Sabtu, Julai 11, 2009

TOLAK, LAWAN, PERTAHAN

Kisah Cinta kedua
Apa boleh buat dulu Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah dibawah jagaan Khir Toyoo...L. Oleh kerana beliau orang kerajaan maka semua yang ilmiah tidak mampu menolak perlantikan Rosmah Mansor ini walaupun mereka tahu bawahnya moral beliau.

Para pelajar yang menghadiri "Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog" bersama penasihat PKR sebulat suara menolak isteri Datuk Seri Najib apabila diajukan isu tersebut. Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka untuk menukar Rosmah sebagai naib canselor Unisel. Nilai moral Rosmah yang dipertikaikan oleh masyarakat tidak sesuai untuk gedung ilmu, tetapi lebih tepat untuk gedung membeli-belah. Ini bukan soal musuh politik, ini tentang maruah universiti. Sepatutnya naib canselor Unisel adalah orang yang lebih bermoral, berintegriti dan berpendidikan tinggi serta disegani.
- Maisarah Ismail, Timbalan pengarah progam Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog

Kisah Otai Regim
Sejak kebelakangan ini kita lihat Che Det yang berpengalaman sebagai otai regim menempelak pentadbiran si Najib nagoi selama 100 hari.

"Yang negatifnya pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib dan Cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura. Nasib orang Melayu di negara ini bergantung kepada orang Melayu itu sendiri. Mereka harus bertindak untuk orang Melayu tetapi lima tahun pentadbiran (Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi rosak semua - rakyat, ekonomi, kewangan dan parti-parti BN. Tetapi saya tidak dengar orang Melayu komplen terhadap Tun Abdullah. Kerajaan memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak salah tetapi yang salah (ialah) kerana orang yang menyalahkan lesen, kontrak dan AP itu. Pembangkan perlu untuk memperbetulkan kita kerana orang kita tidak tegur walaupun kerajaan buat tidak semuanya benar."
- Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan perdana menteri

Kisah Pemerintah 100 hari
Selain 11 pengumuman yang dibuat sempena genap 100 hari menjadi Perdana Menteri, beliau turut mengumumkan enam bidang keberhasilan utama nasional. Keenam-enam bidang itu ialah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

"Saya tidak mahu memperincikannya kerana akan berjumpa dengan pegawai-pegawai kerajaan hujung bulan ini...nak memperincikan (kepada mereka dulu). Kita tunggu dulu pengumuman detailsnya (butirannya)."
- Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Perdana Menteri

Setelah mencari di carian berjenama google, terjumpa gambar ni untuk menunjukkan kisah 3 penjuru.

1 comments:

Prof. Era Pasca berkata...

2 penjuru je gambar nih.... big mama tag team ngan bijaN.. hehe sian mader....

Post Haru Biru

Arkib Blog