Khamis, September 16, 2010

16 September Anwar, Umno Jilat Balik Tahi Di Tapak Kaki


Edisi menyental catatan: Hari ini 16 September iaitu Hari Malaysia di isytiharkan sebagai cuti umum berbayar oleh kerajaan Malaysia. Ianya telah diwartakan pada 9 November 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951. Itu pun setelah Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri dan menendang pungkok Pak lah dari belakang.

Sebelum ini puak-puak umno yang nak mampos mengkritik projek 16 September yang dicanang Anwar. Baca: Cuti 16 September hanya muslihat Anwar, dan juga: Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September. Mereka mengkritik habis-habisan. Namun disebalik kritikan tersebut ada rahsia yang Najib takutkan.

Cuti umum yang berbayar ini merupakan satu lonjakan politik Umnobn untuk menggembirakan rakyat Sabah dan Sarawak kerana 16 September inilah hari merdeka untuk rakyat di sana. Kerana takutkan undi warga Sabah dan Sarawak berubah kepada Pakatan Rakyat setelah gelombang pilihanraya 2008, cuti ini terpaksa diberikan sebagai gula-gula meraih kembali sokongan. Jika tidak Najib akan menagis di riba Bik Mama melihat Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Namun setelah 53 tahun merdeka negeri Sabah masih lagi menduduki tempat pertama status kemiskinan berbanding dengan negeri negeri yang lain. Walhal Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai sumber alam. Mana perginya laba yang besar itu?

Mengikut statistik yang dikeluarkan pada 30 Oktober 2007, jelas menyatakan Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia dengan jumlah miskin tegar ialah 32,000 keluarga. Mungkin bagi sebahagian besar rakyat Sabah ini adalah sesuatu yang amat memalukan apatah lagi sekarang Sabah telah dianggap 'istimewa' oleh kerajaan persekutuan. Namun terima atau tidak, itulah hakikatnya. Keluarga miskin tegar di Sabah masih ramai malah menyumbang 30% daripada jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia.

Setelah 53 tahun merdeka dan di terajui oleh parti tua yang nak mampos iaitu Umno, warga disebelah sana ada yang bergadai nyawa untuk meneruskan kehidupan seharian. Boleh baca, Sabah & Sarawak: Gadai nyawa di jambatan usang.

Nota:
Juara dalam Umno...
Juara rasuah itu Umno.
Juara menipu melayu pun Umno.
Juara memecah belah memanglah Umno.
Juara putar belit lidah Umno.
Juara jual kampung melayu kroni Umno.
Juara perkauman NGO Umno.
Juara sempitkan islam juga Umno.
Juara mengkuda tangan ghaib Umno.
Juara lenjan hasil bumi tak lain tak bukan ialah Umno.
Juara badan gedebab dah tentu Bik Mama dalam Umno.. kah..kah..kah..

Juara Rakyat Konon!!! Piiraahh... Mamposs Umno.

3 comments:

Unknown berkata...

Salam,
1.Syarat nak jadi rakyat MALAYSIA ialah hormatilah semua undang2 yang telah dipersetujuai....buakn ambil part yg kita suka aje...

2.Di Malaysia..ana adalah Melayu ISLAM di luar negara ana adalah MALAYSIAN ISLAM...tak kan bendatu pun tak reti dan nak dijadikan isu...

3.Telah 53 tahun merdeka dan 47 tahun pembentukan MALAYSIA...semua yang dinikmati adalah hasil perjuangan BARISAN NASIONAL bukannya PAKATAN yang baru lahir 2 tahun lepas...tak kan tak dapat buktikan fakta dengan khayalan..

4.APapun ana adalah genarasi DEB dan akan berbuat apa sahja untuk merpertahankannya demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA..

adibeta,
kubang kerian,kel

Tanpa Nama berkata...

jalan raya umno buat, hospital umno buat dan mcm2 lagi tapi tuh semua bukan duit umno la bodoh, tuh duit mak bapak ko yg punyala, kalo 1 kerajaan ja memerintah tu nama nya komunis, kalo nak jadi negara maju kena selalu tukar kerajan la baru ada check and balance bodoh

Pian berkata...

Umno pun tak hormati undang-undang yang dah termaktub dalam kitab british sehingga jadi undang-undang rimba demi kepentingan politik sempit.

Umno dah memerintah selama itu yang menikmati hasil yang besar adalah kroni. Rakyat tetap kena perah keringat.

Post Haru Biru

Arkib Blog