Jumaat, Oktober 01, 2010

Baguslah jika Rejim Umnobn Hilang Kuasa

Edisi Menyental Catatan: Najib dilihat sudah tertekan sehingga membuat kenyataan hasutan menakutkan rakyat. Menurut beliau jika umno hilang kuasa memerintah ianya boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat negara ini.

Siapa yang takut menerima kesan buruk tersebut sebenarnya. Rakyatkah atau grombolan rejim umnobn?. Jika dilihat pada negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, tiada satu pun mendatangkan kesan buruk kepada rakyat. Pembangunan dan bantuan tetap ada untuk rakyat. Malah di selangor banyak skim-skim bantuan dihulurkan membantu anak-anak selangor.

Nyata rejim umnobn lah yang paling takut hilang kuasa sebenarnya. Jika Pakatan Rakyat dapat mengambil alih tampok pemerintahan dan kemudiannya mampu pula melonjakkan lebih 200 peratus pendapatan negara kerana urustabir yang cekap, amanah dan tiada ketirisan sepertimana terlaksana di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, nescaya rejim umno akan dipijak-pijak olek rakyat selepas itu.

Bagus juga regim umno hilang kuasa kerana tiada lagi rompakan kekayaan negara secara terancang dengan mencipta projek-projek pembangunan untuk diberi kepada kroni. Kemudian runtuh menyembah bumi. Kan ke membazir namanya tuh.

Sistem kehakiman bakal kembali dihormati jika rejim umno tiada kuasa lagi. Tiada lagi tangan ghaib yang selalu mengganggu perbicaraan seperti 'Video-korek-korek-linggam', 'PKFZ', 'Liwat 2' dan seumpamanya. Tiada lagi penggunaan undang-undang rimba yang diamalkan oleh rejim umno demi kepentingan politik murahan. Bukankah ini mampu memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur dinegara ini.

Betapa takutnya rejim umno bila hilang kuasa lebih-lebih lagi kepada menteri-menteri, kroni-kroni yang menyeleweng, pecah amanah dan rasuah. Sudah tentu panas punggung tak senang duduk sebab takut dikejar SPRM. Silap-silap ramai pula yang terjun dari tingkat 14 bangunan SPRM.

Jika umno rebah, agensi polis terutamanya KP sudah tentu tidak lagi menerima tekanan dari orang ketiga dalam menjalankan tugas. Selama ini mereka sering dikuda oleh regim umno yang gila mengekalkan kuasa. Bila umno tergugat agensi ini digunakan untuk menahan sesiapa sahaja dibawah akta hasutan iaitu tahan tanpa bicara. Demi kuasa umno, ada bukti-bukti kes yang dihapuskan. Disebabkan tekanan umno jugalah agensi polis semakin hilang fokus bagi membenteras jenayah dan menjaga keselamatan negara.

Jadi jika Rejim Umno hilang kuasa memerintah, nescaya kesan-kesan buruk yang melekat pada agensi-agensi diatas mampu mengembalikan kesejahteraan rakyat yang tinggal di negara ini. Marilah ramai-ramai mencampakkan Regim Umno ke laut cina selatan. Jom tendang pungkok umnobn... -Budak Kampung Online.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog