Jumaat, Jun 26, 2009

> ISA-MUDDIN

Langkah memendekkan tempoh tahanan siasatan sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada 28 hari merupakan antara syor yang dikaji dalam meminda undang-undang itu. Kini polis boleh menahan seseorang selama 60 hari sebelum Menteri Dalam Negeri menghantar mereka ditahan di Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting selama dua tahun.


“Tugas KDN sekarang ini adalah melihat ke hadapan dan mencari jalan melakukan pindaan akta. Tanggungjawab saya adalah kepada rakyat bukanlah pihak Pakatan Rakyat. Pihak mereka hanya meletakkan keutamaan pada ISA, tetapi kerajaan BN melihat akta ini secara menyeluruh. Perkara ini tidak boleh lagi dijadikan isu dan bahan untuk dipolitikkan dalam kempen mereka. Kajian dan pindaan itu amat perlu bagi memastikan akta-akta berkenaan terus kekal relevan dengan perkembangan semasa negara. Sehingga kini, banyak undang-undang yang telah digubal dan menuntut kepada pemindahan mengikut keperluan masa.”
-Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

(Moral: Dah lebih 50 tahun baru nak gubal. Tu pun nasib baik ada yang bersuara... kalau tidak parti pemerintah buat dono ja dan biarkan selama-lamanya... Kalau tutup terus aku rasa lagi relevan kot. Dah tak dak benda lain ka si Hishammudin nak cium. Pisau toreh getah boleh ka..)

2 comments:

Perak Melayujati berkata...

Orang melayu/Islam memang tidak pernah berpecah.
Yang berpecah-belah ialah kuasa politik melayu/Islam.

DAP telah berjaya memecah-belahkan kuasa politik melayu/Islam.

Kuasa politik sangat penting untuk menguasai memerintah negara - siapa yang berkuasa politik dialah yang berkuasa memerintah negara.

Jika kuasa politik kita berpecah, bagaimana kita boleh memerintah negara?

Anda tahu apa hubungan Lee Kuan Yew dengan Lim Kit Siang? Mengapa Lee Kuan Yew datang berjumpa Tn Guru Nik Aziz?
Apa kaitan DAP dengan PAP?

MELAYU/ISLAM DI MALAYSIA SUDAH BANYAK KEHILANGAN. JANGAN SAMPAI KEHILANGAN KUASA POLITIK NYA PULA.

Kita perlu bersifat perkauman, untuk mempertahan kan kuasa politik melayu/Islam.

Sebenar nya kaum cina lah bangsa yang sangat tebal sifat perkauman nya.

Selama ini, cina telah menekan kuasa ekonomi kaum melayu/Islam.

Sebagai contoh
Semua kilang2 makanan dikuasai oleh cina, 'whole-seller' semua dikuasai oleh cina. Bapa saya pernah berniaga kedai runcit. Peruncit melayu dikenakan bayaran lebih mahal dari peruncit cina oleh 'whole-seller'.

Itu sebab jika kita membeli barang dari kedai melayu ianya lebih mahal dari kedai cina.

Kerajaan sedang dan telah menubuhkan berbagai agensi untuk membantu peruncit2 melayu ini. Tetapi ianya cuma dapat meringankan sahaja. Kerana kuasa ekonomi cina sudah terlalu kuat dan mantab.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Sekarang, kaum cina mahu berkuasa mutlak dalam pemerintahan pula setelah berkuasa dalam ekonomi.

Jika ianya berjaya - melayu akan kehilangan kedua2 nya - kuasa ekonomi dan kuasa memerintah pula.

Cina akan bersahabat baik dengan melayu kalau ada kepentingan sahaja. Jika tidak ada apa yang mereka perlukan dari melayu, mereka pandang melayu sebagai sampah sahaja.

BUJANG SUSAH berkata...

hehehehe.. melayu sejati... dah 52 tahun siapa yg memerintah malaysia? PR ke BN? Klau cina menekan melayu selama ni kerana Pemerintahan siapa? So skrg ni siapa yg masih memerintah malaysia? MCA yg bersekongkol dgn umno tu bukan cina ke? Suruh la umno jangan bersekongkol dgn MCA. jangan kawan dgn mca. baru betul.. Hangpa x kasi Pas kawan dgn Dap. tp hangpa bangga dan merelakan umno kawan dgn mca.. hehehehe... cakap siang pandang2 cakap malam dengar2.. tepuk air dalam dulang terpercik kat muka sendiri..

Post Haru Biru

Arkib Blog