Ahad, Julai 25, 2010

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Perlu Dimansuhkan


Pemenang gesa mansuh PLKN

HMetro | GEORGETOWN: “Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dimansuhkan kerana dipercayai gagal mencapai objektifnya,” kata Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yussof Latiff, semalam.

Pemenang bersama 66 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang menggesa kerajaan memansuhkan PLKN kerana didapati gagal mencapai objektif sejak diperkenalkan pada 2003.

Beliau berkata, setiap tahun apabila senarai pelatih PLKN dikeluarkan dalam media, ibu bapa dan pelajar takut serta kurang yakin menghantar anak mereka mengikuti program itu kerana tahap keselamatan kurang memuaskan di kem.

Menurutnya, ada ibu bapa pernah memintanya memberi surat sokongan dengan pelbagai alasan supaya anak mereka dikecualikan menyertai program itu berikutan kes kematian, rogol, penyakit berjangkit dan buli.

“Kami percaya pelaksanaan program itu membazirkan wang rakyat kira-kira RM500 juta setahun dan menjadi antara punca remaja terjebak dengan gejala sosial, contohnya, remaja bermasalah yang mengikuti program ini lebih berani untuk terbabit dengan gejala sosial seperti Mat Rempit,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, tempoh tiga bulan mengikuti program itu tidak mencukupi untuk membentuk nilai positif dalam diri pelatih dan sewajarnya wang berjumlah RM500 juta itu disalurkan kepada persatuan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah yang terbukti keberkesanannya dalam membentuk jati diri positif dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, program PLKN hanya memberi manfaat kepada pembekal pakaian seragam pelatih, pembekal makanan, pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem.

2 comments:

redballerina berkata...

setuju,
ada satu tapak kem tu, masa bukan musim plkn dan boleh masuk free. nampak sangat dah bnyak duit

billion chong berkata...

looking for any PLKN gift or PLKN Alumni gift.Visit us at PLKNgift.blogspot.com

Post Haru Biru

Arkib Blog