Khamis, Mac 18, 2010

Syarikat Coca-Cola Merupakan Penyokong Kuat Kepada Ekonomi Israel



The Coca Cola Company dari Amerika Syarikat secara rasminya melancarkan kilang pembotolan terbarunya yang bernilai RM1 bilion di Nilai, Negeri Sembilan. Majlis pecah tanah kilang baru itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Manakala menurut Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), mereka merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubung kait antara pembukaan kilang Coca-Cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa.

Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-Cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-Cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama.

Oleh kerana Syarikat Coca-Cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan rejim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-Cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui rejim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-Cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-Cola dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-Cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab.

Pada tahun 2002 Syarikat Coca-Cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Haaretz pada 18 Oktober 2005, Coca-Cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel. ~Sumber

1. Pernahkah anda terfikir status halal atau haram minuman Coca-Cola itu? Boleh Baca disini.

(Moral: Dah tak dak sangat ka company lain nak melabur di Malaysia. Sampai company yang menjadi tulang belakang ekonomi Israel hangpa support. Talam bermuka-muka lah umnobn nih. Dalam dok buat statement membantah kekejaman Israel terhadap Palestine, pada masa yang sama hangpa luluskan pelaburan syarikat ini di Malaysia. Alahai 1Malaysia ciptaan APCO Worldwide. Siapa agen Zionis sebenarnya?)

3 comments:

Mohd Yussof bin berkata...

Boikot Coca cola. Boikot tak sedap pun, masam bergas. Jaga kesihatan anda

zack berkata...

Lepas ni ramai pulak rakyat malaysia mampus akibat terlebih minum kokakola.

Arra JaSmY berkata...

rasanya Sume tahu coca cola supporter kuat israel.kenapa pelaburan mereka diluluskan????

Naseb baik i jnis yg tak layan coke sbb sgt bergas.

Post Haru Biru

Arkib Blog