Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 05, 2010

Mahasiswa Sahut Cabaran Di Galas


TVSELANGOR | Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menjangka lebih 2,000 mahasiswa akan menyertai kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, tanpa mempeduli amaran daripada Menteri Pengajian Tinggi supaya tidak terlibat. dalam PRK itu.

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman menyifatkan amaran awal Datuk Seri Khaled Nordin semalam sebagai arahan yang tidak masuk akal dan bukan sesuatu yang mutlak walaupun Khaled berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi terpulang kepada mahasiswa untuk membuat penilaian.

“Pertamanya kita seluruh Mahasiswa sering peka berkenaan dengan isu-isu semasa yang melingkari mahasiswa dan negara ini.

“SPR belum lagi bermesyuarat dan memutuskan tarikh pilihan raya kecil Galas tetapi Menteri telah pun mengeluarkan arahan kepada mahasiswa supaya tidak turun ke Galas. Adakah Menteri sedang bermimpi di siang hari?” katanya yang menyatakan mahasiswa tidak akan turun beramai-ramai ke Galas.

“Kami sahut cabaran menteri yang sewenang-wenangnya ingin mengenakan Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kepada mahasiswa yang turun ke Galas.

“Saya juga ingin memberi mesej jelas kepada menteri bahawa mahasiswa bukan budak kecil yang boleh ditakut-takutkan,” katanya yang menganggarkan lebih 2,000 mahasiswa bakal ke Galas untuk hadir sebagai kuasa ketiga dalam masyarakat.

“Jika mahasiswa tidak dibenar hadir pilihan raya kecil, ke mana mahasiswa akan pergi apabila pilihan raya umum berlangsung? Semua negeri ini menjadi ‘haram’ bagi mahasiswa. Adakah mahasiswa perlu ramai-ramai ke luar negara?” katanya.

Jumaat, September 17, 2010

Gambar Hari Ini: Apabila Tuanku Sultan Mengangkat Ulama Ditempat Sepatutnya

Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan

~Sumber

Selasa, September 14, 2010

Islam dijunjung, Sultan disanjung

Imbasan Kembali Peristiwa

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli.

Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Mungkin masih segar diingatan anda suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak.

Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.






Gambar: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Disini Budak Kampung Online mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas permasyhuran YTM TengKu Muhammad Faris Petra (42), Tengku Mahkota Kelantan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahanda baginda Tengku Ismail Petra berkuatkuasa hari ini Isnin 04 Ramadhan 1431 bersamaan 13 Sept 2010.

Gambar: TUANKU Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra menerima Watikah Pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Istana Negeri Kubang Kerian hari ini.

Daulat Tuanku...

Khamis, September 02, 2010

Sambutan Merdeka ke 53 di Kelantan Dibawah Pimpinan TG Nik Aziz


HarakahDaily | KOTA BHARU - Tanpa menghirau Ramadan sambutan ambang kemerdekaan di tempat lain dipenuhi persembahan aneka muzikal dan letupan bunyi api, sebaliknya di Kelantan disendat dengan program keagamaan.

Bermula dengan program khatam al-Quran seramai 3,500 peserta diadakan selepas solat Asar di Qaryah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Kemudian majlis berbuka puasa perdana diadakan di bahagian dalam stadium yang diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ribuan hadir pada program tersebut termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Selain itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, anggota keselamatan dan pegawai kerajaan.


Kelainan juga dapat disaksikan apabila solat Isyak dan hajat diimamkan pegawai tentera, Mejar Mohd Shukor Said dari 8 Briged Kem Pengkalan Chepa.

Situasi itu jarang berlaku sebelum ini apabila seorang pegawai tentera lengkap dengan pakaian seragam dengan pangkat tersemat di bahu menjadi imam solat.

Kemudian di tempat yang sama diadakan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Ahmad Rejab Yassin dari Mesir. Suara nyaring bacaan ayat-ayat suci al Quran kedengaran di segenap penjuru stadium.

Suasana malam yang nyaman membolehkan orang ramai solat tarawih dengan selesa biar pun beralaskan rumput di padang stadium.

Sekali sekala angin bertiup agak deras sehingga mengangkatkan tikar tempat solat.

Situasi dalam stadium yang dipenuhi budak-budak berjubah di kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz. Ramai juga lengkap dengan baju Melayu.

Manakala anggota tentera yang berpakaian seragam mengenakan kopiah turut menunaikan solat.

Program diteruskan dengan forum kemerdekaan yang bertajuk Ramadan ke Menghayati Kemerdekaan Sejati membariskan ahli panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas pensyarah USIM, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan bekas Adun Kuala Besut, Nik Zawawi Nik Salleh. Manakala Kamal Ashaari bertindak sebagai moderator.

