Rabu, Mei 12, 2010

13 Mei 2010: Melayu Bangkit. Woiit Jangan Dok GERTAK Orang Melayu lah



KUALA LUMPUR, 12 Mei — Perhimpunan “Melayu Bangkit” anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang dijadual berlangsung esok ditangguhkan, dipercayai ekoran tekanan daripada pelbagai. Ia ditangguhkan selepas mendapat arahan daripada Institut Integriti Terengganu (IIT) kerana melibatkan isu keselamatan negara. Pengerusi Gertak, Razali Idris berkata IIT telah menasihatkan supaya perhimpunan tersebut ditangguhkan.

Apa dah jadi baru kena GERTAK dengan ISA dah kecut teloq. Wooit sebelum nak suruh melayu tu bangkit tolonglah terangkan kepada Bangsa Melayu yang UMNOBN telah lama menginiaya bangsa sendiri. Berikut adalah antara senarai pengkhianatan UmnoApco terhadap orang Melayu selama mereka memerintah:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Hangpa UMNO menyeru bangsa Melayu bersatu padu di bawah payung Umno demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Dalam masa yang sama hangpalah yang melacurkan semuanya.

Siapa yang perlu bangkit sebenarnya, Bangsa melayukah atau menteri Melayu yang kononya berpegang kepada Islam tapi meluluskan lesen Judi dan bersekongkol dengan Yahudi zionis. Kalau hangpa UmnoApco nak sangat wujudkan 1 Malaysia dengan 1 parti, hangpa tutuplah parliment dan haramkan semua parti yang dok ada. Tak payah takut cina perintah malaysia dan tak payah takut juga india perintah malaysia. Tak payah takut hilang kerusi penting. Hangpa sahajalah beraja di Malaysia. Cha alip bai lah.. Umno.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog