Khamis, Disember 31, 2009

Grombolan Umnobn Tinggal Taik Di Kelantan, PAS Juga Yang Kena Sapu


Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua-dua belah pihak sejak 45 tahun lalu. Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi itu adalah antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini. Difahamkan keputusan itu dibuat dalam prosiding yang berlangsung pada tengah hari Rabu yang membabitkan Timbermine Sdn Bhd dan kerajaan negeri. Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya. Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani. Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran. Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut.”
-Husam Musa

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989. Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan. Masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

(Moral: Malam ini kepada pemuda dan pemudi yang bukan muhrim harus kuatkan iman didada menyental hawa nafsu keghairahan khayalan percikkan bunga api dikota idaman. Yang berpegangan tangan usahlah digosok sampai tertanggal iman. Yang kapit-kapitan jarak-jarakkan supaya jauh dari kejahatan syaitan. Yang suka minum-minum elakkan dari tersalah lebel yang mengkhayalkan. Rempit-rempitan berilah laluan kepada penjenggok harapan, kelak terlanggar akan menyebabkan kerugian erti kehidupan. Ini bukan bebelan tapi hanya teguran dari seorang kawan. Mulakan tahun baharu dengan semangat dan iman yang tinggi... KAAA-A-BOOM... Habis puluhan juta kerana inginkan kemeriahan.)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog