Memaparkan catatan dengan label change. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label change. Papar semua catatan

Jumaat, September 23, 2011

Demi Rakyat: Ceramah Anwar Di Alor Gajah Melaka

Jumaat, Januari 08, 2010

Apa Punya Perniagaan: SMS Menawarkan Video Aksi XXX Panas


Sejak akhir-akhir ini mungkin ramai yang menerima SMS menawarkan video aksi panas melalui talian 36166. Ia dikhususkan untuk yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Baru masuk kiriman SMS dari talian Maxis-"Lebih 100 video yang terpanas untuk koleksi anda! Jika mau, Sila balas YA. Yang pasti SEKtified! Hanya utk umur 18 keatas, warning! !". Celaka mereka itu.. betapa cepat perkara ini tersebar.

Siapa sebenarnya mereka, yang menjalankan perniagaan tak beretika ini?. Walaubagaimanapun syarikat-syarikat Telekomunikasi perlu bertanggungjawab atas penyebaran yang tidak bermoral ini. Kementerian berkenaan harus memantau SMS sebegini. Jangan asyik berpolitik sahaja.

Gejala sosial makin berleluasa. Pengguna telefon bimbit mencakupi seluruh usia sehingga kepada budak sekolah. Ini menjadi salah satu punca terbesar berkembangnya gejala sosial yang tidak sihat. Pihak-pihak berkuasa akan menyalahkan ibu bapa yang tidak membendung anak-anak, sedangkan pengaruh SMS ini menular di mana-mana tak kira tempat dan masa, mampukah ibu bapa mengawalnya?.

(Moral: Rais Yatim sila ambil perhatian!!!... usahlah anggap perkara sebegini adalah remeh. Hangpa kan mahu umnobn dilihat sebagai satu parti memperjuangkan islam.. tapi hangpa buat derk aje kepada perosak minda ini.. Tu sebab wakil-wakil grombolan umnobn asik menambah je... Apa!!! 10 orang tak cukup ka... dasar binatang buas..)

Rabu, Januari 06, 2010

Serangan Rumah Ibadat: Implikasi Lebih Luas

PM Najib Razak melompat marah apabila ditanya benarkah tuduhan bahawa Umno di belakang serangan-serangan rumah ibadat yang telah berlaku. Ada orang berpendapat reaksi yang beliau tunjukkan secara tidak sedar mengiakan tuduhan itu.

Menteri Hishamuddin pula pada ketika yang lain cuba memperlekehkan peristiwa ini. Beliau berkata serangan ke atas gereja-geraja Kristian itu kerja budak-budak nakal. Sebenarnya ini menunjukkan sikap mengelak yang tidak betanggungjawab.

Saya memandang serangan-serangan yang masih berlaku adalah serius kerana menimbulkan keretakan dan ketegangan di antara golongan kaum dan agama, walaupun belum mencetuskan konflik atau pertembungan. Sekiranya tidak ditangani dengan baik ia boleh mengakibarkan purak peranda dalam masyarakat dan negara pada janga panjang.

Saya juga berpendapat serangan-serangan tersebut berlaku akibat dari kenyataan PM Najib dan Menteri Hishamuddin. Apabila mereka membuat membenarkan tunjuk perasaan terhadap isu Allah – walaupun di kawasan masjid saja – secara tidak sengaja mungkin, mereka telah memberi ruang kepada golongan yang mencari kesempatan.

Ada pandangan, benar atau tidak, Najib dan Hishamuddin mula-mula berharap hendak menggunakan isu Allah dan tunjuk perasaan bagi mendapatkan sokongan lebih luas daripada orang Melayu-Muslim. Ini sesuai dengan rancangan mereka untuk mendapatkan kembali undi-undi yang telah lari kepada parti-parti yang menentang Umno-Bn dalam PRU12. Ini mengakibatkan gabungan parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan penguasaan ke atas lima buah negeri.

Usaha buruk menggunakan isu kaum agama dan kaum untuk mendapat ataupun mengembalikan sokongan pengundi bukannya hal yang baru. Cuba kita lihat beberapa peristiwa yang berlaku berikutan kemenangan besar KEADILAN, PAS dan DAP dalam PRU12.

Mula-mula telah berlaku penentangan dan juga demonstrasi di Pulau Pinang, menuduh KM Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan oleh itu bersikap anti Melayu. Walaupun segolongan kecil ekstremis Melayu dari Umno dan akhbar Utusan Malaysia mengapi-apikan keadaan, penentangan dan demonstrasi itu akhirnya gagal. Ia menjadi sejuk selepas agensi berita Bernama meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu yang telah menjadi alasan mereka menunjuk perasaan.

