Isnin, Februari 01, 2010

Zambry Kadir Yang Tak Tahu Malu


Woiit zambry kadiaq awat mencabar adun PR sampai macam tu. Hang tak baca ka peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya. Bongok lah hang wahai Zambry Kadiaq. Kalau hang sebagai MB Perak Mahkamah tak mahu terikut dengan rentak PR. Dok diam-diam dah lar. Awat sampai terkeluaq kenyataan semacam takut dan gusar.

Tengah aku dok search google terjumpa artikel pasal defisit ini.

Sedutan 'Budget' PR, Nizar Sebelum Diterjah Zambry Kadiaq
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak telah membentangkan bajet defisit bagi tahun 2009 sebanyak RM25 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM711.84 juta dan perbelanjaan sebanyak RM736.84 juta.

Kini kurang lebih lapan bulan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. Beberapa perubahan telah dibuat dan kemampuan mengolah dan menyusun strategi belanjawan 2009 sehingga mengurangkan kadar defisit daripada RM40 juta pada 2008 kepada RM25 juta pada 2009. Ini dengan jelas menunjukkan kemampuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mengurus dan mentadbir negeri ini dengan cekap dan berkesan.

Negeri Perak telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut, iaitu dari RM15.45 juta pada tahun 2005, sehingga RM39.99 juta pada tahun 2008. Kita dapat memperlihatkan jumlah defisit semakin meningkat di bawah Kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam tempoh empat tahun yang lalu. (Semasa Di Bawah Tajol Rosli)

Sesungguhnya, penurunan defisit kepada angka RM25 juta merupakan satu kejayaan besar bagi sebuah kerajaan yang baru memerintah dalam tempoh kurang lebih lapan bulan ini.

Walaupun keadaan ekonomi sedunia sedang mengalami kemelesetan, Negeri Perak masih mampu mengekalkan prestasi pelaburan yang diperlukan untuk membangunkan negeri ini. Jumlah pelaburan yang diterima oleh Negeri Perak sehingga Jun 2008 adalah sebanyak RM947 juta, di mana 75% daripada jumlah tersebut merupakan pelaburan asing.

Sedutan 'Budget' Umno, Zambry Kadiaq
IPOH, 28 OKTOBER 09 – Menteri Besar Perak, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir membentangkan Bajet 2010 Negeri Perak berjumlah RM739.58 juta dengan defisit diunjurkan berjumlah RM23 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Beliau berkata keadaan bajet defisit itu tidak dapat dielakkan kerana hasil yang dianggarkan tidak dapat menampung perbelanjaan yang semakin meningkat namun kadar defisit itu berkurangan berbanding defisit RM25 juta pada Bajet 2009. (Mengaku pun. Siapa yang borois)

1 comments:

bang_azrin berkata...

aku setuju artikel yg kau tulis ini.hehehe..dia memang dasar tak tahu malu.

Post Haru Biru

Arkib Blog