Selasa, April 05, 2011

Gambar Aksi Seks? Hari Ini Akhbar Utusan Laris Dipasaran

Video seks yang didakwa DS Anwar telah dikeluarkan dari Youtube dan di cetak di Utusan Malaysia muka depan lagi..kenapa ? Kerana grombolan umnobn tahu hanya orang kampung yang berpandukan media perdana boleh ditipu. Video tersebut telah diedit begitu rupa untul MEMBOHONGI RAKYAT jelata. Jika mereka keluarkan video itu dalam rakaman penuh 20 minit dah tentu anda dapat menilai penipuan tersebut.


JAWAPAN TERHADAP TAYANGAN VIDEO ‘DATO’ T’ UNTUK ‘CYBERTROOPERS’ UMNO

Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang
kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan
saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak
UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan
melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas
menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar
memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar
secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua
tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan
pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini
ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya
kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri
Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr.
Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang
merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat
menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan
budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan
kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib
menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau
terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus
bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat


Datuk T boleh disebat 80 kali jika tuduhan palsu, kata Ulama

“Datuk T” boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang dikaitkan dengan rakaman video seks tidak benar, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku.

Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain.

“Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.

“Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

“Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

“Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain,” katanya.

Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional.

“Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini,” katanya.

Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap “Datuk T” semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks.

Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis. - MI

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog