Terdahulu Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan setiap perhimpunan perlu berlangsung di stadium bagi mengelakkan kesesakan. Nak berhimpun sampai subuh pun tak pa. IPOH (Bernama): Permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Kenyataan Zambry diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.
"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat. Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan. Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak."
-Dato' Seri Nizar Jamaluddin
(Moral: Kenyataan Najib untuk menyediakan stadium hanya gula-gula semata-mata untuk mengaburkan mata rakyat. Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan)
Jumaat, Ogos 07, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Negara dijajah warga asing kerana umnobn membuka jalan untuk mereka.
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Malaysia Sebagai Hub Pusat Hiburan Malam Menjelang 2014 Edisi menyental catatan: Program Transformasi Ekonomi ETP, Datuk Seri Najib Razak m...
-
Dakwaan saintis kapitalis: Asteroid bersaiz sebuah bas hampir melanggar bumi. Asteroid itu dinamakan 2012 BX34 berukuran pada diameter ena...
-
Bik Mama aka wanita pertama yang berkuasa dalam pemerintahan negara... Rosmah Pangku Tugas Najib, Langgar Hierarki Negara TVS | Tindakan ist...
-
Ini contoh kertas saman ekor yang diposkan oleh pihak berkuasa ke rumah anda. Hanya melebihi 11 km/j anda akan di kenakan saman ekor. Amat m...
-
Proton Inspira akan menjadi nama rasmi mengantikan model Proton Waja. Proton Inspira adalah inspirasi dari model Mitsubishi Lancer yang menj...







3 comments:
Tambry tu manalah faham bahasa orang
zamry tu mamak bukan faham bahasa melayu pun
Hampeh simamak terbakar ni.. bila senyum nampak gigi je.. sedar sikit rakyat perak tak berminat dengan hang.
Catat Ulasan