Berakhir acara forum diadakan pula acara deklamasi sajak oleh pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sulaimiah, Mohd Nor Aiman Azmi, 13.

Beliau pernah mewakili negara mendeklamasi sajak di Bangkok ketika berusia 9 tahun dalam pesta puisi Asean.

Kemudian diadakan pula pementasan pentomen oleh kumpulan dari Majlis Kebudayaan Kelantan yang bertajuk Suatu Ketika Dahulu Adalah Hari Ini.

Pentomen hampir sejam itu diarahkan Zed Zaidin, mengisahkan negara ketika di bawah penjajah sehingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Selepas itu tujuh anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja membawa Jalur Gemilang dan diserah kepada Menteri Besar di pentas utama.

Kelainan sekali lagi dapat disaksikan apabila tepat detik 12 malam, laungan azan dikemundangkan. Tiada letupan bunyi api seperti disaksikan di tempat-tempat lain.

Kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku di mana semua yang hadir berdiri.

Dan pada pagi semalam tidak diadakan perbarisan memandangkan umat Islam sedang berpuasa, biar pun program itu diadakan di negeri-negeri lain.

Rabu, Ogos 18, 2010

Dinar Emas Dan Dirham Jadi Buruan DiKelantan


Bernama | Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di sini bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata pembeli berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan, Rabu.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn hari ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ianya dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas.

"Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.

Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham.

Selasa, Ogos 17, 2010

www.dinarkelantan.com.my | Pakat Beri Sokongan

Pautan Petisyen Sokong Dinar Kelantan www.dinarkelantan.com.my.

(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)

Kelantan lancar matawang syariah Dinar dan Dirham

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai. Klik Sini.

Isnin, Ogos 16, 2010

Najib Malu Tindakan Kerajaan Kelantan Mendahului Penggunaan Dinar Emas?


Usaha kerajaan Kelantan mengembalikan umat Islam kepada matawang syariah ternyata tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Umno. Apakah dengan mendahului penggunaan Dinar Emas dan Perak oleh kerajaan kelantan menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno rasa terhina kerana lembabnya tindakan kerajaan Pusat.

Dulu che det ada menyarankan penggunaan dinar emas di negara ini ketika krisis kejatuhan mata wang Asia pada 1997/1998. Namun sudah hampir 10 tahun masih tiada apa-apa solusi diambil oleh kerajaan malaysia.

Malah Najib sendiri pernah mengakui platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang. Kenyataan akhbar dibawah.

.....
Urus Niaga Guna Emas Cegah Susut Nilai Mata Wang

KUALA LUMPUR 14 Feb 2007. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan dinar emas dan dirham perak boleh menjadi pendekatan alternatif untuk merancang pengurusan kekayaan.

“Tidak seperti mata wang konvensional yang berdepan dengan inflasi berterusan, nilai emas adalah stabil dan ia merupakan kaedah berkesan untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan krisis kewangan atau mata wang,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat Malaysia, IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia pada 9 Februari lalu. ~end
.....

Pemimpin-pemimpin Umno tahu nilai yang ada pada Dinar Emas dan Perak ini. Malah mereka pun tahu wang kertas yang dipolopori sistem kapitalis tidak ada nilainya dan terdedah kepada spekulasi kerana amalan riba yang dipertahankan.

Biasalah bro, bila duduk dalam umno mereka menjadi terlalu bodoh dan menyombong bila melihat inisiatif yang dibuat oleh negeri-negeri jajahan pembangkang. Apa perlu buat? Takkan nak sekeh kepala menteri itu.. Kalau nak sekeh pun siapa yang nak mula dulu... kah..kah..kah..

Sabtu, Ogos 14, 2010

Berapa Nilai Yang Ada Pada Matawang Ini

Matawang kertas kerajaan Malaysia. Jutaan RM dibelanjakan untuk rekabentuk, security, kertas dan cetakan berkualiti. Namun tewas dengan pusingan mesin basuh dan titisan dakwat.



Dinar emas dan perak Kelantan

Awang Adek perlu melihat jauh kehadapan dan bukannya memperlekeh inisiatif kerajaan Kelantan mengeluarkan Dinar emas dan perak. Apakah salahnya mempromosikan Dinar Islam kalau sistem itu berdaya maju dan berpotensi mengatasi masalah sistem matawang konvensional yang kini terdedah kepada spekulasi dan manipulasi oleh pasaran bebas ciptaan Barat?. Punca bodoh sombong umno. Ada akal tidak boleh berfikir.

Jumaat, Julai 23, 2010

Emas Di Kelantan

Bernama: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menandatangani surat pengeluaran pertama jongkong emas Kelantan ketika melawat kilang CNMC Goldmine Limited di Kampung Sokor. Turut sama Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Limited Prof Lin Xiang Xiong dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Mohd Sabri Abdullah.


Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menimbang jongkong emas ketika hadir melawat kilang CNMC Goldmine Limited di Kampung Sokor dekat sini hari ini.

Khamis, Jun 17, 2010

Fiesta Kelantan 2010: Nasib Baik Cukong Tak Kena Panah Petir

Perasmian Fiesta Kelantan di Kota Bharu disambut bersama hujan yang turun dengan lebat disertai kilat. Hujan mencurah-curah sejak maghrib diikuti angin kencang. Jangkaan ribuan rakyat kelantan hadir adalah meleset. Hanya 300 orang sahaja yang hadir. Malah Najib dan Rosmah terpaksa membatalkan untuk hadir ke majlis pelancaran Fiesta Kelantan 2010. Oleh itu Mustafa Mohamad telah mengambil alih menggantikan Najib merasmikannya. Fiesta Kelantan itu adalah anjuran bersama di antara kerajaan Kelantan menerusi PMBK dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. Pengendalinya Red Carpet Woldwide sebuah syarikat milik kroni Umno. Kegagalan Fiesta itu telah menyebabkan Umno mengambil kesempatan memburukkan kerajaan Kelantan. Jahanam Umno...


Petikan Media:

KOTA BHARU, 16 Jun 10: Harakah melaporkan, sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Dikatakan gagal adalah kerana antaranya 9 sebab.

Pertama: Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Kedua: Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib. Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ketiga: Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Keempat: Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap. Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau (Datuk Takiyuddin Hassan) yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Kelima: Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Keenam: Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ketujuh: Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung. Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Kelapan: Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan banting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.

Kesembilan: Kegagalan ini juga disebabkan rakyat mula menzahirkan kebencian mereka kepada pemimpin BN yang menzalimi rakyat Kelantan dengan merampas royalti minyak.

~Harakah

Jumaat, Jun 04, 2010

Himpunan Membantah Kezaliman Zionis Israel Laknatullah Bersama Tok Guru




Rabu, Februari 24, 2010

Sokongan Rakyat Kelantan Akan Menyebabkan Tok Pa Bersedih Lagi


Tok pa akan bersedih untuk kali kedua bila melihat sokongan rakyat kelantan masih utuh kepada PAS. Walaupun beliau dan konco-konco umno kelantan ada membuat siri ceramah Royalti Minyak menjadi Wang Ihsan, namun sambutan nya tidaklah mampu menarik rakyat terbanyak. Nampaknya rakyat kelantan lebih berminat mendengar siri ceramah Pakatan Rakyat daripada ceramah umno yang penuh dengan hujah kosong dan penipuan. Boleh pi dipautan ini bagaimana umno kelantan membayar RM20 ringgit kepada budak-budak motor untuk memenuhkan kerusi. ha.. ha.. ha..

Mampos Umno...

Rabu, Disember 02, 2009

Tekanan Grombolan Mahu Meranapkan Seri Kota Darul Naim


Dari Kampung Sungai Santan ke Bunut Susu,
Singgah di Bersia menjamu gulai,
Memang banyak rintangan perjalananku,
Hanya titipan doa supaya selamat sampai.


Pemikir politik pro grombolan menyatakan dengan sinis PAS akan hilang sokongan jika Tok Guru Nik Aziz (TGNA) tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar (MB) Kelantan. Itu kata depa yang mahu menumbangkan kebangkitan PAS. Nak tanya kat pemikir politik ini awat hangpa tak kaji kenapa pencen umnobn akan memilih PAS sebagai parti nombor 2 setelah meninggalkan Barisan Nasional.

Media Penjilat Temolok (MPT) grombolan menjadi peranan membuaikan rentetan isu yang terkeluar dari mulut TGNA kepada pembaca yang statik logik pemikirannya. Sampai ketagih pembaca untuk mengikuti perkembangan terkini putaran MPT ini. Itu namanya strategi media yang mahu melariskan jualan hari semalam, hari ini dan berikutnya.

Menteri-menteri jantan-aw grombolan mula menuding jari kepada TGNA. Masing-masing cuba mengislamkan diri sepenuhnya beserta kyusuk memberi pendapat menyanggah kalimat yang mereka takutkan. Takut apa!!! hangpa kan pencipta rukun negara. Ceh! teringat lak aku masa sekolah rendah bagaimana Cikgu lulusan BTN mengacukan sebilah rotan jika tak lancar baca Rukun Negara. Jika Rukun Islam dan Rukun Iman tu patutlah dirotan kepada sesiapa yang tak menghayatinya.

Menteri-menteri hawa terlupa bertudung sambil mencebik bibir kepada doa TGNA. Takpa tak bertudung dan tak menutup lurah pun boleh berdoa apa! Semua boleh memohon doa. Atas kehendaknya samada permintaan dimakbulkan atau tidak.

