Isnin, Mei 10, 2010

Orang Sibu Akan Rugi Besar Jika Pilih Pembangkang

Kat bawah ni kenyataan menteri umno aka kaki pukul. Kenyataan Zahid Hamidi seumpama ini seperti mahu menakutkan para pengundi di Sibu.

“Orang Sibu akan rugi besar jika memilih calon DAP. Ini kerana kerajaan negeri ditabir oleh BN, dan jika wakil pembangkang yang jadi Ahli Parlimen mereka akan berdepan dengan masalah peruntukan untuk pembangunan. Kerajaan BN masih lagi berusaha untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang mencakupi peningkatan taraf hidup ekonomi dan sosial penduduk di kawasan luar bandar sehingga sekarang. Justeru tidak berbaloi sekiranya penduduk bangkit menentang BN selepas ini. Tindakan ini boleh merugikan diri mereka sendiri memandangkan BN boleh memberi pembangunan terhadap hidup mereka secara berperingkat.”
-Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno (Kaki Pukul)

Namun jika warga Sibu bijak dan berfikir, mereka akan anggap kenyataan Zahid kaki pukul itu adalah satu kenyataan dangkal dari seorang menteri piang yang takut berdepan dengan pengundi Sibu. Bila ada pilihanraya kecil pak menteri BN akan menabur segala jenis gula yang dok ada bagi memancing pengundi.

Apakah rakyat Sibu tidak pandai menuntut janji kerana sudah berpuluh tahun wilayah itu dibawah naungan UmnoApco. Namun warga Sibu masih bergelut dengan kemiskinan untuk menempuh kehidupan. Malah kekal pada paras kemiskinan yang membimbangkan.

Apakah rakyat Sibu sedar selama berpuluh tahun pemerintahan UmnoApco itu, rumah panjang mereka masih tiada kemudahan asas yang dijanjikan. Masih tidak mempunyai akses kepada air bersih, masih tiada elektrik dan jalanraya yang berturap. Amat malang kerana Negeri Sarawak yang terkenal dengan kekayaan hasil buminya itu telah mengaburi mata menyebabkan UmnoApco GAGAL menyediakan kemudahan asas diSibu.

Apa yang UmnoApco berjaya adalah mengumpul harta untuk kepentingan diri dan kroni. Lihatlah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang dikatakan telah mengumpul harta sebanyak beribu juta, dan mempunyai lebih dari 20 buah kereta Rolls Royce yang setiap sebuah berharga berjuta ringgit. Apa yang rakyat sarawak dapat ialah penghijrahan lebih 300,000 anak muda Sarawak yang terpaksa bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada peluang pekerjaan di negeri sendiri.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog