oleh kerajaan membayar gaji korang. Media karat dah tentu melaporkan para pendemontrasi adalah pengacau negara. Perlu ingat kerana Media karatlah terjadinya perpecahan kaum dan sejarah hitam yang berlalu. Alahai media karat kerajaan. Bila pula nak dicromkan)



5 comments:

Abd Rahman Md Desa berkata...

Kata Dr M konsep 1Malaysia masih belum jelas....paparkanlah di blog tuan...

Tanpa Nama berkata...

Mana dia RAKYAT DIUTAMAKAN. Yang ada Rakyat akan ditangkap jika bersuara. Tu lah ameno karat hanya tahu memuji ASTRO yang membantu warga miskin. Hangpa dok buat apa selama 53 tahun kebelakangan ni. Kenapa dalam jangkamasa yang begitu lama masih ada rakyat yang miskin. Satu lagi polis yang suka ambik rasuah, hangpa tak kesianka anak bini diberi makan dengan duit haram ni. Kalau direnungi RAKYAT DIDAHULUKAN sepatutnya tak dak perkara sebegini terjadi. Najib perlu jawab dengan lebih terang bukannya memberi keterangan yang kabur... kelak akan jadi caca marba dengan konsep 1 Malaysia haprak.

Yusufian.

Zack berkata...

1 Malaysia dah tiada hanya suara kedengaran dari pentadbirnya. Demokrasi dah lenyap kerana juak2 ini yang menjadi sayap. Rakyat didahulukan untuk mengikis pendapatan mereka. Pencapaian diutamakan hanyalah untuk umno sahaja. Rakyat dibandar hanya akan ikat perut sampai bila-bila. Kaji balik akta ISA adalah penyedap buat rakyat yang sebenarnya mereka akan kaji dan kaji sehingga umnobn terkubur. Dah terkubur pun mereka masih mengkaji lagi... kah..kah...

Tanpa Nama berkata...

Tak setuju diaorang buat demo. Apa salahnya call aje najib bantah.

eddie berkata...

Kah.. kah... kalau puak-puak PR call dah tentu Najib tolak. Tapi kalau orang luar call macam obama dah tentu dia layan macam anak emas.

Post Haru Biru

Arkib Blog