Selasa, Februari 01, 2011
Mereka Bangun Menolak Pimpinan Hosni Mubarak
Jutaan penunjuk perasaan sudah berhimpun di Tahrir Square mendesak supaya Presiden Hosni Mubarak supaya segera meletak jawatan atau mereka akan terus berdemonstrasi sehingga tuntutan mereka dipenuhi!
Dijangka lebih ramai lagi yang akan tiba ke dataran tersebut walaupun rejim Mubarak mengarahkan supaya perkhidmatan keretapi memberhentikan operasi sehingga diberitahu!
Perdana Menteri Turki, Recap Tayyip Erdogan meminta supaya Hosni Mubarak "mendengar suara rakyat" yang mahukan perubahan dalam pentadbiran politik negaranya.
Petikan wawancara bersama wartawan Al Jazeera di Istanbul, Anita McNaught
Semakin ramai penunjuk perasaan yang mahukan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan berhimpun beramai-ramai di jalan-jalan sekitar Kaherah.
Tentera Mesir membuat sekatan jalan raya menuju masuk bandar itu dan bandar lain menjelang protes besar-besaran bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Lebuhraya yang menghubungkan bandar Iskandariah dan Kaherah disekat oleh pusat pemeriksaan tentera kira-kira satu kilometer dari pinggir ibu negara berkenaan.
Trak dan kereta yang membawa barangan dan menuju Kaherah kelihatan diarahkan supaya meletak kenderaan mereka di tepi jalan pada ketika tentera melarang kenderaan meneruskan perjalanan. Di laluan lain pula, kereta dan bas mini diperiksa sebelum dibenarkan memasuki Iskandariah, bandar kedua terbesar Mesir.
Sementara itu, jalan raya keluar dari bandar Mansura, bandar Suez dan Fayum, selatan Kaherah turut disekat pihak tentera.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak ...
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Herman Samsudeen | Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukan Imej PAS-P...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
3 comments:
kita pun kena bangun lawan pemimpin yang zalim..
Pemimpin yang korup harus disepak jauh. Mereka ini cepat sedar setelah 30 tahun hosni kaut untung.
KRISIS MESIR : MISI SELAMATKAN PELAJAR OLEH UMNO !
macamni la bro. tak payah nak hipokrit.
pelajar malaysia di mesir ni kebanyakannya penyokong pas. disinilah pengkaderan pas bermula.
hari ini mesir bermasalah. jadi yang bertanggungjawap untuk selamatkan mereka adalah kerajaan umno.
artikel aku mudah. aku minta bloger-bloger tak payah malu dan segan untuk sebut dalam setiap artikel bahawa yang menyelamatkan tengkok dorang ni adalah umno. sebut je.
bukan angkuh. adakala kena tunjal jugak kepala melayu berotak sempit ni.
MISI SELAMATKAN TENGOK PENYOKONG PAS INI ADALAH IHSAN DARI KERAJAAN UMNO. KLIK SINI
Posted by GAP KEMBALI at 3:09 AM
Catat Ulasan