Khamis, Oktober 15, 2009

145,000 Perwakilan, Gimik Supaya Berkekalan, Pengundian Hanyalah Hiburan... Kah.. Kah..Kah... Gelak Sakan

PINDAAN Perlembagaan UMNO dianggap oleh para pemimpin UMNO berkeupayaan mentransformasikan UMNO sebagai sebuah parti politik yang paling demokratik di Malaysia dan akan lebih demokratik lagi apabila selepas pindaan dimuktamadkan di mana proses pemilihan akan diputuskan lebih 145,000 perwakilan berbanding kini kira-kira 2,500 orang.

Secara teorinya, adalah amat mustahil akan ada lagi rasuah politik bila ada pemilihan Pucuk Pimpinan Tertinggi UMNO yang akan di tentukan oleh para perwakilan berjumlah 145,000.

Namun bila kita amati secara mendalam sistem ramainya perwakilan mengundi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat, ia sebenarnya merupakan penjamin kedudukan Perdana Menteri dan Timbalannya serta para Menteri dan Timbalan Menteri untuk dicabar kedudukannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat dan mereka 'baik atau tidak baik' bisa sahaja kekal menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat tanpa bertanding.

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak ada sesiapa yang akan menang kalau dicabar kerana 13 Pengerusi Perhubungan Negeri dilantik oleh Presiden. Presiden akan melantik Pengerusi Perhubungan Negeri itu terdiri dari 'orang kanan atau terdiri dari Menteri-Menteri Besar Negeri' dan 13 Pengerusi Perhubungan Negeri akan mengawal perwakilan masing masing menurut telunjuk Najib pada siapa yang mesti diundi sebagai Majlis Tertinggi UMNO Pusat. Untuk mengelakkan rasuah politik wang yang tidak dapat dibendung ia mungkin akan bertukar dengan 'rasuah kuasa telunjuk Presiden' dan secara tidak sedar ia menjana pemilihan secara diktator.

Perkara sebegini mungkin sahaja boleh berlaku dan kalau ia boleh berlaku juga maka peluang Datin Seri Rosmah Mansor untuk dicalonkan sebagai Naib Presiden berkilau-kilauan bagaikan berlian yang sentiasa menghiasi dirinya dan kalau Najib berundur, tidak mustahil Malaysia punya seorang Perdana Menteri Wanita akan datang.

kalau calon-calon Ketua Bahagian ke Majlis Tertinggi UMNO Pusat tidak mendapat restu dari Presiden maka ia akan kalah juga secara undian 'demokrasi' dari para perwakilan sebab 13 Pengerusi Perhubungan Negeri yang mengawal para perwakilan masing masing sudah ada senarai nama-nama calon siapa yang mesti diundi atas arahan orang 'atas'. Senario pindaan perlembagaan UMNO ini juga akan dijadikan 'kayu pemukul' kepada semua Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO seluruh Malaysia dan kepada yang cuba melawan arus kepimpinan, kedudukan mereka akan tergugat.

Tiap-tiap Mesyuarat Agung Pemilihan Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO setiap 3 tahun sekali akan sering bertukar ganti kerana mainan rasuah politik wang lebih mudah dilakukan diperingkat bahagian dan cawangan lagipun tidak begitu banyak wang yang dikeluarkan untuk menjatuhkan Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO yang sedia ada di daerah dan di kampung masing-masing. -Halik Zaman, Sabahkini

(Moral: Patutlah Khairy berkokok macam ayam berak kapor... “Saya pohon dan merayu kepada Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) agar peruntukan itu disalurkan terus kepada Pemuda Umno bahagian. Bukan tak percaya dengan ketua bahagaian… tetapi kita nak tentukan Pemuda dapat menentukan sendiri apa yang berhak dengan peruntukan tersebut,” -Khairy Jamaluddin)

1 comments:

PUTRA MERDEKA berkata...

PAS KALAH di Bagan Pinang
duit deposit pun hampir hilang
tipu dan daya ditolak orang
seperti busuknya telur tembelang

PAS KALAH di Bagan Pinang
duit deposit pun hampir hilang
apa la nasib si kuda belang
ditipu tok guru siang dan malam

PAS KALAH di Bagan Pinang
duit deposit pun hampir hilang
nik aziz dan hadi sudah terkangkang
salehudin dan tantawi dah masuk longkang

PAS KALAH di Bagan Pinang
duit deposit pun hampir hilang
musibat terpekik macam jembalang
muslimut menipu jual temberang

PAS KALAH di Bagan Pinang
duit deposit pun hampir hilang
kuda belang diperah macam jalang
tok guru juga yang terus kenyang

PAS KALAH di Bagan Pinang
duit deposit pun hampir hilang
duit balak dan projek dah banyak terbang
kena kebas yang baru untuk tambah wang

PAS KALAH di Bagan Pinang
duit deposit pun hampir hilang
apa jua yang kamu rancang
semuanya ditolak terus terbuang

PAS KALAH di Bagan Pinang
duit deposit pun hampir hilang
langkah pertama nak masuk lobang
sebelum terkubur PAS lenyap dan hilang

Post Haru Biru

Arkib Blog