Rabu, Oktober 07, 2009

Rakyat Kelantan Hidup Serba Sederhana. Itu Cara Mereka

Serambi Mekah itulah yang digelarkan rakyat kepada negeri Kelantan yang kaya dengan nilai budaya kepada setiap warganya. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin bahawa kelantan merupakan negeri yang mundur di bawah pimpinan PAS adalah tidak tepat. Muhyiddin hanya melihat dari segi pembangunan secara kasar. Sepatutnya beliau menilai dari segi ekonomi setiap warga kelantan yang mampu berbelanja menggunakan tunai. Jika dilihat statistik pembelian di Tesco Kota Bharu mampu memungut lebih RM1 juta sehari sehingga ia bercadang hendak menambahkan cawangannya di Kelantan sedangkan Tesco di Kuantan, di negeri perdana menteri sendiri, telah ditutup akibat masalah ekonomi setempat.

Muhyiddin dan juak-juak umnobn tersilap lagi kerana negeri-negeri di bawah pemerintahan umno ngok selama 52 tahun hanya mementingkan pembanggunan semata-mata sehingga tidak selari dengan taraf hidup penduduk-penduduknya. Tidak hairanlah masih ada lagi miskin bandar yang perlu diambil perhatian oleh umno ngok ini. Bangga sangat umnobn dengan pembangunan anjuran mereka sehingga tidak sedar Satu demi satu bangunan baru yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional runtuh. Klik Sini dan Sini.

Mengikut statistik semasa BN memerintah, Sabah merupakan negeri yang mempunyai bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar yang tertinggi iaitu 32,297, diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) dan Kedah (4,938). Manakala Kelantan hanya (3,550).

Adakah umnobn ini hanya mahu merompak hasil bumi dan wang negara dengan alasan pembangunan?. Cuba lihat dibandar-bandar seperti Kuala Lumpur yang dilihat maju dengan kenaikkan bangunan-bangunan tinggi. Adakah umnobn sedar kebanyakkan warganya masih hidup mengikat perut untuk membahagi-bahagikan keperluan dan bayaran cukai sana sini.

(Moral: Hairan jugak ye Rakyat Kelantan Mundur. Kenapa terlalu kerap jadual pengangkutan awam berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Kenapa terlalu banyak bas yang moden di kelantan berbanding negeri lain. Kenapa ramai melayu kelantan mampu membina banglo-banglo yang indah. Kenapa warga kelantan ramai sangat yang pakai kereta yang mewah-mewah. Lagi hairan kenapa warga luar boleh pergi ke Kelantan untuk membeli belah. Pergi le ke KLCC atau Alamanda baru glamer)

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

bila ko kata orang sabah dan sarawak banyak orang miskin, ko silap besar budak. kat sarawak tu berapa ramainya orang kaya yang tidak menonjol macam orang2 melayu di semenanjung ni. ko tau? ko tak tau sebab ko cakap main bedal tanpa fakta.

harga barang naik, tak kiralah sama ada petrol ke, harga ayam ke, gula ke... kat semenanjung ni dah MELALAK LALAK tak puas hati harga naik. Kat Borneo? "why should i care for?" itu kata mereka..


















































































































itu bezanya.. orite? Selamat berblogging.

Robi berkata...

Oitt nasi kangkang MCyber ini salah satu pencacai umno yang masih keliru. Sabah dan Sarawak yang kaya sudah kena main dengan umnobn. Mengapa masih ada lagi kemiskinan tegar disana dan ceruk sinun.

Post Haru Biru

Arkib Blog