Ahad, Jun 27, 2010

Geng 40 Para Ustaz Muda Dalam Umno

Sebelum ini Hishamuddin keris mengarahkan Musa Hasan mengeluar kenyataan bahawa di malaysia wujud penganas Jemaah Islamiah (JI). Kemudian Najib dan menteri-menteri hanggok lain pun mengiyakan memang ada kumpulan JI yang melibatkan ustaz-ustaz dan pelajar IPT.

Dalam dok kalut isu pengganas JI yang akan dikenakan tindakan yang keras dari kerajaan. Muncul pula geng 40 ustaz muda ini menyertai umno. Apakah geng 40 para ustaz muda ini ada yang terlibat dengan gerakan JI? Tindakan mereka semacam ada tekanan dari seseorang yang berkuasa.

Bila geng 40 ini dah hantar borang untuk masuk Umno karat, Hishamuddin keris terus mengarahkan musa hasan supaya merahsiakan risikan kegiatan JI ini supaya tidak bocor ke khalayak. Apakah lakonan mereka ini sebenarnya?. Dan apakah geng 40 para ustaz muda ini akan dibersihkan oleh Umno?.

Apa pun tindakan geng 40 ini yang sujud memohon ampun kepada Parti karat yang kuat buat propaganda itu, tidak semua dari mereka yang ikhlas hati menyertai umno apabila mengeluarkan kenyataan kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik. Ini jelas mereka hanya mahu melepaskan diri dari tekanan dan propaganda JI.

Ustaz muda tak mungkin dapat mengubah Umno yang sudah tua itu. Sedangkan ulama dan mufti yang lebih otai pun gagal mengubahnya. Sebab apa? sebab umno tak pernah berubah kerana memisahkan politik dan agama.

Nota: Tak hairan lah dengan terpisahnya politik dan agama, parti karat itu sewenang-wenangnya mempermainkan sistem keadilan negara, memperlekehkan hukum Allah, menerima rasuah dan komisyen macam makan nasi, berdagang dengan Israel, melantik firma Yahudi Apco untuk memohon petunjuk, malah mahu mengwujudkan tabung dari hasil judi untuk pembangunan negara. Apa kejadahnya mereka mahu mengikis karat yang tebal itu. Eh ada lagi... Perancang strategi meletupkan Altantuya mana dia?..


Orang muda mesti gagah dan berstrategi untuk menundukkan sang bedal yang besar ini.



Kalau salah langkah, orang muda yang gagah hanya tinggal gah sahaja...


Dan kalau gagahpun tapi tak mampu nak menegur, orang muda akan dikuda supaya mengikut telunjuk... "Apo kono ko Umno..."

1 comments:

Oldman berkata...

Dlm cite P Ramlee pun adan 40 gak...

Post Haru Biru

Arkib Blog