Khamis, Disember 23, 2010

Bukti Adun PAS Selising Berzina Dalam Koch Kereta Api

Papa Gomo Memang Spesis Bapak Lahanat menyebarkan fitnah...


'Dakwaan saya berzina fitnah besar, khianat'

UM | Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

7 comments:

zanomar berkata...

papa gomo dah jadi papa kedana.tak cukup pahala,ambil dosa pula hempap atas kepala dia.

adf55650 berkata...

Kalau dah dah fitnah, saman je la. Bukan susah sangat. Itu pun kalu berani.
Setakat cakap shj, samalah dgn fitnah2 PAS selma ini.

zack kapcai berkata...

Ya aku sokong harus saman papa gomo bagi dia sedar sikit. Hoi papa gomo WTF.

ZARA MUSTAFA berkata...

adf55650 & zack kapcai-zaman skrg saman pun xde guna kalau kuasa eksekutif masuk campur..kata dasar pengasingan kuasa tp dr segi praktikaliti x pnah amalkan pun.. ada duit, saksi, bukti semua boleh beli.. rakyat pun 'cerdik', apa yg ada kat media itula yg mereka pcaya.. bukan sng nak fahamkan manusia..

Tanpa Nama berkata...

SAMAN OHstat saman ooohstat apa takut takan ketapi leh jalan kalau takda diesel fuel kan? SUSAH BENOR buat aja sumpah laknat macam abe NAJIB BUAT ADIK SAIFOL BUAT DENGAN NAMA ALLAH SWT ANA TAKPERNAH BERZINA HARI JUMAAT LEPAS ASAR ADA BERANI KA OOHOHSTAT?TENGOKLAH SAPA KENA LAKNAT ALLAH SWT NANTI?????

Tanpa Nama berkata...

ya...buat mubahalah(sumpah laknat)..

Tanpa Nama berkata...

weii.. aku nk berak atas muka mamat nie bleh dak?? tapi kan.. aku rasa kan.. taik aku pon x terima untuk mendarat kat muka dia nie.. kah kah kah kah kah..

Post Haru Biru

Arkib Blog