Najib Razak sudah mengintai kampung baru yang dikelilingi kota metropolitan. Kalau tidak bersebab takkan beliau dan konco-konconya mahu membangunkan semula kampung klasik itu dengan konsep yang baru.
Bagaimana nak kick penduduk kampung baru, kick penduduk kampung baru bagaimana, nak kick penduduk kampung baru.. berputar lagi.. tak pa badan Amanah kelolaan kerajaan akan pantau dan manipulasi penduduk disana supaya berubah fikiran.
Hairan mengapa Najib mengeluarkan nilainya hanya RM20 billion. Adakah sebagai langkah permulaan untuk memberi congakkan kasar kepada penduduk kampung baru. Jutawan..jutawan..jutawan.. Mengapa pihak swasta tidak boleh terlibat. Mungkinkah ada nilai tersirat yang lebih tinggi pada tanah kampung baru itu. Agaknya berapa puluh billion ekk?. takkan RM20b sahaja.
Takkan melayu hilang di kuala lumpur tetapi melayu akan di-kick oleh melayu british. Nah... kampung baru yang penuh kenangan pahit manis dan peristiwa berdarah suatu masa dahulu mungkin akan tinggal nama di papan tanda. Nasib baik kampung aku masih aman.. he..he
......................................................................
Nilai tanah Kampung Baru RM20b - Penduduk ada hak tentukan corak pembangunan semula
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di sini yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah ke tempat lain.
Perdana Menteri berkata, di bawah kaedah pembangunan itu, yang akan dicadangkan untuk persetujuan pemilik tanah dan penduduk, kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan pembangunan baru itu selepas mendapat persetujuan mereka.
Menurut beliau, kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan sebuah badan khas dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa penyertaan swasta supaya penduduk Kampung Baru yakin dengan pembangunan itu yang dijalankan demi kepentingan mereka.
"Saya harap bila kita sudah buat cadangan yang mantap, penduduk di sini ada peluang teliti cadangan serta konsep yang akan digunakan. Saya harap selepas itu penduduk terutama pemilik tanah di sini boleh menerima dan memberi persetujuan kepada cadangan kerajaan ini," katanya.
~Kosmo
......................................................................
Kerja roboh meroboh ini warisan siapa ekk. Klik artikel roboh.
0 comments:
Catat Ulasan