Rabu, Disember 29, 2010

Final Piala Suzuki AFF 2010: Sotong Pilih Indonesia


HM | Setelah dua jam menunggu semalam, sotong di akuarium Sea World, Ancol, akhirnya memilih Indonesia untuk memenangi perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF hari ini.

Sotong berkenaan yang mirip Paul, sotong Jerman yang terkenal kerana ramalannya sepanjang Kejohanan Piala Dunia beberapa bulan lalu, mula diperkenalkan kepada orang ramai semalam dan dinamakan Gudel, singkatan kepada Gurita Dewa Laut.

Gudel berada di tabung bendera Indonesia selama 10 saat dan memakan makanan yang disediakan.

Makanan yang berada di tabung Malaysia tidak dimakannya.

Aksi Gudel disiarkan secara langsung menerusi televisyen di Sea World.

Ratusan pengunjung bersorak sambil berteriak ‘Hore’ apabila sotong itu memakan makanan yang diletakkan di bawah tabung Indonesia.

Indonesia tewas 0-3 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, Kuasla Lumpur Ahad lalu. - Agensi

3 comments:

1Crony berkata...

Itu tandanya Indonesia yang akan kena makan (kalah).

SINGALAUTMETRO berkata...

kalau ikut logik budaya korupsi di sana, sotong ini pun dah dirasuahkan..dah korup..

mel berkata...

mohon link di fb.. tq.. :)

Post Haru Biru

Arkib Blog