Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.
Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam. Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.
Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini dan menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.
“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa... kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat. Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng."
-Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas (Otai Umno)
Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jumaat, Januari 29, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Nampaknya Umno di Selangor semakin meroyan untuk merampas kembali negeri itu di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan menyebar akhbar yang be...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. ...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Siapa yang terkena dan siapa yang untung disini. Apco worldwide tidak perlu berfikir buat kali kedua untuk menjayakan promosi 1 Malaysia ke ...







0 comments:
Catat Ulasan