Sabtu, Jun 19, 2010

Nik Aziz Berfikir Jauh Meninggalkan Ulama dan Mufti Umno


Tok Guru Nik Aziz mencadangkan agar wanita juga turut mendirikan solat Jumaat. Mudah-mudahan dengan cadangan tersebut kaum wanita tidak lagi tertinggal untuk mendapat pesanan, amanat dan wasiat yang disalurkan menerusi khutbah. Cadangan yang bernas ini sekali lagi menggambarkan pemikiran Nik Aziz jauh ke depan mendahului para ulama dan Mufti Umno.

Kenyataan Media Harakah: Wanita disaran solat Jumaat

BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai. Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Adun Tawang, Hassan Mahmood ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pembinaan kompleks masjid berkenaan dilengkapi dengan dewan mesyuarat dan seminar yang mampu menampung 200 peserta dan asrama.

"Kita berharap segala kemudahan yang melengkapi masjid ini seperti dewan dan sebagainya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam menjana generasi masa depan yang bakal mewarisi perjuangan ulama," katanya. -end

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Pondok Muhammadian, Sg Durian, Kuala Krai, Kelantan telah lama mengamal amalan ini ( Wanita turut bersolah Juaat)

Post Haru Biru

Arkib Blog