Isnin, Julai 06, 2009

MU SEBALIK TABIR


Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat.

Kumpulan penyokong PAS yang diketuai Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiringi Mohd Fauzi dengan berarak sejauh 2km dari Masjid al-Jauhar, Guchil dekat sini sejak pukul 7.30 pagi. Turut sama ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, naib presiden parti Salahuddin Ayub dan setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pengarah strategi PKR Tian Chua.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kumpulan penyokong yang mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon. Antara yang turut kelihatan bersama mengiringi calon BN ialah Pengarah Jentera BN Pilihan Raya DUN Manik Urai Datuk Mustapa Mohamed, ketiga-tiga Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) tidak jadi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai kerana mahu menumpukan kepada pilihan raya umum ke-13. Presiden Akim, Hanafi Hamat berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas parti itu baru-baru ini. "Kami akhirnya membuat keputusan tidak bertanding di Manek Urai dan atas beberapa faktor kami hanya mahu memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang," katanya di sini, hari ini.

Perarakan yang berlangsung dalam suasana ukhwah dan semangat tinggi menampakkan Pas tidak menghadapi apa-apa masalah. Ternyata isu unity goverment dan perselisihan pendapat antara Nik Aziz dengan Abdul Hadi yang cuba dieksploitasikan oleh UBN tidak menjadi. Ahli dan penyokong Pas cukup bijak dalam menghadapi provokasi musuh. Jika dilihat kepada semangat dan sokongan, ternyata calon Pas, Fauzi mendapat sokongan hebat. Lebih 12,000 para penyokong dan ahli Pas mengiringi Fauzi ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Yahaya Petra, di Kuala Krai.

Jelas sekali kehadiran begitu ramai penyokong Pas menggambarkan sikap semula jadi orang Pas di mana mereka akan bersatu bila berdepan dengan lawan. Mereka boleh melupai soal titik bengit dan melangkah sederap untuk menghadapi musuh, UBN. Ahli Pas tidak membawa masalah peribadi dalam parti mereka sehingga boleh memporak perandakan parti itu.

Manakala taburan penyokong UBN hanya sekitar 5,000 itu menunjukkan bahawa UBN kurang yakin dengan pilihan raya berkenaan. Mungkin penyokong UBN dari luar Kuala Krai tidak 'ada angin' (tidak ada semangat) untuk datang kerana sudah dapat membayangkan awal-awal lagi calon mereka akan tewas. Jumlah yang kecil itu juga mungkin kalangan Umno Kuala Krai sendiri tidak berpadu dalam menghadapi pilihan raya itu kerna masalah perpecahan dalaman.

(Moral: Mungkin berdasarkan hakikat inilah menyebabkan Pas menyarankan supaya lebih baik UBN tidak bertanding dan membiarkan kerusi itu kekal ditangan Pas. Di awal lagi sudah nampak umnobn dalam keadaan sudah kalah sebelum berjuang)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog