Jumaat, Januari 29, 2010

RM30: Salah Mendidik Anak Buah?


Anda akan selamat dari tindakan undang-undang, kerana anda mempunyai 'kabel' yang besar termasuk sebahagian dari pihak berkuasa akan menolong anda.

Amar Makruf Nahi Mungkar Fisabilillah. Begitulah anak muda sekarang yang begitu taksub dengan geng 3 line. Perghh.. siap tambah Fisabilillah pada 'Tagline' kasi gempak. Apa ke jadahnya anak muda yang taksub ini menjahanamkan satu nama persatuan yang ramai anggotanya sehingga keserata benua asia.

Ini bukan menunding jari. Tetapi jika kepala babi hutan bersama RM30 yang diletakkan di dua masjid sekitar Petaling Jaya tempoh hari, siapa lagi kalau bukan dari kumpulan ini. Tambah pulak di kawasan Taman Datuk Harun.. he..he..

Bapa borek anak rintik, Jika ayahanda tidak mampu mentarbiahkan keseluruhan rantingnya, maka inilah yang akan terjadi. Tidak hairan lah Artis itu sanggup bergaduh bagi mempertahankan imejnya sebagai 'Ibu Jari'.

Yang mana otai 13 mei bersama parang terbang harap bersabar dan meneliti isu ini dengan lebih tajam seperti tajamnya parang hangpa. Walaubagaimanapun korang tetap mantap berjuang atas sikap amarah yang amat mendalam bagaikan 'Jebat'. Dahulu Bangsa, Agama dan Negara menjadi pegangan perjuangan. Tetapi lar ni lain pulak jadinya, duit, perempuan dan kongsi gelap menjadi kegemaran ahli baharu.

Tidak hairanlah ada yang terjebak dengan club bersama arak, memukul ikut suka hati bagaikan hero, takbur bila bercakap kerana ada 'backup', 'kerek', angkuh dengan 3 warna itu dan bermacam-macam kera-akter yang menjelikkan di mata masyarakat.

Woiit budak baharu, apa ke jadah kau menghafal buah-buah, pantun-memantun, nama-nama ibu jari dan lain-lain. Lebih baik dan berfaedah korang menghafal ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya yang korang junjung ketika bai'ah. Ilmu dapat, pahala dapat, kesejahteraan dapat dan korang akan jadi lebih mulia daripada 'Ibu Jari' yang 'kerek'.

(Moral: Kepala babi hutan yang dilontar kat mesjid dibalut rapi dalam beg plastik. Pasti pelontarnya amat takut dengan babi tersebut dan pelontarnya juga amat bertimbangrasa terhadap kariah mesjid yang dijangkanya akan menjumpai kepala babi itu. Maka dengan membalut babi itu dengan rapi menggelakkan dirinya sendiri dan juga kariah mesjid terpegang babi. Panjang akai hangpa. Lepaih campak bungkusan 'kepala bana' boleh pi pekena nasi lemak tak payah pikiaq bagaimana nak samak. Nampak sangat semuanya kerja-kerja melayu islam. kalau pelontar bukan islam yang busuk hati, pasti dibaling kepala babi itu begitu saja, demi mencapai niatnya menimbulkan kemarahan orang melayu 1 malaysia)

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Blog usah menuduh sebarangan. Tak takut kena kapan ka.

abu muaz berkata...

ada logik juga tu ya..... dibungkus dulu jadi tak payah samak.Kemudian pekena kopitiam atau radix.bijak,bijak.

Zack berkata...

Pergi mamposs lah pigida. Kalau macam ni perangai anak buah. Bila yang baik2 dah mamposs yang tinggal waris gangster.

Ahmad Muslihin berkata...

berfikir dua kali..
ade jgk btolnye 2...

Unknown berkata...

abu muaz, awal subuh mana pulak nak cari tanah untuk menyamak.

zack, persatuan ini harus dibubarkan kerana sudah lari dari asal.

ahmad muslihin, terima kasih kerana berfikir.

Tanpa Nama berkata...

Name pon bdk kg...xtau ape2 xph nak merepek mcm2...pandai ckp bab agama...tpi kutuk blakang nie ape citer?meh ngadap depan2 klu nak tau citet btl...dlm hdp nie x pyh nak pertikaikan org lain,pertikaikan diri sndiri dlu
..salah org lain hang nampak,tpi salah hang mcm mana?

Post Haru Biru

Arkib Blog