Selepas itu berlaku pula percubaan yang hampir serupa di Perak walaupun isunya agak berlainan sedikit. Sekali lagi sekumpulan kecil extremis Melayu dari Umno dengan sokongan akhbar yang sama serta beberapa kerat pemimpin Umno mengapi-apikan keadaan. Mereka menuduh golongan Cina dari DAP menderhaka kepada raja dan MB Perak pilihan Pakatan Rakyat diperalatkan oleh orang Cina, atau lebih khusus DAP. Sekali lagi percubaan ekstremis kaum ini gagal mendapatkan sokongan rakyat ramai.

Di Selangor pula, kumpulan kecil extremis Melayu dari Umno juga telah menggunakan isu ladang khinzir untuk mengapikan kemarahan rakyat. Corak tindakan mereka serupa, iaitu dengan berdemonstrasi dan membuat tuduhan-tudahan perkauman. Sekali lagi mereka disokong oleh Utusan Malaysia dan segelintir pemimpin oportunis Umno yang mengapi-apikan keadaan. Mereka berhenti hanya setelah terbongkar bahawa orang yang memimpin tunjuk perasaan itu ialah seorang tokoh Umno tempatan yang mempunyai kepentingan dalam usaha untuk mendirikan ladang khinzir sebelum itu.

Ada dua perkara yang dapat dilihat daripada tindakan-tindakan extremis yang diterangkan di atas. Pertama, mereka mengapi-apikan sentimen perkauman untuk meraih sokongan kepada Umno. Lebih bahaya lagi ada sebilangan kecil di kalangan mereka yang mengharapkan pergaduhan kaum dapat dicetuskan supaya ISA boleh digunakan atau darurat diisytiharkan. Mereka mengharapkan ulangan Peristiwa 13 Mei untuk membuka ruang baru bagi mengembalikan kuasa Umno-Bn di negeri-negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat itu.

Keduanya, walaupun tindakan segelintir ekstremis ini mendapat dokongan meluas dari media penyokong pemerintah Umno-Bn dan, secara terbatas daripada beberapa orang pemimpin Umno, namun rakyat ramai tidak menyambut seruan atau menyokong tindakan mereka. Saya percaya sebabnya ialah kerana kini rakyat secara umum dan rakyat Melayu secara khusus sudah lebih bijak dan sedar. Mereka tahu tindakan segelintir extremis Umno itu jikalau diberi sokongan boleh membawa malapetaka yang buruk kepada masyarakat dan negara yang mereka ingin terus aman damai.

Lampu hijau yang diberi oleh PM Najib dan Menteri Hishamuddin untuk berdemonstrasi itu boleh dilihat sebgai lanjutan dari segala tindakan tidak bertanggungjawab yang diterangkan di atas. Mereka memperlihatkan “double standard” (dwi-standad). Kononnya tidak boleh mengawal orang yang hendak berdemonstrasi, walaupun sebelum ini mereka menggunakan polis sepenuh-penuhnya untuk menekan dan menyerang demonstrasi oleh kumpulan pembangkang, walaupun dilakukan di masjid.

Dengan memberikan lampu hijau itu mungkin mereka berharap ribuan rakyat akan berkumpul. Ternyata harapan mereka meleset. Di Masjid Negara cuma kira-500 orang berhimpun dan di Masjid Shah Alam kira-kira 400 orang saja. Di Masjid Kampung Baru dan di stadium Kota Bharu, cuma kira-kira 200 orang saja berkumpul. Seperti disebut tadi rakyat ramai, khususnya Melayu tidak mudah diapi-apikan dengan isu kaum dan agama. Ini tahun 2010 dan bukan 1969.

Memang ada segelintir extremis yang mengharapkan tercetusnya pergaduhan kaum dan agama supaya ISA dapat digunakan, bahkan juga supaya susana dapat ditimbulkan untuk Kerajaan mengisytiharkan darurat. Namun nasib juglah ramai juga pemimpin, termasuk kebanyakan menteri, tidak sebodoh itu.

Seorang yang berpidato berapi-api dan mendapat sorakan kuat di luar Masjid Shah Alam, jelas tidak disambut apabila menjerit “Bakar gereja!”. Anehnya beliau tidak pula disiasat polis apatah dihadapkan ke mahkamah, sebagaimana yang dilakukan ke atas pelajar yang kononnya bersenda melalui “facebook”.

Usaha dan konspirasi yang dilakukan oleh segelintir extremis untuk memulihkan sokongan pengundi kepada Umno sejak PRU12, termasuk dalam soal Allah dan serangan ke atas gereja, berkaitan dengan usaha dan kospirasi yang lain.

