Rabu, Januari 13, 2010

Bakar Gereja: Anwar Ibrahim Sudah Kena

Najib, Hishamuddin Hussein dan Musa Hasan telah gagal untuk mempertahankan keharmonian Malaysia yang selama ini aman damai. Walaupun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kejadian demi kejadian yang berterusan ini menghancurkan imej Malaysia dimata dunia.

Menyingkap kembali Operasi Lallang 1987, dimana grombolan ini akan mengambil peluang untuk melepaskan dendam terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat. Mungkin hari ini sejarah Operasi Lallang akan berulang di mana pemimpin-pemimpin PR yang tidak terlibat mencetuskan ketegangan telah dijadikan mangsa untuk menutup kesalahan Umno yang gagal meredakan keganasan terhadap rumah ibadat ini.

Nah sekarang lihatlah apa yang grombolan ini sedang merancang.


  • PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas.

Soal keselamatan dan pertahanan negara serta rakyat dalam genggaman grombolan umnobn. Mereka boleh buat apa yang mereka rasa perlu demi kepentingan nafsu politik karat. Hishamuddin Hussein (Naib Presiden Umno) aka Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil isu bakar gereja ini sebagai yang utama dan perlu dibendung dengan segera. Cepat buat kerja mencari dalangnya... Usahlah asyik mengugut dengan Akta ISA.

(Moral: Senang hangpa noo... dah tak dapat tangkap orang yang benar-benar melakukan jenayah dan kekurangan bukti, hangpa guna Akta ISA. Cepat sikit kes ditutup. Ghani Patail dan Musa Hasan tak payah pening kepala mencari bahan bukti.)

4 comments:

Solehah berkata...

nampak sangat rakyat diperbodohkan..

noorafzan.blogspot.com berkata...

dunia2..
kenapa mereka tak pernah fikirkan kehidupan akhirat yang kekal abadi..

dunia ni sekejap je..

Unknown berkata...

Solehah, ermm.. kurang lebih mereka goreng.

noor afzan, mereka terlupa kerna sudah nampak harta dunia yang mengkhayalkan.

Unknown berkata...

Salam. Mereka ketandusan modal (juga modal pelaburan yang hampir kering).

Post Haru Biru

Arkib Blog