Jumaat, Jun 04, 2010

Pekida Guna Kren, Membahayakan Peserta Perarakan



Pentas Pekida tidak disinggahi mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat, dan ia lenggang dari tumpuan lebih 20,000 pendemontrasi.

Pekida yang mengambil kesempatan untuk muncul sebagai pemimpin demontrasi akhirnya terpaksa pulang awal setelah pentas yang diperalat dari sebuah lori krin yang disediakan tidak disinggahi oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO pro Palestine tengahari tadi.

Mereka yang bersongkok hitam, berlilit kepala menaikkan pelbagai sepanduk meletakkan sebuah lori krin sebagai pentas utama berceramah, tiada jauh dari pintu masuk ke Kedutaan Amerika. Hanya seramai 15 orang penyokong kumpulan pro-Umno itu. Selain mengibarkan bendera Palestin, mereka juga mengibarkan sehelai bendera Umno dan sepanduk berbunyi "Mahathir sokong Intifadah".

Percubaan Pekida untuk menarik perhatian penyokong demontrasi Pakatan Rakyat meleset. Semua memulau tempat mereka dan kumpulan itu hanya berceramah sendirian. Sekali imbas, mereka seolah-olah mengganggu ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat yang berhadap dengan mereka. Corong pembesar suara membingitkan.

Pekida terpaksa "bungkus" awal sebelum Anwar, Lim Kit Siang dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengadakan sidang media seusai menyerahkan memorandum. Para penyokong Pakatan Rakyat mulanya menyangka mereka sebahagian dari rakan demontarsi tetapi, setelah membaca dan melihat kelibat mereka sebagai Pekida, pendemontrasi meninggalkan kawasan tersebut.

~Tarmizi Mohd Jam

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog