Selasa, Ogos 11, 2009

UMNOBN, Ketakutan Yang Amat Sangat


Lagi akta hasutan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan orang melayu sedangkan umnobn sendiri yang paling takut menanti runtuhnya barisan nasional kerana dasar karat mereka memakan diri sendiri.

"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang. Saya tidak akan berhenti mengingatkan dalam tempoh setahun dua ini bahaya yang bakal kita hadapi. Bahaya sentiasa ada di hadapan kerana adanya Melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang pastinya disukai kaum bukan Melayu yang berkepentingan."
-Tan Sri Muhyiddin Yassin

Mana Paling Bahaya?
-Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi. Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta. Siapa ye Menteri besar johor ketika itu?.

-Kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996. Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit. Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam. Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.

(Moral: Rakyat menolak isu perkauman yang umnobn mainkan kerna sudah lapuk ditelan masa seusia umur umno itu sendiri. Siapa yang memutarbelitkan fakta? dah tentulah media yang di tunggangi umngok. Umnobn sudah hilang idea sebab tiada waris muda yang berkalibar. Nak harapkan KJ... hentikanlah.. Apa yang orang lain nampak sifat tamak KJ ketika bersama Paklah dulu?)

-Di mana KJ dapat duit RM9 juta… dia kata pinjam dekat kawan… siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta..saya pun nak pinjam jugak. Barangkali ada juga dikalangan Pemuda-pemuda UMNO nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu bagi (pinjam)…kalau nak pinjam di bank, boleh ke kita pergi ke bank nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra. Suruh ahli-ahli UMNO ke bank pinjam RM9 juta…kalau boleh dapat. (Che Det)

-Penguasaan ke atas Perdana Menteri (Pak lah pada masa itu) oleh khairy, 'ketua' kelompok penasihat Perdana Menteri yang beroperasi di tingkat 4, JPM, penglibatan dengan ECM Libra yang menyaksikan percantuman dengan syarikat kerajaan, Avenue Capital dan peranannya dalam 'menjual' syarikat-syarikat Malaysia kepada pihak asing, khususnya Singapura.

-Melalui kelompok kuasa yang didalangi oleh KJ, kali, kamal dan nori inilah korporat macam Ananda Krishnan, Francis Yeoh YTL dan Vincent mendapat habuan. Melalui mereka juga kuasa-kuasa asing seperti Amerika Syarikat dan Singapura mempengaruhi kerajaan mengenai FTA dan melalui kelompok ini juga idea menjual pasir kepada Singapura dihidupkan semula. Ia cara KJ memancing pengaruh di Johor yang penting kepada ambisi politiknya. Penjualan pasir dan pembukaan ruang udara Johor kepada Singapura adalah pakatan politik-bisnis di antara KJ dengan orang politik tertentu di Johor yang kini membaling batu dan sembunyi tangan. Pengkhianat-pengkhianat ini perlu didedahkan sebenarnya.

-Ahli UMNO sendiri sudah mengaku KJ ada terlibat dalam rasuah......tapi MACC masih tidur & tak ambil tindakan pun....kalau ini berlaku pada ahli PR..tentu MACC tak akan melepaskan peluang untuk betindak....

-Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah buka dan beri lampu hijau melalui leberalisasi ekonomi yang menjurus kearah mengadai negara secara berperingkat peringkat. Tidak hairanlah saham Bernas dijual kepada syarikat (Wang Tak) yang berdaftar di Hongkong. Asset dan syarikat bumiputra yang jatuh ketangan Bukan bumiputra. Kilang simen di Perak, asalnya milik SEDC Perak, sekarang milik YTL Cement. Andaman Hotel di langkawi dahulu milik Landmark holding. (milik Tan Sri Rahman), sekarang milik Genting. Naluri Bhd, dahulu milik Tan Sri Tajuddin, sekarang milik George Lim dari Atlan Holding.

Adakah ini semua namanya mempertahankan milik bumiputra? Siapakah pengkhianat sebenarnya? Pemimpin yang diamanahkan untuk memimpin kejalan yang lurus tetapi telah memimpin kejalan kesesatan yang barangkali amat sukar untuk kembali kepangkal jalan.

Adakah Rakyat Marhaen Lebih Selesa?
Ketika ini rakyat amat menderita akibat pentadbiran ekonomi negara yang tidak cekap. Sebut apa saja, semuanya menjejaskan kualiti hidup rakyat jelata daripada harga minyak, tarif letrik hingga lah ke kekurangan gula. Kepentingan kita dalam GLCs habis terhakis akibat tamak haloba, di baham oleh Singapura. Pengerusi Proton Holdings juga menduduki dalam Lembaga Pengarah SCOMI. Sri Perdana yang baru di bena tak sampai 3 tahun, diubahsuai menelan belanja 15 juta, syarikat mana yang dapat projek Low Cost Terminal berharga 100 juta. Terlalu banyak kepincangan yang mampu menggoncang jiwa. Alahaiiii....

UMNOBN TAKKAN BERUBAH, TERLALU LAMA DENGAN HABITATNYA, HANYA SUARA RAKYAT MAMPU MENGUBAH DAN MERUBAH WARNA MALAYSIA DENGAN PENDEKATAN YANG LEBIH TELUS, BERSIH DAN ADIL.

3 comments:

Zack berkata...

Rakyat sudah kena tipu dengan lidah umno ini. Mungkin mencari pengaruh untuk menang di permatang pasir kot. Kalau umno dah berani sangat umumkanlah pilihanraya secepat mungkin. Biar rakyat menilai siapa yang pengkhianat bangsa.

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin patut lihat sejarah dan lihat semua barisan dalam umno yang penuh dengan skandal dari pencacai hinggalah pemimpin tertinggi. Menteri pelajaran harus mengeluarkan kenyataan yang intelek dan bukan mengikut nafsu serakah yang berunsur hasutan. Himpunan 200 orang dari ngo2 yang menyokong kata2 muhyiddin sekadar melepaskan angin kentut diudara. Kalau tak berkumpul maka akan malulah Muhyiddin. Rakyat dah tahu umnolah puncanya mengapi-apikan perbalahan antara Melayu dengan Melayu yang dijaja oleh media karat. Manusia yang ANGKUH tidak akan kemana-mana. Rakyat yang bijak mampu menilai tindakan anda. Hanya yang buta akan melangut bila umno menggosok tengkok mereka.

Tanpa Nama berkata...

Cilakak melayu umno ni.. harus ditolak puak-puak ni.

Post Haru Biru

Arkib Blog