Beberapa orang pemimpin Umno/Kerajaan, sekali lagi dengan sokongan propaganda media, terutama Utusan Malasia TV3 telah menyerang parti-parti, terutama KEADILAN serta PAS dan pemimpin-pemimpin, terutama Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim. Mereka menuduh pemimpin-pemimpin kononnya hendak menjual hak dan nasib orang Melayu kepada orang Cina, terutama yang dalam DAP.

Ramai orang Melayu yang tidak mempercayai dakyah perkauman sempit dan jahat ini. Itulah sebabnya tuduhan ini, yang pada masa-masa lalu banyak disuarakan oleh TPM Muhyiddin, sudah mulai kendur sedikit. Akan tetapi, akhbar seperti Utusan Malaysia masih belum berhenti membuat fitnah demi fitnah.

Sehubungan ini ialah tindakan untuk mengheret Anwar Ibrahim ke mahkamah atas tuduhan dan fitnah liwat yang dilemparkan kepadanya. Ada segolongan kecil pemimpin dan penyokong Umno yang berpendapat bahawa Anwar perlu dilenyapkan dari pentas politik tanah air. Cara yang terbaik melakukannya, mengikut mereka, ialah dengan menyumbat beliau ke dalam penjara selama yang mungkin.

Golongan ini sudah mulai kedengaran mengemukakan hujah dan propaganda perkauman. Mereka memberitahu semua media perlu digunakan untuk meyakinkan orang Melayu bahawa mereka harus memilih di antara Anwar dengan orang Melayu. Mereka mendakwa Anwar hendak menjual Melayu dan oleh itu bertentangan dengan kepentingan orang Melayu. Sebenarnya, yang mereka maksudkan ialah kepentingan mereka sendiri iaitu pemimpin dan kroni yang rakus dan tamak.

Untuk menjayakan fitnah dan dakyah ini sudah tentu pimpinan Umno/Kerajaan akan cuba menguasai media dengan lebih ketat lagi. Tidak hairan jikalau akhbar bebas dan yang dimiliki parti luar kerajaan akan disekat nanti, terutama untuk menyiarkan kes-kes rasuah dan salahguna kuasa pemimpin dan penyokong kerajaan. Sudah tentulah pihak berkuasa akan cuba menyekat berita yang tepat disiarkan oleh media alternatif.

Sekarang inipun sudah banyak tanda yang menunjukkan media cetak dan elektronik mulai dikawal dengan lebih ketat dari yang sudah-udah. Media, selain wang dan kuasa politik akan digunakan seluas-luasnya untuk memastikan Umno-Bn terus berkuasa.

17 Januari 2010
Oleh Dr S Husin Ali

Rabu, September 16, 2009

PM, Anggota Kabinet Letak Jawatan

TOKYO: Kabinet pimpinan Perdana Menteri Taro Aso meletak jawatan hari ini bagi membolehkan kerajaan baru mengambil alih, sekali gus mengakhiri tempoh sekian lama era pentadbiran konservatif negara itu. Seorang pegawai berkata, Aso memanggil barisan kabinetnya awal hari ini untuk satu perjumpaan singkat supaya semua menteri meletakkan jawatan. Kerajaan baru pimpinan Yukio Hatoyama dari Parti Demokratik Jepun (DPJ) dijangka mengambil alih kuasa pentadbiran lewat hari ini. DPJ pimpinan Hatoyama memenangi kejayaan besar dalam pilihan raya parlimen awal bulan ini. - AFP

Isnin, September 14, 2009

Samy Kuil Marahkan Subra

Ayoyoo... apa hal kau orang ni. Bila si tua hitam ini mahu pergi. Sudah berdekat pegang itu jawatan presiden parti mengalahkan si mamak bangsawan hidung tinggi yang berkata Barisan Nasional akan jadi seperti LDP (Liberal Democratic Party) pasti tumbang beberapa tahun lagi. Theyy... hitam nampak gigi. Sudah berani bersuara bahawa grombolan masih menyokong MIC kepada mamak si hidung tinggi. Awat hang bercakap berbelit sama macam Zambry mengekalkan jawatan secara kuku besi. Itu tambi Palanivel sudah boleh memimpin parti yang mendapat majoriti kesemua penyokong samy. Mengapa harus mengekalkan kerusi yang tak mampu menampung berat si budak hitam ini. Cepat blah dan pergi supaya imej MIC boleh di cerahkan lagi dengan kapur selori.

Kah... Koh... Keh... Theyy... sudah ugut mau ambil tindakan disiplin pada itu dewa Subra. Ramai masyarakat India yang menyokong itu dewa kerana cara politiknya. Kalau si budak hitam sudah tidak suka pada ini subra, blah lar dan bawa semua sokongan meninggalkan itu parti india. Nak tenggok sekuat mana lalakkan itu samy tua... Ayoyoo Ammaaa...

