Memaparkan catatan dengan label Jenayah Terampun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah Terampun. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 24, 2011

Lagi Rompak Duit Dengan Beli Barang Harga Tinggi







Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’  atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:

  • Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
     
  • Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)

Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran,” petik laporan itu.

Ahad, Januari 03, 2010

SPRM Sudah Ketaq: Laporan Polis Sebagai Tekanan


Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPRM) menghantar pegawainya membuat laporan di ibu pejabat polis Shah Alam terhadap pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, kononnya beliau membocorkan maklumat hasil siasatan bedah siasat kali kedua Beng Hock (TBH).

Tindakan SPRM ini dilihat sebagai cubaan untuk menutup kebenaran mengenai kematian Teoh Beng Hock dan boleh dianggap satu tekanan terhadap pakar patalogi berkenaan yang hadir pada bedah siasat kedua ke atas mendiang pada November lalu. Sebelum ini Dr Pornthip mendakwa ada kemungkinan 80 peratus Beng Hock didera sebelum mati. Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh. Tidak hairanlah sebelum ini pakar patalogi tersebut menyatakan bahawa beliau pernah diekori ketika menjalankan tugasnya.

(Moral: Dulu bila munculnya surat layang disini yang mengaitkan pegawai tertinggi SPRM dengan kematian TBH, tiada pula laporan polis dibuat. Itu surat tiada nama pengirim dan tidak boleh dipercayai dan tak relevan. Lar ni SPRM dah rasa panas pungkok dan tak senang dudok. Kenyataan pakar forensik depa dulu ada percanggahan dengan apa yang dibongkar oleh Dr Pornthip. Maka laporan kepada pihak polis adalah jalan terbaik untuk cover balik kesilapan suruhanjaya telunjuk najib ini. Jika adanya tekanan oleh pihak polis, tidak mustahil Dr Pornthip berkemungkinan menarik diri dari kes tersebut. Maka tersenyum lebarlah juak-juak tertinggi suruhanjaya pembunuh rakyat malaysia ini. Woooiit awat kembang lubang hidung macam serombong kapal?.. Tak dak bukti dan boleh buat lagi...)

Khamis, September 10, 2009

Adakah Mahkamah Akan Melindungi Zahid Hamidi?


Amir Bazli Abdullah, 38, memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid pada 5 Julai 2007. Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Jan 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah. Pautan ini mengenai kisah Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan kejadian itu tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh plaintif. Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 16 Nov depan untuk mendengar dan membuat keputusan berhubung permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman malu yang difailkan seorang usahawan terhadap beliau. Penolong Pendaftar Kanan Mohd Fitri Sadarudin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya.




(Moral: Jika mahkamah menyebelahi Zahid Hamidi bermakna Ketua samseng ini mungkin akan bermaharajalela untuk membelasah sesiapa sahaja yang menggangu gugat dirinya. Tidak hairanlah semasa di Permatang Pasir dahulu beliau pernah mengeluarkan kenyataan ugutan pemecatan jawatan kepada semua pemimpin umno Pulau Pinang. Disini ceritanya Oiit.. penjenayah mesti digugurkan dari menjadi menteri... Patutpun geng lembu sanggup bertempik sorak kerana mempopularkan warisan dari menterinya)

Khamis, Ogos 20, 2009

Surat Pegawai SPRM Mensabitkan Timbalan Pengarah Terlibat Keatas Kematian Teoh Beng Hock

Malaysiakini melaporkan surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan soal siasat Teoh, yang mungkin membawa kepada kematiannya. Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Sila klik image untuk besarkan






>>Lanjut Kenyataan Mazli Mencurigakan>>>

>>Lanjut Andaian Kejatuhan TBH>>>

Jumaat, Ogos 14, 2009

Permatang Pasir, Zahid Akui Masalah Umno


Penamaan calon belum bermula, Permatang Pasir belum lagi kelihatan kenaikkan poster dan baner. Zahid Hamidi kecut dan terus memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas kepada anggota atau pemimpin UMNO yang khianat. Dari awal lagi Zahid memberi gambaran Umno Pulau Pinang khasnya di Permatang Pauh seperti bermasalah. Sudah ada desas desus ada pihak yang akan sebotaj pilihan raya berkenaan.

"Saya ingin tegaskan, mana-mana anggota atau pemimpin UMNO di Permatang Pauh atau di mana-mana tempat di Pulau Pinang yang sabotaj parti pada pilihan raya, kita beri tempoh 60 hari untuk memecat mereka. Saya tidak main-main dalam hal ini dan saya harap semua faham mesej ini. Semua pemimpin, sama ada yang sudah lama atau baru mesti mempamerkan kesungguhan untuk memastikan kemenangan calon BN dan diberikan peranan dalam jentera kali ini."
-Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, naib Presiden Umno

(Moral: Dulu di penanti si zahid terselamat sebab umnobn tak bertanding. Sekarang lutut dah ketar tengah memikirkan isu apa yang nak di mainkan. Takkan nak mainkan isu Pengkhianat Melayu kot. Hang kan berimej baik di mata umno. Tapi di mata rakyat Marhaen hang lebih busuk dari bau sampah lori DBKL sampai sanggup godam rakyat biasa>>>)

Isnin, Ogos 10, 2009

Akan ada Konspirasi Menawan Lubuk Emas

Pakatan Rakyat Selangor harus berwaspada dengan gejala-gejala pelik yang akan timbul dari semasa kesemasa. Najib yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor akan melakukan strategi-strategi bagi menakluk kembali Selangor yang menjadi nadi negara. Ini dapat dilihat dengan secepat kilat beliau mengetuai perhubungan umno Selangor mengetepikan Khir Toyo setelah berjaya merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat.

"Peluang untuk Barisan Nasional (BN) berkuasa di Selangor tetap ada tetapi dengan syarat parti-parti komponen yang diterajui UMNO sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah. Ini harapan saya ... pesanan saya kalau hendak menang buat cara nak menang, jangan kita kata nak menang tapi perbuatan kita menempah kekalahan. Bagi meningkatkan sokongan rakyat, BN mesti dilihat sebagai parti yang tidak banyak masalah."
-Datuk Seri Najib Tun Razak

(Moral: Daripada kenyataan Najib ini, ketidakstabilan parti kompenen umnobn adalah jelas dan nyata cuma media tidak menghuraikan kelemahan serta kebobrokkan umno. Wakil mereka hanya mahu imbuhan untuk memenuhkan poket dan menaburkan janji-janji kosong. Jarang sekali mereka turun padang untuk mengetahui masalah, harapan, aspirasi serta kehendak rakyat.)

Sabtu, Ogos 08, 2009

Level 14, Tarak Ong Woo... Traditional Chinese culture


''Hari ini kami hanya dibawa kesemua tempat untuk melihat suasana serta keadaan. Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi meskipun tingkap di tingkat 14 pejabat SPRM boleh dibuka dengan luas. Dari tempat saya berdiri sebentar tadi (di tingkat 14) memang boleh melihat mayat Beng Hock yang sebelum ini ditemui di bahagian bumbung tingkat lima.''
-Malik Imtiaz Sarwar, peguam pemerhati bagi kerajaan negeri Selangor

''Ini mungkin disebabkan terlepas pandang ataupun silap pandang. Polis sekadar menyiasat kononnya Beng Hock telah membunuh diri. Tetapi perkara itu boleh memudaratkan kes kami. Pada peringkat ini, kami akan melihat dahulu dan terus mendengar keterangan saksi-saksi. Sekiranya terdapat keperluan, kami tidak akan teragak-agak untuk memohon siasatan lanjut dijalankan atau sebarang perintah lain."
-Gobind Singh, peguam bagi pihak keluarga Teoh

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut. Apabila tiba di tingkat 15, kami tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ. Setelah meninjau kami ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila melihat menerusi kaca pintu. Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan."
-Lim Lip Eng, Peguam yang juga anggota Parlimen Segambut

Four
Number 4 (四; accounting 肆; pinyin sì) is considered an unlucky number in Chinese, Korean, Vietnamese and Japanese cultures because it is nearly homophonous to the word "death" (死 pinyin sǐ). Due to that, many numbered product lines skip the "4": e.g. Nokia cell phones (there is no series beginning with a 4), Palm[citation needed] PDAs, Canon PowerShot G's series (after G3 goes G5), etc. In East Asia, some buildings do not have a 4th floor. (Compare with the American practice of some buildings not having a 13th floor because 13 is considered unlucky.) In Hong Kong, some high-rise residential buildings miss ALL floor numbers with "4", e.g. 4, 14, 24, 34 and all 40-49 floors. As a result, a building whose highest floor is number 50 may actually have only 36 physical floors.

In Singapore during the early 2000s, Alfa Romeo introduced a new model, the 144. Nobody bought it, so they had to change the model number.[citation needed]

Number 14 is considered to be one of the unluckiest numbers in Chinese culture. Although 14 is usually said as 十四 "shí sì," which sounds like 十死 "ten die", it can also be said as 一四 "yī sì" or 么四 "yāo sì", literally "one four". Thus, 14 can also be said as "yāo sì," literally "one four," but it also sounds like "want to die" (要死 pinyin yào sǐ). In Cantonese, 14 sounds like "sap6 sei3", which sounds like "sat6 sei2" meaning "certainly die" (實死).

Ironically, in the Rich Text Format specification, language code 4 is for the Chinese language.

>>More about number, just for fun>>>

Khamis, Julai 23, 2009

DAH TERANG KAT PASPORT MALAYSIA




Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya.

Dalam Satu Laporan media maya Zahid dikatakan membuat pertemuan dengan Ehud Barak, dia juga pemimpin Kanan Israel yang terlibat membunuh Rakyat Palestin, Yang menariknya perjumpaan ini dibuat di Paris bulan lepas secara tertutup. Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris!.

Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya?

(Moral: Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan UMNOBN dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid)

Isnin, Julai 20, 2009

POLIS PERLU GODAM SPRM BUKAN BESEKONGKOL


Polis mengambil beberapa lagi bahan bukti termasuk dokumen dan perkakasan komputer dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam di sini, bagi membantu merungkai misteri kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis belum mengetepikan teori kemungkinan ada perbuatan khianat di sebalik kematian Teoh, walaupun laporan awal bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan termasuk jatuh dari tempat tinggi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bersikap professional sebagai menteri bukannya menuduh Pakatan Rakyat cuba mengalihkan perhatian keatas siasatan SPRM terhadap adun mereka. Ini menyebabkan ORANG yang mati di pejabat SPRM dan bukannya kematian ayam atau lembu. Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan isu kematian Teoh Beng Hock telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil rakyat mereka.

(Moral: Pihak polis perlu menyiasat dengan teliti kes ini. Mungkin ada yang terlepas pandang atau pengubahsuaian maklumat dari pihak SPRM. Maklumlah SPRM pun PAKAR dalam menyiasat nih sehingga ada anggota polis yang pernah disiasat dan dibelasah. Kalau boleh SPRM mahu siasat semua adun Pakatan Rakyat seperti yang disuruh oleh lapisan teratas)

Sabtu, Julai 04, 2009

MARUAH MELAYU RM3juta VS CINA RM20juta

Melayu kayu: Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang. Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut. Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak juga ditipu oleh Jamal. Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

>>Wajib Baca Meletop>>>

Isnin, Mei 04, 2009

LUARAN WAJAH NAMPAK BAIK: HATI BUSUK PIANG...


Ini adalah kisah yang membabitkan hubungan cinta antara En Amir Bazli Abdullah dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Dato' Ahmad Zahid Hamidi - hari ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah menteri Penerangan).

Percintaan terhalang ini mengakibatkan En Amir Bazli Abdullah menghadapi kecederaan kekal di mukanya. Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini telah menyebabkan kehidupannya berubah dengan kecacatan kekal di muka dan hidung beliau. Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan rajan-rakan "gangstser" beliau telah melakukan semua ini dan sehingga hari ini masih bebas tanpa diambil sebarang tindakan.

Dato' Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang bertanggungjawab dan sepatutnya beliau perlu dihakim atas tindakan melampau beliau. Pendedahan ini akan memaparkan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa tindakan masih tidak diambil ke atas Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Adakah kerana beliau berjawatan Timbalan Menteri, maka beliau berhak untuk melakukan apa sahaja sehingga melakukan kenayah yang melibatkan penculikan, penderaan, pukul dan mengugut bunuh?

baca lagi...

(Ceh ada geng berani loo... cuba 1+1... gerenti hilang batu..)

Post Haru Biru

Arkib Blog