Oleh: Rosli Hashim
Apa pun kontroversi yang tercetus di sebalik isu penggunaan kalimah Allah, masyarakat khususnya orang islam perlu bertenang dan tidak terikut-ikut dengan mainan emosi yang cuba dimarakkan oleh umno dan NGO-bonekanya. Tindakan provokasi umno dan kumpulan itu sebenarnya memburukkan lagi suasana dan mencemarkan lagi imej agama Islam yang mengajar penganutnya rasional dan berhikmah.
Lakonan umno ini memang melucukan memandangkan parti itulah suatu masa dahulu ghairah mahu menghapuskan perkataan Islam pada PAS atas alasan kononnya tidak mahu ia disalaguna. Ada pemimpin umno juga yang celupar mulut memperlekeh undang-undang dan hukum-hakam Islam.
Tetapi dalam isu Allah, mereka kemaruk pula menonjolkan diri sebagai wira agama kononnya, termasuk berdemontrasi yang suatu masa dahulu mereka kata ia satu perbuatan bodoh dan membuang masa. Memang diakui isu ini sangat sensitif, kerana itu bagi menangani isu sebegini perlu bijak dan rasional.
Bagi kalangan ulama Islam, terdapat dua pendapat berkenaan perkara ini. Antara ulama yang mengharuskan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan islam adalah Syeikh Fauzi Al-Zafzaf, iaitu bekas timbalan Reaktor Al-Azhar yang sekarang menjawat jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Dialog Antara Agama Universiti Al-Azhar.
Antara ulama yang mengharamkan pula adalah Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi, Syeikh Abdul Muhsin Al-Abikan. Kedua-dua pendapat ini berhujah menggunakan rujukan dalam Al-Quran serta logik akal dan bahasa.
Bagi yang mengharuskan penggunaan kalimah Allah, mereka merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-ankabut ayat 61, Surah Luqman ayat 25, dan Surah Az-Zukhruf ayat 9. Istidlal daripada ayat-ayat ini menunjukkan tentang pengakuan golongan musyrik pada zaman Rasulullah yang mengakui pencipta langit dan bumi adalah Allah.
Pendapat yang mengharamkan pula berhujah, lafaz Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat Ahadiyah dan SomadaniyyahNya seperti firman Allah dalam Surah Al-Ikhlas ayat 1-2.
Memetik tulisan dalam buku 'Isu Kalimah Allah' oleh Dr Zulkifly Mohamad Al-Bakri dan Rashidy Jamil Mohammad Ar-Rashid, dalamsurah At-Taubah ayat 30, Allah menceritakan tentang pendustaan orang Yahudi dan Nasrani yang memfitnah Allah dengan mendakwa Allah itu mempunyai anak iaitu Uzair dan juga Al-Masih. Lalu sebagai jawapan turunlah ayat dalam surah Al-Ikhlas berkenaan bagi menolak dakwaan itu.
Mengulas isu ini tidak boleh berlandaskan akal semata-mata. Maka bagi masyarakat Islam, dalam proses undang-undang sedang berjalan, biarlah juga isu ini diserah kepada mereka yang arif dalam bidang agama.
Namun pandangan yang bersifat umum seperti pendirian PKR dan PAS dalam isu ini boleh diterima kerana disamping menghormati keputusan mahkamah, turut diakui yang penganut agama samawi memang ada menggunakan kalimah Allah sejak dulu lagi. Cuma dalam konteks Malaysia ia perlu diguna dengan berhati-hati.
Kita juga perlu menjaga sensitiviti dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Jangan jadi seperti pihak tertentu yang menangguk di air keruh untuk mendapat publisiti selepas tidak mampu menjawab skandal demi skandal yang terpalit. Siapa lagi kalau bukan umno.
Jumaat, Januari 15, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
Ini gambar ular gergasi yang terpampang di muka hadapan sebelah atas Utusan Malaysia bertarikh 28 Julai 2010, dikatakan ular gergasi tersebu...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
...Night was black was no use holding back 'Cause I just had to see was someone watching me In the mist dark figures move and twist was ...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Gambar hiasan sahaja Menyental Catatan: Tujuan menyental catatan ini kerana tidak berpuas hati dengan peristiwa yang berlaku sebentar tadi....
-
Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yang berpusa tapi tidak mengerj...
-
Lagi surat Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia | | | Say No To Yahudi Laknatullah.. Say No To APCO Umno...
-
Kosmo | Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diska...
3 comments:
inilah umno dulu kini dan selamanya bila terdesak mulalah mncari isu utk menutup kebobrokan parti yg semakin membusuk dgn pelbagai kes yg bkn shj kemarahan insan malahan kemurkaan allah ..skg pakatan rakyat akn dimangsakan dlm isu demi survival politik keji mereka..
btl la tu..perlu lakukan sesuatu bila pemerintahn sudah lemah..
Briged Akhdor, depa pegang kerajaan pusat. Dana melimpah ruah manakala kuda tunggangan pula jinak. Apa lagi.. lakukan sahaja mengikut perancangan tuan penasihat.
Solehah, lemah pemerintah tetapi masih ada bisanya... anak muda yang celik mampu mengelak terkena racunnya. he..he
Catat Ulasan