Khamis, Ogos 27, 2009

Campur tangan kerajaan dalam kehakiman syariah perlu ditamatkan segera

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata bahawa beliau mengakui Jabatan Penjara di bawah kementeriannya tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk melakukan hukuman sebat mengikut undang-undang syariah terhadap Kartika.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah. Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

>>Lanjut Lagak pandai pak menteri islam had-hari>>>

"Sekiranya tidak pandai untuk memukul cara Islam, kami bersedia menunjuk ajar. Selama ini, para penyebat penjara hanya diajar dengan memukul secara kejam. Maka, apa susahnya untuk belajar cara sebatan dalam Islam pula? Ia lebih mudah. Sebatan cara Islam tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menghayun rotan dan tidak perlu ditelanjangkan pesalah tersebut. Apa yang susahnya? Mereka hanya beralasan sahaja untuk tidak melaksanakan hukum Allah."
-Ustaz Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya PAS Perak

(Moral: Bila TGNA bidas mereka mengamalkan islam plastik, mereka marah meloncat-loncat. Bila TGNA kata mereka yang menyokong cara umno tak masuk syurga, bersungguh-sungguh pak menteri suruh ulama keluarkan fatwa. Bila nak menjalankan hukuman islam, banyak pula alasan tak masuk akal yang dibuat oleh menteri ISLAM HAD-hari..)

Khamis, Ogos 20, 2009

Adakah SPR Akan Melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan. Muhyiddin mengulas laporan bahawa Abu Hassan kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa kebenaran Speaker. Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam, kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

(Moral: SPR semakin pening.. tak pa.. che det kata boleh ambik panadol. Umnobn termuntah sebab akan keluar lagi belanja jutaan ringgit jika diadakan pilihanraya di DUN Kota Seputeh, Kedah. Tan Sri Muhyiddin makin tidak waras memikirkan ada lagi ka calon yang bersih untuk dicanangkan. Adakah SPR akan mengambil jalan singkat membatalkan kekosongan DUN tersebut seperti di Perak?)

Selasa, Ogos 11, 2009

UMNOBN, Ketakutan Yang Amat Sangat


Lagi akta hasutan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan orang melayu sedangkan umnobn sendiri yang paling takut menanti runtuhnya barisan nasional kerana dasar karat mereka memakan diri sendiri.

"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang. Saya tidak akan berhenti mengingatkan dalam tempoh setahun dua ini bahaya yang bakal kita hadapi. Bahaya sentiasa ada di hadapan kerana adanya Melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang pastinya disukai kaum bukan Melayu yang berkepentingan."
-Tan Sri Muhyiddin Yassin

Mana Paling Bahaya?
-Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi. Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta. Siapa ye Menteri besar johor ketika itu?.

-Kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996. Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit. Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam. Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.

(Moral: Rakyat menolak isu perkauman yang umnobn mainkan kerna sudah lapuk ditelan masa seusia umur umno itu sendiri. Siapa yang memutarbelitkan fakta? dah tentulah media yang di tunggangi umngok. Umnobn sudah hilang idea sebab tiada waris muda yang berkalibar. Nak harapkan KJ... hentikanlah.. Apa yang orang lain nampak sifat tamak KJ ketika bersama Paklah dulu?)

-Di mana KJ dapat duit RM9 juta… dia kata pinjam dekat kawan… siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta..saya pun nak pinjam jugak. Barangkali ada juga dikalangan Pemuda-pemuda UMNO nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu bagi (pinjam)…kalau nak pinjam di bank, boleh ke kita pergi ke bank nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra. Suruh ahli-ahli UMNO ke bank pinjam RM9 juta…kalau boleh dapat. (Che Det)

-Penguasaan ke atas Perdana Menteri (Pak lah pada masa itu) oleh khairy, 'ketua' kelompok penasihat Perdana Menteri yang beroperasi di tingkat 4, JPM, penglibatan dengan ECM Libra yang menyaksikan percantuman dengan syarikat kerajaan, Avenue Capital dan peranannya dalam 'menjual' syarikat-syarikat Malaysia kepada pihak asing, khususnya Singapura.

-Melalui kelompok kuasa yang didalangi oleh KJ, kali, kamal dan nori inilah korporat macam Ananda Krishnan, Francis Yeoh YTL dan Vincent mendapat habuan. Melalui mereka juga kuasa-kuasa asing seperti Amerika Syarikat dan Singapura mempengaruhi kerajaan mengenai FTA dan melalui kelompok ini juga idea menjual pasir kepada Singapura dihidupkan semula. Ia cara KJ memancing pengaruh di Johor yang penting kepada ambisi politiknya. Penjualan pasir dan pembukaan ruang udara Johor kepada Singapura adalah pakatan politik-bisnis di antara KJ dengan orang politik tertentu di Johor yang kini membaling batu dan sembunyi tangan. Pengkhianat-pengkhianat ini perlu didedahkan sebenarnya.

-Ahli UMNO sendiri sudah mengaku KJ ada terlibat dalam rasuah......tapi MACC masih tidur & tak ambil tindakan pun....kalau ini berlaku pada ahli PR..tentu MACC tak akan melepaskan peluang untuk betindak....

-Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah buka dan beri lampu hijau melalui leberalisasi ekonomi yang menjurus kearah mengadai negara secara berperingkat peringkat. Tidak hairanlah saham Bernas dijual kepada syarikat (Wang Tak) yang berdaftar di Hongkong. Asset dan syarikat bumiputra yang jatuh ketangan Bukan bumiputra. Kilang simen di Perak, asalnya milik SEDC Perak, sekarang milik YTL Cement. Andaman Hotel di langkawi dahulu milik Landmark holding. (milik Tan Sri Rahman), sekarang milik Genting. Naluri Bhd, dahulu milik Tan Sri Tajuddin, sekarang milik George Lim dari Atlan Holding.

Adakah ini semua namanya mempertahankan milik bumiputra? Siapakah pengkhianat sebenarnya? Pemimpin yang diamanahkan untuk memimpin kejalan yang lurus tetapi telah memimpin kejalan kesesatan yang barangkali amat sukar untuk kembali kepangkal jalan.

Adakah Rakyat Marhaen Lebih Selesa?
Ketika ini rakyat amat menderita akibat pentadbiran ekonomi negara yang tidak cekap. Sebut apa saja, semuanya menjejaskan kualiti hidup rakyat jelata daripada harga minyak, tarif letrik hingga lah ke kekurangan gula. Kepentingan kita dalam GLCs habis terhakis akibat tamak haloba, di baham oleh Singapura. Pengerusi Proton Holdings juga menduduki dalam Lembaga Pengarah SCOMI. Sri Perdana yang baru di bena tak sampai 3 tahun, diubahsuai menelan belanja 15 juta, syarikat mana yang dapat projek Low Cost Terminal berharga 100 juta. Terlalu banyak kepincangan yang mampu menggoncang jiwa. Alahaiiii....

UMNOBN TAKKAN BERUBAH, TERLALU LAMA DENGAN HABITATNYA, HANYA SUARA RAKYAT MAMPU MENGUBAH DAN MERUBAH WARNA MALAYSIA DENGAN PENDEKATAN YANG LEBIH TELUS, BERSIH DAN ADIL.

Isnin, Ogos 03, 2009

Rakyat Mara Polis Bikin Huru Hara Politikus Hanya Menikus

"Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata. Mereka Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita."
-Zaid Ibrahim

(Moral: Politikus yang berkuasa untuk membawa perubahan tetapi mendiamkan diri ketika berdepan dengan ketidakadilan, mereka akan terus menggunakan pelbagai kuasa untuk memerintah. Mereka semestinya tidak akan berdemonstrasi. Mereka akan mencari seribu cara untuk menghalang demonstrasi. Ini dapat dilihat keatas pendemonstrasi terdahulu yang mana rakyat membuat bantahan di hadapan Suhakam pada tahun 2001 kerana tahanan Presiden Wakil Pelajar UM begitu juga dengan penahanan mujahidin Malaysia yang didakwa oleh kerajaan sebagai Jemaah Islam (JI). Rakyat bukan saja mengadakan `roadshow' tetapi turut berdemonstrasi di hadapan kem Kemunting. Rakyat juga turut mengadakan bantahan terhadap tahanan reformasi dalam perhimpunan aman di Kesas. Apa yang mereka dapat hanyalah hentakan blantan dari Polis yang BERAJA di Malaysia. Persoalannya bukan mengapa berdemonstrasi, tetapi mengapa tidak boleh berdemonstrasi secara AMAN?)

Kebangkitan Rakyat Menggoyangkan UMNOBN

Perhimpunan di jalan raya tidak pernah surut biar pun berdepan dengan ugutan dan tangkapan oleh polis. Bermula dengan himpunan Bersih, Hindraf dan Mansuhkan ISA tetap mendapat sambutan biar pun risikonya tinggi. Secara jelas pemerhati politik melihat rakyat semakin berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka biar pun terpaksa berdepan dengan tangkapan polis. Oleh yang demikian juak-juak umnobn kini semakin gusar dengan kebangkitan rakyat.

