Memaparkan catatan dengan label Royalti Minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Royalti Minyak. Papar semua catatan

Rabu, Februari 24, 2010

Sokongan Rakyat Kelantan Akan Menyebabkan Tok Pa Bersedih Lagi


Tok pa akan bersedih untuk kali kedua bila melihat sokongan rakyat kelantan masih utuh kepada PAS. Walaupun beliau dan konco-konco umno kelantan ada membuat siri ceramah Royalti Minyak menjadi Wang Ihsan, namun sambutan nya tidaklah mampu menarik rakyat terbanyak. Nampaknya rakyat kelantan lebih berminat mendengar siri ceramah Pakatan Rakyat daripada ceramah umno yang penuh dengan hujah kosong dan penipuan. Boleh pi dipautan ini bagaimana umno kelantan membayar RM20 ringgit kepada budak-budak motor untuk memenuhkan kerusi. ha.. ha.. ha..

Mampos Umno...

Sabtu, Februari 20, 2010

Wang Ehsan Kelantan: Esok Disurat khabar ada Iklan Putar Belit Royalti Minyak


Esok ramai-ramai pakat beli suratkhabar. Dengarnya kerajaan pusat mahu putar-belit fakta tuntutan royalti minyak kelantan. Baguih depa sanggup buat Advertisment muka penuh dan disiarkan di akhbar-akhbar utama. Wa mintak lepaih ni kerajaan pusat buat Dokumentari lak pastu mainkan di TV dan diulang-ulang tayang. Boleh pi disini kepada sesiapa yang sayangkan tok pa..ahaks..

Pasai apa sampai begitu sekali untuk memutar belitkan fakta Tok Pa oii. Adakah dengan menghilangkan status 'Royalti Minyak' maka Petronas tidak akan membayar 5% kepada negeri Kelantan setiap tahun?. Cerdik depa noo. Tak mahu tengok kelantan membangun dengan lebih pesat.

Hangpa tukar nama Wang Ehsan lepastu diurus pula oleh Kerajaan Pusat. Ini adalah satu permainan politik umno-ngok. Kalau hangpa betul ikhlas bagilah kepada kerajaan negeri kelantan uruskan wang ehsan tersebut.

Sebab aku nampak disini wang ehsan yang akan diurus oleh kerajaan pusat hanyalah satu games. Mereka akan buat replika cek RM20juta lepastu panggil media ambil gambar termasuk topeng perak. ahaks..

Lepastu Tok Pa dan Najib serta umno kelantan termasuk katak puru Ibrahim Ali akan menjulang tangan. Esoknya keluar paper dengan tajuk Kelantan Sudah Dapat Wang Ehsan sebanyak RM20Juta dari kerajaan pusat. Maka rakyat hulu Kelantan pun akan kata baguih Tok Pa.

Tapi yang sebenarnya berlaku selepas penyerahan replika cek RM20 juta itu, mungkin kerajaan pusat tidak membayar secara penuh sebab duit petronas dah menguncup. Tok Pa pun dah kata perlu berjimat jika mendapat wang ehsan tersebut. Tak boleh buat pembangunan yang besar.

Kalu depa bagi kerajaan negeri uruskan, mungkin ada tanda tanya disini. Awat hangpa tak bagi 'Lumsum' RM20 juta. Lepastu tahun depan jika PAS masih memerintah Kelantan, maka wang ehsan ini juga akan menguncup turun RM10 juta.. Kalau PAS tumbang maka bertukarlah wang ehsan kepada Royalti Minyak Kelantan.. kweng..kweng..kweng... doh nak buat lagu mano..

mamposs umno.. tagline manjungmari wa cilok beb.

Apa kata Zaid Ibrahim kepada Mustapa Muhammad (Tok Pa) Klik

Jumaat, Januari 29, 2010

Tok Pa Pengampu Utusan Dongeng, RM2 Bilion Layak Untuk Rakyat Kelantan

Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam. Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini dan menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa... kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat. Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng."
-Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas (Otai Umno)

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Post Haru Biru

Arkib Blog