Jumaat, April 08, 2011
Kalau Di Bangunan SPRM, Terjun Dari Tingkat 1 Pun Boleh Mati Mengejut?
Tragedi kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang telah mengejutkan kita. Menurut pihak polis Allahyarham dikatakan mati mengejut setelah terjun dari tingkat 3 bangunan SPRM Jalan Cochrane.
Boleh kah sebelum siasatan bermula polis sudah keluar kenyataan kes ini sebagai mati mengejut akibat terjun dari tingkat tiga bangunan itu? Kalau macam tu rakyat pun berhak membuat andaian mereka sendiri bahawa arwah Ahmad Sarbani dikhianati dahulu sebelum dicampak keluar.
Mari kita lihat bagaimana pegawai yang mengiringi arwah telah membiarkan arwah keseorangan di dalam bilik semacam memberi peluang kepada 'seseorang' bertindak luar batasan. Apakah pegawai yang mengiringi arwah ada komplot bersama orang ketiga?
Kronologi sebelum mayat ditemui:
1. SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.
2. Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.
3. Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.
4. Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.
5. Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.
6. Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.
7 XXX. Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.
8. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.
8 XXX. Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.
9. Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.
10 XXX. Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.
Lihat pula 10 XXX. Bermakna ketinggian cuma 2 tingkat sahaja. Bolehkah seseorang itu mati mengejut dengan terjun dari aras dua?.. Mustahilkan.. Paling koman pun patah kaki atau tangan dan tak boleh nak bangun. Itu sahaja.
Orang yang mengkhianatinya mesti tahu jika jatuh dari aras itu tidak boleh menyebabkan kematian. Berkemungkinan arwah telah disenyapkan oleh 'seseorang' sebelum tubuhnya mendarat di tingkat satu.
Pasti ada rahsia disebalik tragedi ini. Sebagai seorang Islam, berumur 56 tahun dan memegang jawatan pegawai serta kehadirannya ke pejabat SPRM sudah tentu menggambarkan beliau seorang yang bertanggung jawab atas tugasnya. Takkan semudah itu beliau yang sudah berkeluarga, ada isteri dan tanggungan tergamak membunuh diri. Magik kan... Apa yang SPRM cuba sembunyikan??? Apakah 'orang ketiga' menggunakan amalan saksi perlu disenyapkan terus???...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
Ini gambar ular gergasi yang terpampang di muka hadapan sebelah atas Utusan Malaysia bertarikh 28 Julai 2010, dikatakan ular gergasi tersebu...
-
...Night was black was no use holding back 'Cause I just had to see was someone watching me In the mist dark figures move and twist was ...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yang berpusa tapi tidak mengerj...
-
Lagi surat Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia | | | Say No To Yahudi Laknatullah.. Say No To APCO Umno...
-
Kosmo | Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diska...
-
Pencacai-semalaysia | Seandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia ...
-
Penamaan calon belum bermula, Permatang Pasir belum lagi kelihatan kenaikkan poster dan baner. Zahid Hamidi kecut dan terus memberi amaran a...
0 comments:
Catat Ulasan