“UMNO bukanlah parti yang tidak pernah melakukan kesilapan namun ia telah melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, keangkuhan dan pengurusan yang tidak cekap. Kita hanya mempunyai dua tahun untuk mengubah persepsi dan imej buruk itu. Tindakan segera perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mengembalikan semula keyakinan tersebut agar UMNO dapat terus berjuang untuk membela mereka.”
-Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Moral: Dari kenyataan Tan Sri Muhyiddin memang umnobn kini hampir lemas. Semalam najib kata Timbalan perlu memberi komitmen kepada ketuanya. Ini menggambarkan ketakutan Najib jika timbalannya ini akan membuat komplot menolaknya seperti beliau menolak Pak Lah dalam diam)

Isnin, Julai 27, 2009

LAGI PERGOLAKKAN MCA DALAM UMNOBN


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merayu dan meminta kepada presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat (foto) agar tidak berterusan menimbullkan suasana tegang dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya. Katanya Ong juga mendakwa ada kumpulan tertentu dalam MCA yang menentangnya dan sanggup menggunakan wang untuk mengulingkan beliau. Sepatutnya Ong perlu membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau diugut bunuh oleh kumpulan tertentu ekoran isu mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sehingga kini saya tidak dapat kesan kumpulan tersebut (anti Ong) dan sebenarnya dalam parti juga ada kumpulan menentang saya kerana saya dikatakan ahli politik 'kitar semula'" katanya yang berharap dapat berbincang dengan Ong bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Kalau betul apa yang diperkatakannya itu, beliau harus membuat laporan polis atau memaklumkan kepada Kabinet dan saya pasti beliau akan dibantu."
- Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Bekas Menteri Kesihatan

(Moral: Umnobn sepatutnya memperkukuhkan barisan parti kompenen mereka dahulu sebelum memancing PAS dan memporakperandakan DAP. Bak orang kata bila keluarga dah tak bersatu maka akan runtuhlah keluarga tersebut. Kita sudah nampak sejak zaid, Chua Jui Meng dan Subramaniam menyertai PKR membayangkan ketidaksenonohan dalam barisan umngok itu sendiri)

Sabtu, Julai 25, 2009

UMNOBN MAKIN BERGOLAK BERGULING


Barisan Nasional makin gelabah dan resah apabila hari ini bekas Naib Presiden MIC, Dato' SS Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan dalam satu majlis yang diadakan di MBPJ tengahari tadi.

"Saya telah menyokong KeADILan dan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi, cuma sekarang saya dapat memberanikan diri untuk menyatakan bahawa saya akan sertai parti ini."
- Dato' SS Subramaniam, bekas Naib Presiden MIC

Dianggarkan seramai 1,700 ahli MIC daripada cawangan-cawangan tersebut akan menyertai KeADILan. Sebelum ini, bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming telah menyertai KeADILan dan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

(Moral: Sorang dan sorang lagi. Lama-lama akan reputlah tiang seri umnobn dan kemudian rebah ke tanah)

Selasa, Julai 21, 2009

ISU KECIL, HINDU YANG BAWA KEDEPAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senawang, P.Gunasekaran, kesal kerana keselamatan Sekolah Agama Persekutuan Labu di kilometer 15, Jalan Labu, diabaikan apabila tembok pagar sekolah tersebut telah runtuh. Gunasekaran juga berkata salinan surat aduan tersebut juga telah dihantar kepada ADUN Labu, Dato' Hasim Rusdi; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Abdul Halim Abdul Latif dan kepada Jabatan Kerjayaraya Negeri Sembilan.

" Tembok pagar sekolah yang runtuh ini menghadap laluan utama iaitu Jalan Labu, tapi saya berasa hairan bagaimana ADUN Labu yang sering menggunakan laluan utama ini tidak peka dengan keadaan tembok pagar runtuh ini?. Yang paling mengecewakan ialah, beliau juga merupakan EXCO kerajaan Negeri Sembilan dan tidak mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini. Keselamatan pelajar yang tinggal didalam asrama juga berisiko apabila keadaan tidak sempurna ini akan mengundang pelbagai anasir jenayah dari luar kawasan sekolah."
- Gunasekaran

(Moral: Adalah sangat memalukan adun Labu Dato' Hasim Rusdi yang tidak mengambil kisah hal ini. Walaupun isu ini kecil pada pandangan beliau tetapi mampu menggambarkan bahawa beliau tidak buat kerja dan hanya mengabihkan boreh ajo... Alahai jang)

Isnin, Julai 20, 2009

WARGA JOHOR PANDANG REMEH

Tindakan Datuk Chua Jui Meng keluar dari MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mendatangkan banyak kesan terhadap senario politik di Johor, kata pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Abdul Ghani Othman.

"Sokongan begitu gigih semasa pilihan raya dan kami jangka Pakatan Rakyat akan berkembang di Johor. Tetapi sebaik saja pilihan raya selesai, sokongan nampaknya semakin malap."
- Datuk Abdul Ghani Othman, pengerusi Barisan Nasional negeri.

