Walaupun sudah lebih 10 tahun peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, namun kebencian dan dendam Dr Mahathir kepada Anwar masih belum habis. Di mana ada ruang dan kesempatan Dr Mahathir akan menyerang dan mengkritik Anwar.
Terbaru ialah apabila beliau persenda peranan Anwar di Selangor yang dilantik menjadi penasihat ekonomi. Menurut penilaian Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalannya itu seorang pendebat yang baik tetapi bukan seorang yang tahu mengenai ekonomi.
Itu penilaian Dr Mahathir. Apa yang jelas menggambarkan kebencian dan dendam beliau terhadap Anwar belum berakhir. Beliau sepatutnya melupai peristiwa lama dan membina pemikiran dan persepsi baru demi masa depan rakyat dan negara.
Persoalannya mengapa Dr Mahathir berbuat begitu, terus menyerang dan menghina Anwar. Ini mengambarkan ketakutan beliau keatas masa depan dan politik umno yang menerajui pemerintahan negara ini. Mungkin Dr Mahathir dilihat pemerhati politik yang baik. Apa yang beliau nampak adalah sinar untuk Anwar berkuasa adalah cerah.
Dengan pelbagai masalah yang wujud dalam pemerintahan umno ini jelas kerajaan Barisan Nasional bergetar kepala lutut jika tampuk pemerintahan bertukar ganti kepada Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku bermakna Dr Mahathir dan grombolan umno berada dalam bahaya. Jadi mereka harus menyekat supaya ianya tidak terjadi walau apa cara sekali pun.
Jika kejayaan Anwar merampas kerusi perdana menteri bersama Pakatan Rakyat mungkin akan menyusahkan kehidupan Dr Mahathir dan grombolan BN kelak. Mungkin di minda Mahathir, kalau Anwar berkuasa kerajaan Anwar akan membongkar kesalahannya dan mendakwa di mahkamah. Jika ini yang ada dalam kotak fikiran Mahathir jelaslah yang beliau adalah seorang pendendam.
(Moral: Sudah pastinya grombolan ini mahu mematahkan langkah Anwar. Kalau boleh mereka mahu sabitkan kesalahan Anwar itu dan nyahkan beliau dari politik Malaysia walaupun kesalahan beliau dicipta oleh grombolan ini. Apa akan terjadi jika Anwar tidak bersalah dengan kes liwatnya. Walhal kes ini sudah menjadi sejarah 1 Malaysia. Mampukah Dr Mahathir memadam kembali sejarah tersebut dalam usia yang sudah lanjut?. Apa pula persepsi generasi akan datang kepada beliau?... Yang pastinya Dr Mahathir dan Najib telah merendahkan Islam dengan tuduhan liwat ini. Mungkin yang bukan beragama islam akan berkata.. lu pikirlah sendiri.. boleh main belakang... )
Isnin, November 23, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Perghhh… Bergoyang "dut-dut" pokcik tua turrr… nggeeeeee….
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Gambar ini pernah meletop suatu ketika dahulu. Tuan punya badan pernah menafikannya. Zaman itu sudah boleh ambil gambar hires. Menurut foren...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Lar ni semua orang sudah kenal kerana berpakaian macam perempuan lorong... "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan....
-
Masih belum hangit lagi... panassss di alam maya... suka klik LIKE disini
5 comments:
OOOO kalau BABI kau tu kutuk TDM boleh plak? memang jenis babi tahap gaban la kau ni,
Mahathir patahkan BABI kau tu sebab BABI kau tu memang akan memusnahkan negara ni, terutama sekali melayu. Generasi BABI tak pa, sebab anak anak cucu BABI akan di perkosa/diliwat/dirogol oleh puak puak keling singh je semuanya. apa kesah, sebab BABI sendiri yang dk amalkan amalan tersebut,,, so kena la pulak pada anak cucu BABI tu...
Kah-kah pemgomen kat atas ni lebih sukakan babi dari lembu. gila
ishhh..tak suka la...kalau bab2 politik ni..nampak macam dua-dua tak betul...tak tau nak jadi hakim...hanya Allah yang tahu, so sebagai manusia yng ada agama kena berpegang pada agama, kita orang Melayu ni asyik nak gaduh je...smpai maki hamun...nauzubillah..
Kemaraan Anwar memberi tekanan hebat. Dulu umno buat kerja main-main janji boleh masuk duit. La ni umno lebih berhati-hati supaya dilihat baik dimata hati. yang suka memaki tu mungkin telah terdidik sebegitu.
kalau diperhatikan,org2 yg menyokong ubn terlalu emosional..yg peliknya,rakyat kebanyakan tak takut kalo bertukar kerajaan tapi org UMNO nih gelabah sgt..takut RAHSIA SONGLAP TERBONGKAR..tula..masa berkuasa lupa diri,rasa bongkak,hidung tggi..sesapa yg pernah berurusan dgn depa ni taula..
Catat Ulasan