Rabu, Ogos 12, 2009

Polis Hentam Semborono Tangkap Orang Biasa


Ketika saya mengedarkan risalah di hadapan bangunan HSBC di Jalan Melayu, tiba-tiba datang beberapa orang polis meluru ke arah saya dan tanpa memberi salam, salah seorang anggota polis itu bertanya apa yang saya sedang lakukan. Saya cuba memberikan penjelasan kepada mereka sambil menunjukkan tag 'Peguam' yang saya pakai. Akan tetapi, nampaknya mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan saya dan meminta saya mengikut mereka berjumpa pegawai di balai polis. Saya enggan.

Cuba malukan saya
Seseorang yang ditahan oleh polis tidak mempunyai kewajipan untuk mengikut polis itu ke mana-mana sekiranya beliau tidak ditangkap. Maka itulah yang saya lakukan. Setelah melihat keengganan saya, polis-polis tersebut mula berkasar dan mengugut untuk menangkap saya. Maka saya pun bertanya soalan wajib "Kalau nak tangkap, tangkaplah, tapi sekarang adakah saya ditahan?" Polis-polis di keliling saya tidak menjawab. Pada waktu itu, saya yakin bahawa mereka sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Tiba-tiba, datang seorang polis pertengahan umur yang terus memekik "Tangkap dia! Gari!" Yang paling menyakitkan hati, mereka sempat memalukan saya dengan menyuruh beberapa orang polis berpakaian biasa mengambil gambar saya yang telah digari.
-Puspawati Rosman, Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG)

>>Lanjut Merdekareview>>>

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog