Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan

Selasa, November 15, 2011

Penyangak Yang Rembat Tanah Di Selangor Kantoi?

Nota:
Habis terbaraiiii.... Bersepaiiii... Takuttlarrrr bila rakyat bagi mandat kepada PR untuk ambil alih kerajaan persekutuan... Habis semua menteri penyangak Umnobn akan disiasat sampai terburai... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Salin&Tampal | Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit.

Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains. Pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda. Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

"Tanah ini telah dijual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian. Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera. Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.

Jumaat, September 16, 2011

Jasa Patriot Kebangsaan Akan Dikenang?


Sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia. Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan. Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Mat Bangla diberi peluang untuk undi umno beruk...

Woiittt.... Mat Bangla, Bakal Pejuang Kemenangan Umno beruk?

Mat Bangla bukan pengkhianat tetapi pejuang melayudesh versi umno beruk... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Woiittt.... Mat Bangla akan dikenang jasanya kerana berbakti kepada umno beruk dan dimasukkan dalam buku sejarah moden perjuangan parti karat tersebut.... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Woiittt.... Mat Bangla akan buat pengundi melayu haluan kiri terburai.... dan gadis-gadis melayu terbarai.... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Nota:
Mat Bangla yang penuh bulu harus dihantar kepada Ibrahim Ali untuk dicabut licin Bulu mereka.... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...

Ahad, Ogos 21, 2011

Warisi Harta Rasuah - Dr Asri

Sabtu, Mei 14, 2011

Lakaran Kasar Bagaimana Teoh Beng Hock Jatuh















Isnin, April 18, 2011

Siapa Pula Yang Langgar Sarbani???


Lagi bagaimana nak spin cerita...

Bunuh diri dah jadi kemalangan...

Mangsa tidak bunuh diri tetapi kemalangan di tingkat 3...

Woiitt lagi mau pusing... siapa pula yang langgar sarbani sehingga mangsa tercampak keluar dari tingkap bangunan SPRM... kah... kah... kah... kah...

Sarbani mati akibat kemalangan

Kosmo | Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu.

Sabtu, April 09, 2011

Kesatuan Kastam Perlu Melantik Pakar Patologi Luar?

Kenyataan bedah siasat:

Mengenai bedah siasat atas jenazah pegawai kastam berkenaan, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, beliau berkata bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada jenazah Allahyarham konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.


Mengapa kesan kecederaan itu konsisten?

Mari kita lihat:

1. Jika kita mencampakkan tiub kaca memanglah jatuh berderai. Sebab objek tersebut tiada daya gerakan.

2. Bagi haiwan seperti kucing pula jika kita campakkan dari tingkat tiga memang ia akan mendarat dengan kaki dahulu sebab kucing tersebut bernyawa dan boleh mengawal pergerakan badannya.

3. Dan bagi manusia yang bernyawa jika dia dicampakkan dari tingkat tiga mestilah kaki juga akan mendarat dahulu.

Ok lihat tingkap bangunan SPRM. Bolehkah seseorang yang cuba terjun itu berdiri.? Ianya terlalu sempit.

Jadi mangsa akan keluarkan kepala dahulu sebelum jatuh. Jika mangsa masih bernyawa beliau akan mendarat menggunakan tangan dan berguling mengikut pergerakan badannya kerana masih boleh berfikir bagaimana untuk landing dengan selamat.

Kalau mengikut kenyataan bedah siasat diatas jelas mangsa itu sudah tidak bernyawa ketika tubuhnya dicampakkan melalui tingkap. Sebab itu kesan kecederaan pada jenazah Allahyarham konsisten. SPRM tolong jawab.

Berkaitan:

1. Kalau Di Bangunan SPRM, Terjun Dari Tingkat 1 Pun Boleh Mati Mengejut?

2. Eksklusif: Ahmad Sarbani Tak Mungkin Mati Mengejut??

Jumaat, April 08, 2011

Kalau Di Bangunan SPRM, Terjun Dari Tingkat 1 Pun Boleh Mati Mengejut?



Tragedi kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang telah mengejutkan kita. Menurut pihak polis Allahyarham dikatakan mati mengejut setelah terjun dari tingkat 3 bangunan SPRM Jalan Cochrane.

Boleh kah sebelum siasatan bermula polis sudah keluar kenyataan kes ini sebagai mati mengejut akibat terjun dari tingkat tiga bangunan itu? Kalau macam tu rakyat pun berhak membuat andaian mereka sendiri bahawa arwah Ahmad Sarbani dikhianati dahulu sebelum dicampak keluar.

Mari kita lihat bagaimana pegawai yang mengiringi arwah telah membiarkan arwah keseorangan di dalam bilik semacam memberi peluang kepada 'seseorang' bertindak luar batasan. Apakah pegawai yang mengiringi arwah ada komplot bersama orang ketiga?

Kronologi sebelum mayat ditemui:

1. SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

2. Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

3. Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

4. Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

5. Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

6. Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

7 XXX. Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

8. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

8 XXX. Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

9. Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

10 XXX. Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

Lihat pula 10 XXX. Bermakna ketinggian cuma 2 tingkat sahaja. Bolehkah seseorang itu mati mengejut dengan terjun dari aras dua?.. Mustahilkan.. Paling koman pun patah kaki atau tangan dan tak boleh nak bangun. Itu sahaja.

Orang yang mengkhianatinya mesti tahu jika jatuh dari aras itu tidak boleh menyebabkan kematian. Berkemungkinan arwah telah disenyapkan oleh 'seseorang' sebelum tubuhnya mendarat di tingkat satu.

Pasti ada rahsia disebalik tragedi ini. Sebagai seorang Islam, berumur 56 tahun dan memegang jawatan pegawai serta kehadirannya ke pejabat SPRM sudah tentu menggambarkan beliau seorang yang bertanggung jawab atas tugasnya. Takkan semudah itu beliau yang sudah berkeluarga, ada isteri dan tanggungan tergamak membunuh diri. Magik kan... Apa yang SPRM cuba sembunyikan??? Apakah 'orang ketiga' menggunakan amalan saksi perlu disenyapkan terus???...

Khamis, April 07, 2011

MB Selangor Ziarah Jenazah Ahmad Sarbani


Eksklusif: Ahmad Sarbani Tak Mungkin Mati Mengejut??


Alfatihah buat arwah

Kematian Ahmad Sarbani Ada kaitan dengan Pegawai Kanan Kastam?

FMT | Pendedahan mengejutkan seorang pemimpin DAP telah mendakwa seorang pegawai kanan Kastam berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kematian rakan sejawatnya, Ahmad Sarbani Mohamad.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata dia mendapat maklumat ini daripada ejen-ejen penghantar kargo di Pelabuhan Klang.

"Mereka berpendapat kematian Sarbani ada hubung kait dengannya (pegawai kanan)," katanya kepada wartawan di Parlimen.

Santiago berkata dia tahu identiti pegawai kanan Kastam tersebut tetapi enggan mendedahkannya buat ketika ini.

Ahli Parlimen Pembangkang itu berkata ia diberi penerangan lengkap oleh agen-agen penghantar kargo, yang rapat dengan Sarbani, Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia.

Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM di Jalan Cochrane semalam.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang yang ditahan SPRM dalam serbuan besar-besaran pada 1 April lalu atas kesalahan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. 


Duit ratusan ribu ditemui di Rumah Pegawai Kanan Kastam

MStar | Pasangan suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia adalah di antara yang ditahan dalam satu gerakan besar-besaran oleh Pasukan Tindakan Khas yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serentak di seluruh negara semalam (Isnin).

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, dalam serbuan itu, dua orang pegawai kanan Kastam telah ditangkap bagi membantu siasatan.

"Ratusan ribu ringgit telah dijumpai di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," katanya kepada media di sini hari ini.

Pasukan Tindakan Khas ini melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan berkaitan.

Mustafar menjelaskan, kesemua entiti yang diserbu dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram.

"Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah," katanya.

"Kami melakukan tinjauan selama sebulan. Ia boleh dikatakan satu sindiket berikutan jaringan yang ada antara satu sama lain," katanya.

