Rabu, Disember 08, 2010

Hasil Judi Disatukan, Umno BN Tidak Peka dengan Sumber pendapatan Bersih Dan Halal

Umno menipu rakyat lagi... kesemua hasil perjudian dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara.

Apakah terselit juga hasil haram ini dalam pembayaran gaji dan elaun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet serta kakitangan kerajaan.

Dalam amalan Kewangan Islam, sumber yang jelas boleh dipisahkan dari sumber yang haram bagi pembersihan pendapatan seperti mana yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Syarikat-syarikat judi berlesen.


Melatih pakar judi untuk menolong Vinsetan membenteras kelab perjudian yang tiada lesen.


**************
Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:

Tahun -------------------------- Jumlah (RM)
2000 ----------------------------- 1,958,380,415.89
2001 ----------------------------- 1,972,252,986.48
2002 ----------------------------- 1,922,115,807.36
2003 ----------------------------- 1,797,401,240.15
2004 ----------------------------- 1,849,176,119.10
2005 ----------------------------- 1,984,615,754.74
2006 ----------------------------- 2,266,814,152.52
2007 ----------------------------- 2,416,963,021.54
2008 ----------------------------- 2,561,892,892.66
2009 ----------------------------- 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 ------- 1,952,406,090.08

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja. Sumber

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog