Gambar hires ini tiada lesen intelek
Zionisma ialah satu fahaman perkauman – hegemoni satu bangsa. Zionisma membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah. Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas ke dua. Malah jika ada bangsa lain yang tinggal dalam negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauaman. Zionisma adalah politik hegemoni satu bangsa.
Jika ada sesiapa yang berani mengkritik negara hegemoni satu bangsa dan satu agama ini mereka akan dianggap musuh. Jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh di penjara. Undang-undang kolonial British membolehkan warga di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauman dan hegemoni satu bangsa ini telah di penjara. Ada yang berbelas-belas tahun. Ada yang telah digantung mati.
Negara Zionis ini sentiasa menggunakan AJENDA KESELAMATAN sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa yang cuba mengkritik negara hegemoni satu bangsa akan di anggap mengancam keselamatan. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika di tafsir bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan di anggap mengancam keselamatan negara.
Berkumpul secara aman tidak dibenarkan dalam negara Zionis. Ini akan dianggap memporak perandakan keselamatan awam. Semua perhimpunan akan di anggap perhimpuan haram – hanya parti Zionis dan penyokong-penyokong mereka sahaja yang boleh berkumpul dan berhimpun.
Kaum Zionis akan memberi alasan keselamatan jika mereka ingin merampas tanah. Pembangunan juga akan di jadikan alasan. Mendirikan empangan air , membuat jalan raya atau mendirikan penempatan bandar-bandar baru sering menjadi alasan untuk merampas tanah.
Pada awalnya undang-undang akan digunakan untuk merampas tanah-tanah ini. Jika gagal maka jentera polis dan tentera akan di bawa untuk merampas tanah peneroka. Polis-polis rashia akan mengancam. Ada tuan tanah yang akan dibeli. Jika gagal di beli maka tuan empunya tanah akan di ancam. Jika ancaman tidak berjaya maka akan berlaku tangkapan...
~Sumber perlu baca sampai habis Klik
Bab 6 - Hegemoni Barat Dan Globalisasi
0 comments:
Catat Ulasan