Ditanya mengenai jumlah sebenar yang diperolehi dari serbuan itu, Mustafar berkata, "Ia hanya merupakan satu kes yang dilaporkan berbanding 10 yang tidak dilaporkan. Saya yakin ia tetap melibatkan jumlah yang sangat tinggi."


Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat

MKini | Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.


Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

TMI | Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Rabu, April 06, 2011

Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPRM)



Lagi mati jatuh bangunan SPRM. 

It could have been your Brother or Sister! or You...

MK | Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang. Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrani di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi. Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

Rabu, Disember 22, 2010

Inikah Yang Terjadi Pada Teoh Beng Hock???

Nasib baik tak kena campak dari tingkat 14... kalau SPRM nafi itu tandanya betul berlaku... kah.. kah.. kah...


Dipaksa berbogel, berdiri sebelah kaki dan dicemuh ketika siasatan

BHarian | Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Mazhazmi Jamaludin, yang mendakwa didera dan dibogelkan oleh pasukan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM200,000, dua tahun lalu.

Mazhazmi, 36, yang diwakili peguam Shamsul Sulaiman mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan di depan Hakim Rozilah Salleh dan memohon untuk dibicarakan.

Dalam prosiding semalam, Shamsul memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya didera ketika disoal oleh anggota SPRM.

“Anak guam saya yang pada awalnya dipanggil memberi keterangan sebagai saksi dibogelkan dan dipaksa berdiri dengan sebelah kaki saja ketika di soal.

“Mazhazmi juga turut dilontar dengan kata-kata kesat sehingga beliau tertekan,” katanya.

Rabu, Oktober 13, 2010

Kedaulatan Undang-Undang Dicabul Oleh Pemerintah Umno Sendiri


Dibawah ini petikan pengakuan Dato Mat Zain B Ibrahim, bekas Pegawai Kanan Polis. Mengenai bagaimana pemerintah memalsukan dokumentasi demi kepentingan kuasa politik bagi menjatuhkan sesiapa sahaja yang melawan. Bacaan ini sangat berat. Perlu menyediakan secawan kopi. Ketika mentelaah haruslah dalam keadaan tenang. Untuk bacaan penuh boleh pergi di pautan ini.

..................

10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat “pengistiharan” yang berbunyi antaranya;

“Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya,selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut dibawah;

a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan keatas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.

b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;…….”

10.9.1. Saya turut mengistiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI.

Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah keatas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan keatas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan “complications” dikemudian hari.

Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.

Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.

11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.

12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.

12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang.

Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada “precedent” yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Rabu, Julai 14, 2010

Video Mahfuz: SPRM Tidak Bersungguh Menyiasat Dakwaan Rasuah Pembelian Kapal Selam

-Memalukan kerana pihak Perancis yang bersungguh-sungguh memulakan siasatan keatas pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan malaysia.

-SPRM sepatutnya lebih bersungguh untuk menyiasat bagi memulihkan imej dan integriti institusi itu.

-Lebih memalukan pihak perancis yang merupakan pengeluar kapal selam lebih mempunyai integriti kerana tidak mahu agensi dinegara mereka terlibat dengan rasuah. Tapi negara malaysia tidak sensitif bilamana terdapat dakwaan wujud unsur rasuah dalm pembelian kapal selam.

-Amat malang SPRM tidak mampu menyoal siasat Bala secara berhadapan. SPRM hanya hantar soalan.

-Bila mahkamah putuskan SPRM tidak boleh siasat saksi selepas waktu bekerja iaitu waktu malam, pandai pula SPRM menyujud mintak rayuan diberi kebebasan waktu. Tapi bila SPRM mahu menyiasat Bala mereka seperti takut untuk berjumpa saksi utama tersebut.... perlu layan sampai habis..


Ahad, Mei 23, 2010

SPRM SAHKAN SEDANG SIASAT NAJIB

Hazlan Zakaria
Mei 23, 10


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu menlanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula./Malaysiakini

Ahad, Januari 03, 2010

SPRM Sudah Ketaq: Laporan Polis Sebagai Tekanan


Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPRM) menghantar pegawainya membuat laporan di ibu pejabat polis Shah Alam terhadap pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, kononnya beliau membocorkan maklumat hasil siasatan bedah siasat kali kedua Beng Hock (TBH).

Tindakan SPRM ini dilihat sebagai cubaan untuk menutup kebenaran mengenai kematian Teoh Beng Hock dan boleh dianggap satu tekanan terhadap pakar patalogi berkenaan yang hadir pada bedah siasat kedua ke atas mendiang pada November lalu. Sebelum ini Dr Pornthip mendakwa ada kemungkinan 80 peratus Beng Hock didera sebelum mati. Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh. Tidak hairanlah sebelum ini pakar patalogi tersebut menyatakan bahawa beliau pernah diekori ketika menjalankan tugasnya.

(Moral: Dulu bila munculnya surat layang disini yang mengaitkan pegawai tertinggi SPRM dengan kematian TBH, tiada pula laporan polis dibuat. Itu surat tiada nama pengirim dan tidak boleh dipercayai dan tak relevan. Lar ni SPRM dah rasa panas pungkok dan tak senang dudok. Kenyataan pakar forensik depa dulu ada percanggahan dengan apa yang dibongkar oleh Dr Pornthip. Maka laporan kepada pihak polis adalah jalan terbaik untuk cover balik kesilapan suruhanjaya telunjuk najib ini. Jika adanya tekanan oleh pihak polis, tidak mustahil Dr Pornthip berkemungkinan menarik diri dari kes tersebut. Maka tersenyum lebarlah juak-juak tertinggi suruhanjaya pembunuh rakyat malaysia ini. Woooiit awat kembang lubang hidung macam serombong kapal?.. Tak dak bukti dan boleh buat lagi...)

Jumaat, Disember 04, 2009

Akhirnya Tarik Diri Lebih Awal Kerana Sudah Lunyai Dikuda


Kepala tertinggi SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sudah tidak tahan lagi untuk menunggu tarikh 25 Mei 2010. Jadi beliau meletakkan jawatan dan digantikan oleh Timbalannya Datuk Abu Kassim Mohamed mulai 1 Januari tahun depan. Mungkin lututnya sudah dimamah Arthritis akibat beban yang diletakkan oleh Najib bagi menutup segala kes grombolan yang melibatkan hangusnya berbillion wang negara. Kepala SPRM ini turun dengan prestasi yang mengaibkan kerana berjaya menjunamkan tangga persepsi rasuah negara daripada kedudukan 23 di kalangan 41 negara pada tahun 1995 turun ke tangga 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia pada 2009.

(Moral: Nampaknya Datuk Abu Kassim Mohamed terpaksa pekena Tongkat Ali bagi menaikkan semula persepsi ini. Jangan lupa tempah ladam yang paling tebal supaya boleh menampung beban grombolan yang berat dengan segala dosa. Takkan Ahmad Said ini mahu selamatkan diri bagi mengelak terkenanya tempias bala grombolan umnobn?.)

Rabu, November 18, 2009

Benteras Rasuah Hanya Khabar Indah Najib

Presiden Tranparency International-Malaysia (TI-M), Paul Low memuji kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah. Beliau menyatakan pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib razak terus menjunam. Kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI dan nilai yang diperolehi Malaysia sejak CPI diperkenalkan oleh TI-M pada tahun 1995, di mana Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Dalam tahun 2009 Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia.

(Moral: Pencegahan amalan rasuah haruslah bermula dari pemimpin dengan nilai intergriti yang tinggi untuk membanterasnya. Jika mempunyai pemimpin yang tidak memberikan tauladan yang baik unjtuk diikuti, nescaya golongan muda akan mengikut apa yang pemimpin buat. Seharusnya Ketua SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan harus malu dengan rangking terbaru ini dan perlu meletak jawatan. Bikin malu negara sahaja kerana melepaskan perasuah billion ringgit. Yang besar didepan mata.. yang kecil tet juga dicari...)

Khamis, November 12, 2009

Mata-Mata Gelap SPRM


Teringin sangat Najib untuk mengwujudkan Pasukan Pemantau Rasuah dari SPRM ini semata-mata ingin menunjukkan sangat bertanggungjawabnya Najib untuk membenteras gejala rasuah dikalangan Adun dan Ahli Parlimen.

Maka apa akan terjadi bila Adun dihimpit oleh pemantau ini. Sudah tentu imej seseorang Adun itu dilihat terlalu rendah sama seperti lantai pakir. Adun yang bersih pun akan dilihat mengamalkan rasuah dengan wujudnya pemantau dari SPRM ini.

Apa akan terjadi dimasa akan datang hanyalah golongan yang cerdik putarbelit akan monopoli jawatan Adun. Manakala golongan cerdik pandai dan bersih akan takut untuk menyertai politik kerana adanya pemantau rasuah ini yang sentiasa mengintai pergerakan Adun dan Ahli parlimen.

(Moral: Nampaknya Pakatan Rakyat sudah kena main melalui strategi Najib dengan wujudnya pasukan ini. Semua sudah tahu bahawa puak-puak SPRM ini lebih dahagakan kes yang melibatkan Adun dan Ahli parlimen dari PR. Dan puak-puak tunggangan ini juga akan melambatkan dan kalau boleh buat tak tahu sahaja jika terkena kat batang hidung juak umnobn. Umum pun sudah tahu banyak kes rasuah akan ditutup jika seseorang adun dari PR meloncat menyokong UMNOBNgok. Masih ada jalan sebelum mereka umnobn buat checkmate)

Jumaat, Oktober 02, 2009

Lakonan DNA Gopala Muniam


Setelah begitu lama dok belek DNA sapa yang akan digunakan bagi mengharumkan nama SPRM, satu Malaysia di tipu lagi dengan DNA tersebut yang dikenalpasti oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong milik Gopala yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Kenapa tak istiharkan dari dulu lagi DNA Gopala Muniam?.

Apa kata surat misteri yang dikirim oleh orang dalam SPRM yang menyatakan Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.

(Moral: Dahulu bukan mainlah dan beriya-iya mewujudkan SPRM untuk menggantikan BPR yang sudah robek ketelusannya. Jadi ketelusan dan keadilan yang diperjuangkan SPRM adalah serta Penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah permainan belaka)

Ahad, Ogos 23, 2009

TP SPRM Selangor, Mengapa Lari Menyelamatkan Khir Toyo?


Rakyat kini menuntut Hishamuddin Hashim, TP SPRM Selangor membuat sidang akhbar bagi membuktikan surat misteri yang melibatkan beliau benar atau sebaliknya. Jika benar tidak melibatkan dirinya, beliau patut menafikannya dan bukan lari menghilangkan diri atas alasan cuti kecemasan. Adakah Hishamuddin Hashim terpaksa medapatkan bantuan lapisan atasan? kerana tuduhan berat tersebut melibatkan dirinya dengan kematian TBH dan kerjasama beliau menutup segala macam rasuah yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo. Satu badan berkecuali perlu bagi menyiasat semua harta-benda sama ada atas nama dirinya, anak isteri atau keluarga yang menjadi nominee kepada TP SPRM Selangor serta sejauh mana penglibatannya dalam politik.

(Moral: Tuduhan ini dibuat oleh pegawai-pegawai bawahan SPRM kerana mahu melihat kredibiliti dan keyakinan rakyat kepada SPRM yang hampir goyah kebelakangan ini. Bukan membiarkan kredibiliti agensi ini diperkosa oleh manusia yang mementingkan diri sendiri demi mengejar kekayaan dunia. Dulu bukan mainlah dan beriya-iya mewujudkan SPRM untuk menggantikan BPR yang kurang telus itu katanya. Kah.. Koh.. Keh.. sekarang semakinlah teruk dan zalim..sanggup membunuh.. Ketelusan dan keadilan yang diperjuangkan SPRM adalah permainan belaka. Hampehh... Double decker?)

>>Surat Misteri Versi Softcopy>>>

Post Haru Biru

Arkib Blog