Mufti grombolan panas telinga kerana terasa kata dari TGNA. Mula kedengaran sinis pedas membela juak pelupa hadhari. Sepatutnya mereka terdahulu memperbetulkan grombolan kejalan lurus. Ini terbalik kerana TGNA pula bersimpati untuk membetulkan grombolan ini.

Kesemua lepasan Biro Tata Negara (BTN) dok hentam TGNA dengan perkataan kesat, maki hamun yang telah ditanamkan oleh fasilitator mereka. Lantak pi kat depa dah lupa perkataan sopan. Agaknya bala kecil sudah menimpa ke otak lepasan BTN ini.

Tekanan-tekanan ini menjadi umpan grombolan yang mahu TGNA melepaskan jawatannya sebagai MB. Jika grombolan ini berjaya maka mudahlah mereka menyuntik racun kerajaan perpaduan yang diidamkan grombolan ini bagi mengekalkan pemerintahan 50 tahun lagi mungkin?. Satu tolak jatuh, yang dua akan goyang. Itulah tema 1 pecahan yang grombolan cuba muktamadkan.

Ada yang kata dah 20 tahun TGNA memerintah Kelantan menyebabkan warga Darul Naim sudah jemu. Itu kata depa yang iri hati ke atas kejayaan TGNA mengekalkan jawatan MB Kota Darul Naim. Nak tanya awat hangpa warga Kelantan sanggup menerima TGNA selama 20 tahun?. Awat tak kick dari awal?.. Sebagai insan yang beriman fikirkanlah hikmahnya.

(Moral: Setiap kotak pikiran akan terkeluaq berlainan pendapat. Begitu juga dengan rentetan tingkah kata TGNA yang ada tersurat bila diteliti dan difahami. Semuanya adalah untuk kebaikan Rakyat se-Malaysia dan PAS. Petunjuk yang baik datang dari Allah Swt. Untuk mendapat petunjuk yang baik haruslah memohon kepadanya. Rujukan hanya memantapkan lagi petunjuk menjadi kenyataan.)

Rabu, Oktober 07, 2009

Rakyat Kelantan Hidup Serba Sederhana. Itu Cara Mereka

Serambi Mekah itulah yang digelarkan rakyat kepada negeri Kelantan yang kaya dengan nilai budaya kepada setiap warganya. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin bahawa kelantan merupakan negeri yang mundur di bawah pimpinan PAS adalah tidak tepat. Muhyiddin hanya melihat dari segi pembangunan secara kasar. Sepatutnya beliau menilai dari segi ekonomi setiap warga kelantan yang mampu berbelanja menggunakan tunai. Jika dilihat statistik pembelian di Tesco Kota Bharu mampu memungut lebih RM1 juta sehari sehingga ia bercadang hendak menambahkan cawangannya di Kelantan sedangkan Tesco di Kuantan, di negeri perdana menteri sendiri, telah ditutup akibat masalah ekonomi setempat.

Muhyiddin dan juak-juak umnobn tersilap lagi kerana negeri-negeri di bawah pemerintahan umno ngok selama 52 tahun hanya mementingkan pembanggunan semata-mata sehingga tidak selari dengan taraf hidup penduduk-penduduknya. Tidak hairanlah masih ada lagi miskin bandar yang perlu diambil perhatian oleh umno ngok ini. Bangga sangat umnobn dengan pembangunan anjuran mereka sehingga tidak sedar Satu demi satu bangunan baru yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional runtuh. Klik Sini dan Sini.

Mengikut statistik semasa BN memerintah, Sabah merupakan negeri yang mempunyai bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar yang tertinggi iaitu 32,297, diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) dan Kedah (4,938). Manakala Kelantan hanya (3,550).

Adakah umnobn ini hanya mahu merompak hasil bumi dan wang negara dengan alasan pembangunan?. Cuba lihat dibandar-bandar seperti Kuala Lumpur yang dilihat maju dengan kenaikkan bangunan-bangunan tinggi. Adakah umnobn sedar kebanyakkan warganya masih hidup mengikat perut untuk membahagi-bahagikan keperluan dan bayaran cukai sana sini.

(Moral: Hairan jugak ye Rakyat Kelantan Mundur. Kenapa terlalu kerap jadual pengangkutan awam berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Kenapa terlalu banyak bas yang moden di kelantan berbanding negeri lain. Kenapa ramai melayu kelantan mampu membina banglo-banglo yang indah. Kenapa warga kelantan ramai sangat yang pakai kereta yang mewah-mewah. Lagi hairan kenapa warga luar boleh pergi ke Kelantan untuk membeli belah. Pergi le ke KLCC atau Alamanda baru glamer)

Post Haru Biru

Arkib Blog