Jumaat, Januari 21, 2011
Pulangkan Balik Syiling Kepada Pemilik
UM | Orang ramai yang mengutip duit syiling yang bertaburan di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Pedas, Negeri Sembilan semalam dinasihatkan agar memulangkan semula kepada pemiliknya.
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harrussani Zakaria menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan ia wajib dikembalikan semula.
''Sepatutnya sebagai umat Islam, kita perlu menunjukkan kebaikan kita dengan membantu mengutip duit tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada pemilik atau syarikat terbabit.
''Kita tidak boleh mencari rezeki secara haram kerana jelas duit itu bukan hak mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan orang ramai yang sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput di Kilometer 243 susur keluar Pedas semalam.
Sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik setelah dirempuh kereta BMW.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sam...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Parti manakah yang berani menjolok kedudukan istana semenjak 1946? Awang buat-buat lupa ye.. atau Awang sudah terkena sindrom pelupa. Biasan...
-
Pencacai-semalaysia | Seandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia ...
-
satu: Mamak mahathir Alkutty set-up liwat 1 sebab rasa terancam pengaruh politik anwar... maka beliau dapat sambung pemerintahan diktatorny...
4 comments:
ya.... bagi balik ...
dahlah org tu kemalangan .... kesian menanggung rugi pulak ...
yang haram tetap haram
um-no yg ajar cari duit haram
Dah buat isi minyak camana nak pulangkan.
Pulangkan aje la duit orang,akhirat nanti baru nak menyesal?kita ni orang Islam kena hati2 dengan apa yang kita ambil dan makan kelak jadi darah daging dengan benda haram maka api neraka yang layak untuk membakarnya.Daging babi je nampak haram yang lain tak nampak..
Catat Ulasan