Bila usia sudah menjangkau dan menunggu masa menaiki kotak kayu bergerak berselimutkan kain putih, mereka masih bertikam lidah untuk melindungi diri dan tunding-menunding menyalahkan orang lain. Terbaharu dengan kehadiran sebuah buku yang harganya tidak sampai RM100 billion telah menghangatkan pungkok mantan perdana menteri. Walaupun buku tersebut masih tersangkut di kastam malaysia, namun bahangnya sudah membuatkan usus yang berulat akan mengeluarkan cirit yang amat busuk.
Jika zaman pemerintahan mereka dahulu dipenuhi dengan kebaikkan dan amalan telus serta amanah, mungkin dalam usia emas ini mereka tidak diganggu oleh kebangkitan isu yang merobek jiwa. Che Det sudah tertekan sampai nak sujud pun terpikiaq macamana nak menepis peluru baharu yang datang. Takkan masa sujud terus buat back kick.. nanti terkena makmum di belakang... adooihh.. sapa dia tu.. pak lah ka.
- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba mengheret penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi melindungi keburukannya yang didakwa menghanguskan RM100 bilion semasa 22 pemerintahannya. Menjawab dakwaan Barry Wain yang menulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, Mahathir menerusi blognya Chedet, meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion hasil yang dibayar Petronas sepanjang lima tahun kepemimpinan Pak Lah. Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya. Mahathir berkata Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang dia menjadi Perdana Menteri tetapi membayar RM270 bilion semasa dipimpin Pak Lah. Dalam serangan terbarunya ini terhadap Pak Lah, Mahathir mahu tahu ke manakah Pak Lah membelanjakan RM270 bilion wang petronas semasa lima tahun penggantinya itu memerintah. >Lanjut>>
0 comments:
Catat Ulasan