Isnin, Julai 06, 2009
PR MELAYU HAUK
Kotak surat maya baru masuk dari sahabat budak kampung dengan satu cerita yang berbunyi: Maaf kerana menimbulkan isu yang sensitif ini. Bukan niat untuk memburukkan dan mengutuk bangsa sendiri tapi mungkin boleh dijadikan panduan kepada usahawan-usahawan Melayu yang bakal muncul atau yang sedang buat bisnes. Petang tadi saya pergi survey untuk membeli telefon bimbit disebuah kompleks perniagaan di Kuala Lumpur. Dalam lebih 10 kiosk yang menjual telefon bimbit, ada satu kiosk yang dimiliki oleh seorang pemuda Melayu. Saya cuba mengatasi syak wasangka terhadap peniaga Melayu walaupun pernah beberapa kali kecewa dengan cara mereka melayan pelanggan. Niat saya ialah untuk membantu sesama bangsa. Saya bertanyakan beberapa perkara mengenai telefon bimbit yang ada dalam almari pameran tersebut. Tapi peniaga Melayu ini buat tak kisah saja sambil berborak2 dengan kawan sebelahnya. Bila saya banyak bertanya, peniaga Melayu ini rasa macam agak terganggu dan mula menunjukkan muka beruk dia. Akhirnya saya terus sahaja ke kiosk sebelah. Saya dengar dengan jelas peniaga Melayu tadi berkata kepada kawannya. "Dia ni bukannya nak beli... tanya je lebih. Malas aku nak layan". Bila dengar peniaga Melayu tadi berkata sebegitu, dengan selamba saya mengeluarkan tunai RM2K dan terus membeli telefon bimbit dari kiosk cina sebelah sambil menayang-nayang kepada peniaga Melayu tersebut... Alahai peniaga Melayuku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Nampaknya Umno di Selangor semakin meroyan untuk merampas kembali negeri itu di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan menyebar akhbar yang be...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. ...
-
Siapa yang terkena dan siapa yang untung disini. Apco worldwide tidak perlu berfikir buat kali kedua untuk menjayakan promosi 1 Malaysia ke ...







0 comments:
Catat Ulasan