Jumaat, Oktober 16, 2009

Adnan Yaakob Masih Boleh Berjoli, Pembanggunan Untuk Rakyat Miskin Pahang Disekat Untuk Melangsaikan Hutang.


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terlepas daripada membayar hutang yang lebih daripada separuh jumlahnya merupakan kadar faedah akibat dilengah-lengahkan, tetapi pembayaran masih tetap wajib dilunaskan oleh kerajaan negeri kepada syarikat Seruan Gemilang Makmur (SGM).

Menurutnya pengarah SGM Syed Ali Badaruddin Syed Othman, hutang sebenar kerajaan negeri sekarang sudah menghampiri RM65 juta kerana faedah sebanyak RM8,000 sehari sebagaimana diputuskan mahkamah terus berjalan.

Justeru itu Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 telah mengeluarkan suatu perintah kepada defendan (kerajaan negeri) supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37,127,471.60 kepada SGM berserta kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000 kepada SGM. Defendan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat pembayaran (kesemuanya berjumlah sekitar RM60 juta) kepada SGM namun tetap gagal.

Dalam pada itu pihak defendan (Adnan dan kerajaan negeri) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Bagaimanapun penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh pada 13 Februari 2008, kedua-dua defendan gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan.

Sebenarnya jalan penyelesaiannya ada sejak dulu iaitu melalui perundingan namun sikap pemimpin kerajaan negeri sendiri yang enggan bertindak sesuatu menyebabkan perkara ini terus berlarutan.

“Pada saya ini kesilapan kerajaan negeri sendiri melengah-lengahkan sehingga berlaku kecuaian. Hasilnya kerajaan negeri, iaitu dengan kata lain wang rakyat juga yang kena bayar. Pada masa ini saman terus berjalan dan apa yang saya bimbangkan ialah jika sikap pemimpin kerajaan negeri terus-terus begitu, jumlah yang kena bayar meningkat lagi kerana wang faedah terus berjalan sebanyak RM8,000 sehari. Akibatnya rakyat sendiri yang terus menanggung kerugian.”
-Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS

“Bagaimanakah kerajaan negeri Pahang terpaksa membayar sebanyak RM63 juta? Wang sebanyak itu terpaksa ditanggung oleh rakyat negeri Pahang. Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja keras membayar cukai kemudian terpaksa pula melihat wang mereka digunakan untuk membayar saman hasil dari pentadbiran yang gagal dan tidak bertanggungjawab. Adalah tidak wajar dan tidak adil bahawa rakyat terpaksa memikul beban kesalahan kerajaan negeri di samping menanggung kerugian dalam berbagai bentuk akibat pentadbiran yang tidak bertanggungjawab. Dalam hal ini dan rakyat harus menuntut supaya wang rakyat tidak disentuh oleh kerajaan negeri dalam melangsaikan bayaran saman ini. Tindakan menggadaikan hak rakyat oleh pemimpin negeri ini mestilah diberhentikan serta-merta bagi menyelamatkan negeri ini lebih parah dan hanya akan merugikan rakyat."
-Datuk Fauzi Abdul Rahman, Ketua Perhubungan PKR Pahang

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog