Rabu, Februari 03, 2010

Kenyataan Bersifat Perkauman Nasir Safar Hanya Lakonan


Ini bukan menunding jari. Tetapi jika semasa seminar 1Malaysia yang dihadiri oleh semua kaum itu, Nasir Safar mengeluarkan kenyataan menghina kaum cina dan india yang hadir adalah amat bongok sekali.

Jika Nasir Safar waras beliau tidak akan berkata begitu kecuali ada seseorang yang mempunyai tangan ghaib mengetuk kepalanya untuk mengutuk secara terang-terangan.

Maklumlah konsep 1 Malaysia yang dicanang oleh Perdana Menteri masih tidak berjaya dan tidak tercapai. Jadi sebagai batu loncatan untuk menjayakannya perlulah menunjukkan ketidaktentuan diantara kaum dimalaysia dengan mengorbankan PA-nya yang bodoh itu.

Lepas ini sudah tentulah Perdana Menteri akan berucap dengan penuh emosi mengutuk kenyataan perkauman PA bodohnya dan mengajak rakyat bersatu bagi menjayakan 1 Malaysia. Apa ke jadahnya perancangan sebegini. Sedangkan rakyat pelbagai kaum memang saling hormat menghormati sebelum wujudnya konsep 1 Malaysia Perdana Menteri.

........................................................................
Kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan. Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM. Seterusnya...
........................................................................

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

atau mungkin utk mengalih perhatian rakyat dari kes DSAI yg tengah hangat skang nie...

Ish ish ish politik...

Tanpa Nama berkata...

klu kte belajar sejarah pn mmg tau cina n india ni kaum pendatang..xbetul ker?apa yg dirisaukan klu gagasan 1 malaysia ni dianggap hak samarata utk semua kaum..so hak bumiputera akn dipertikaikan dengan alasan mereka pn ada hak yg sama..jgn sampai tanah di pijak milik org....

Tanpa Nama berkata...

hallo... melayu pun pendatang juga.. ada baca sejarah ka? bukan pendatang adalah orang asli ma... cuma ini melayu datang awal daripada india cina.. u ada belajar sejarah ka?

Tanpa Nama berkata...

Hahaha u all tak payah nak rebut² sama Melayu/Pribumi pasal ini Tanah Melayu, kenapa tidak itu yang u all rebutkan ialah Tanah Besar China dan Negara INDIA dan kembali kepadanya jika Tanah Melayu ini teruk dan sering mnindas kalian...mmg semua tempat mana ada tiba² je tanah tu dimiliki oleh sesuatu kaum hatta negara china,jepun,india dan taiwan pun... apparaaa..
U kata tak baca sejarah???...ha ni die fakta sejarah...jgn tak baca plak
sejarah tu nak menunjukkan bahawa tamadun Melayu mmg yg awal kat tanah Melayu ni so... tak kiralah masa tu beragama apa pun tp ketuanannya tetap Melayu hingga la sekrang ni Melayu Islam... kalo betullah Melayu itu tidak ada ketuanan, confirm Laksamana Cheng Ho dtg takluk Tanah Melayu masa tu....tp kenapa tidak sdgkan masa tu armada Cheng Ho kalau berlabuh pun kapal²nya boleh disusun dr Johor hingga Negeri Sembilan?? sbb mmg dia akui tamadun dan ketuanan melayu ini di Tanah Melayu dan bangsa Cina masa tu tau hormat hak oranglain ...so bangsa yang selain Melayu/Pribumi mmglah pendatang asalnya...tetapi kamu skrg dah dapat taraf warganegara so hormatlah org Melayu/Pribumi Tanah Melayu ni... jgn lah pertikaikan hak yang Melayu/Pribumi dapat... tp kalau kamuorang berdegil so jgnlah terperanjat sgt kalo terima pernyataan² sperti "kalo kamu rasa ditindas, pergilah balik negara asal masing²", "tak sedar diuntung,agama/kepercayaan masing pun kita benarkan, lagi nak mintak hak samarata" dan macam² lagilah yang tak perlu dinyatakan di sini.

Cth paling mudah:

Ada Melayu/Pribumi yang berharta mempunyai tanah dsb telah berhempas pulas buat banglow,berniaga berniaga dsb. Dalam masa yang sama projek tersebut perlu ada pengawal dan pekerja mahir seperti pelombong. Beliau akan upah sorang pengawal dan sorang pekerja lombong untuk keluarkan mineral drp tanahnya.
Telah berpuluh tahun kerja tiba² pekerja² ni mintak duk dalam banglow beliau demi untuk keselesaan... beliau patut beri ke??.... tapi ini Melayu/Pribumi tak kisah die bagi jugak duduk dalam banglow die... oleh kerana Melayu/Pribumi itu adalah tuan rumah maka beliau boleh duduk di master bedroom yang ada toilet, boleh pegi ke mana² ruang dalam rumah, boleh apa saja sebab itu adalah rumah beliau.
Setelah berpuluh tahun lagi duk situ maka si pengawal dan pelombong tu mintak plak hak sama rata ke atas rumah tersebut dan dapat privilege yang sama seperti tuan rumah tersebut... boleh ke mcm tu???... apa perasaan tuan rumah???
pastu 2 orang tu asyik kutuk² plak lagi tuan rumah dan cabar mencabar.... tuan rumah boleh sabar ke???? kalo kebetulan rumah tu kepunyaan Pendekar dah confirm dua² tu kene sembelih tp kalo rumah tu kepunyaa Nasionalis , confirm dua orang tu kene halau dengan amaran "jgn kamu jejak kaki lagi di rumah aku ni" ... hehehe... amcm ada paham ka?

Tanpa Nama berkata...

troll ^

Post Haru Biru

Arkib Blog