Apa kata Chua Jui Meng
"Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan". Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat. Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu."
- Datuk Chua Jui Meng, bekas ketua MCA

(Moral: Adakah tindakan Chua Jui Meng yang menyertai Pakatan Rakyat mampu memberi gelombang yang kuat sehingga melemaskan haluan karat di Johor pada PRU 13 nanti?. Orang cina semua dah sedar akan pencaturan dari umnobn. Dan yang tinggal hanya melayu yang gilakan kuasa dan wang ringgit sahaja masih dibuai mimpi sebelum sedar. Kepada mereka yang keluar dari parti karat tersebut tahniah diucapkan.)

WARGA INDIA BERTELAGAH

"MIC sedang dalam program menyatupadukan masyarakat India, perkembangan ini tidak berapa sihat untuk kaum ini jadi, saya minta parti-parti politik itu bekerjasama dengan kita. Hari ini kita dapati bahawa sokongan orang India terhadap MIC dan Barisan Nasional mula kembali. Pada hari ini terdapat enam parti kaum India iaitu MIC, Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF), Malaysia Indian United Party, Makhal Sakti, Mindraf, dan Parti Hak Asasi Manusia."
- Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MIC

P Uthayakumar hari ini mengumumkan penubuhan sebuah parti pelbagai kaum yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia (HRP).

"Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk menjayakan perjuangan kita. Barisan nasional tidak menangani keperluan golongan terpinggir. Tetapi kini masanya sudah tiba bagi kita bergerak kehadapan bersama dengan gelombang 'Makkal Sakti' rakyat."
- P Uthayakumar

(Moral: Terlalu banyak parti akan memeningkan warga india di Malaysia yang sememangnya dah pening dengan pertuturan mereka yang panjang dan isinya pendek aje. Pandangan kepada warga india, korang pergilah mendaftarkan diri di IMAM Malaysia... Mudah-mudahan ada jalan lurus buat korang. Biarlah Datuk Seri S. Samy Vellu dengan haluan minyak hitamnya)

Isnin, Julai 06, 2009

MU SEBALIK TABIR


Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat.

Kumpulan penyokong PAS yang diketuai Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiringi Mohd Fauzi dengan berarak sejauh 2km dari Masjid al-Jauhar, Guchil dekat sini sejak pukul 7.30 pagi. Turut sama ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, naib presiden parti Salahuddin Ayub dan setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pengarah strategi PKR Tian Chua.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kumpulan penyokong yang mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon. Antara yang turut kelihatan bersama mengiringi calon BN ialah Pengarah Jentera BN Pilihan Raya DUN Manik Urai Datuk Mustapa Mohamed, ketiga-tiga Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) tidak jadi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai kerana mahu menumpukan kepada pilihan raya umum ke-13. Presiden Akim, Hanafi Hamat berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas parti itu baru-baru ini. "Kami akhirnya membuat keputusan tidak bertanding di Manek Urai dan atas beberapa faktor kami hanya mahu memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang," katanya di sini, hari ini.

Perarakan yang berlangsung dalam suasana ukhwah dan semangat tinggi menampakkan Pas tidak menghadapi apa-apa masalah. Ternyata isu unity goverment dan perselisihan pendapat antara Nik Aziz dengan Abdul Hadi yang cuba dieksploitasikan oleh UBN tidak menjadi. Ahli dan penyokong Pas cukup bijak dalam menghadapi provokasi musuh. Jika dilihat kepada semangat dan sokongan, ternyata calon Pas, Fauzi mendapat sokongan hebat. Lebih 12,000 para penyokong dan ahli Pas mengiringi Fauzi ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Yahaya Petra, di Kuala Krai.

Jelas sekali kehadiran begitu ramai penyokong Pas menggambarkan sikap semula jadi orang Pas di mana mereka akan bersatu bila berdepan dengan lawan. Mereka boleh melupai soal titik bengit dan melangkah sederap untuk menghadapi musuh, UBN. Ahli Pas tidak membawa masalah peribadi dalam parti mereka sehingga boleh memporak perandakan parti itu.

Manakala taburan penyokong UBN hanya sekitar 5,000 itu menunjukkan bahawa UBN kurang yakin dengan pilihan raya berkenaan. Mungkin penyokong UBN dari luar Kuala Krai tidak 'ada angin' (tidak ada semangat) untuk datang kerana sudah dapat membayangkan awal-awal lagi calon mereka akan tewas. Jumlah yang kecil itu juga mungkin kalangan Umno Kuala Krai sendiri tidak berpadu dalam menghadapi pilihan raya itu kerna masalah perpecahan dalaman.

(Moral: Mungkin berdasarkan hakikat inilah menyebabkan Pas menyarankan supaya lebih baik UBN tidak bertanding dan membiarkan kerusi itu kekal ditangan Pas. Di awal lagi sudah nampak umnobn dalam keadaan sudah kalah sebelum berjuang)

Rabu, Julai 01, 2009

> SHARE WA 70% WHAT. LU KERJA BAWAH WA DAN JANGAN CAKAP BANYAK

"Untuk membolehkan perubahan ini berlaku, had pemilikan kepentingan asing dalam syarikat pembrokeran ditingkatkan kepada 70 peratus daripada 49 peratus. Sehubungan itu, saya menyeru peserta-peserta pasaran supaya mengambil kesempatan perubahan yang dilakukan dengan meningkatkan usaha mengenal pasti syarikat-syarikat domestik dan antarabangsa yang layak untuk disenaraikan di Malaysia. Mulai hari ini, FIC tidak lagi memproses transaksi saham atau mengenakan sebarang syarat bagi transaksi tersebut. Peraturan FIC itu juga sering mendapat rungutan di kalangan para pelabur asing dan dengan pemansuhan FIC, kita berharap Malaysia dapat menjadi destinasi mesra pelabur. Sehingga hari ini, jumlah penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 19.4 peratus, masih jauh ketinggalan berbanding sasaran awal sebanyak 30 peratus. Jadi kita ganti FIC dengan satu instrumen baru iaitu Ekuinas yang akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan syarikat bumiputera yang berpotensi."
- Datuk Seri Najib Tun Razak

Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), institusi pelaburan baru dengan modal permulaan RM500 juta dan sasaran dana sehingga RM10 bilion.

(Moral: Nampaknya makin banyak lagi syarikat bumiputera / semi-bumi akan menjadi milik mereka yang berwang. )

Isnin, Jun 29, 2009

> JANGAN MOMBUTO.. KOJO

Kerajaan Mesti Serius
Menangani dan mengatasi Masaalah Pengangguran


1. December tahun lepas , Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia [ MIER ] telah menegaskan bagaimana Kadar pengangguran tahun depan [ 2009 ] mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini [ 2008 ]akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang .

2. Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini [ 2008 ] , rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang.

3. Semalam Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Maznah Mazlan mendedahkan 30,111 pekerja diberhentikan . [ samaada diberhentikan atau pemberhentian biasa dan berhenti secara sukarela ]

4. Kadar pekerja yang diberhentikan kerja ini dibimbangi akan menyumbang kepada kadar pengangguran di kalangan rakyat negara kita . Tambahan pula 75% dari mereka yang kehilangan kerja itu adalah terdiri dari kalangan rakyat Malaysia sebagaimana yang ditegaskan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia .

5. Peningkatan kadar pengangguran di dalam negara kita antara punca yang menyebabkan kadar jenayah dan gejala sosial meningkat secara drastik . Perkembangan ini meletakkan rakyat dalam keadaan tidak aman dan bimbang keselamatan harta benda dan nyawa mereka serta ahli keluarga .

Episode Sebuah Perjuangan: Atasi kadar Pengganguran

Isnin, Jun 22, 2009

> MUKTAMAD!!! DEPA KATA...

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair. Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan. Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.”
- TG Nik Abdul Aziz

"Dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan".
-Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

“Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang.”
-Anwar Ibrahim

"Ini adalah kenyataan muktamad dan bermaka tidak akan ada lagi ‘unity talk’ dengan Umno".
-Salahuddin Ayub

Dari Mulut Busuk:

“Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan. Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada Pakatan Rakyat,”
-Najib Razak

"UMNO ada komitmen mereka kepada Barisan Nasional dan Pas ada komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat".
-Khir Toyo

(Moral: Baguih lar dah kembali ke asal.. Nak dengaq jugak apa kata si tua dari pasir mas (Ibrahim Ali) yang dulu beriya-iya suruh pas bekerjasama dengan umnobn...)

> WAKIL SARAWAK BERSUARA

Pendekatan memperbodoh-bodohkan dan menakut-nakutkan pengundi-pengundi Sarawak merupakan kekuatan sebenar BN Sarawak. Kalau ada rakyat nak lawan, akan muncul segala macam ugutan seperti penarikan balik kemudahan / bantuan, menyekat projek pembangunan dan kadang-kadang kerahan Polis digunakan. Sesungguhnya rakyat Sarawak takut benar dengan kuasa Polis ini. Maklumlah mereka sengaja dibiarkan agar terus buta undang-undang. Bila rakyat jelata pula dibutakan undang-undang, maka senanglah mereka yang memerintah mengeksploitasi hak dan pemikiran mereka. >>Lanjut>>>

(Moral: Bila seseorang dah mula sedaq, jangan lupa nak berpesan-pesan kepada yang masih dok dalam selimut lagi..)

Post Haru Biru

Arkib Blog