Memaparkan catatan dengan label rompak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rompak. Papar semua catatan

Sabtu, April 13, 2013

CCTV: Geng Rompak Bermotor




Modus Operandi Geng bermotosikal ini melakukan kegiatan diawal waktu pagi(masih gelap), target barangan ringan seperti Accesories Kereta , Smart Tag, Cermin Mata, Kasut dan lain-lain.Sebelum diorang buat kerja, diorang akan lock gate/slider pintu rumah dengan dawai, supaya kalau owner sedar dan dapat tau pun perompak ni dapat sempat lari sebab owner terkunci kat dalam, ade sesetengah rumah diorang terus mangga gate/sliding door. -FB-

Jumaat, Disember 02, 2011

Isu NFC: WOW... PKR Selak Kain Shahrizat?

KeadilanDaily | Ketua Wanita KEADILAN menyifatkan keengganan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana takut menghadapi perkara sebenar.

“Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri,” katanya pada keadilandaily.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, Shahrizat sepatutnya menjawab pendedahan penyelewengan duit rakyat dan bukannya berdalih dari isu pokok malah mengeluarkan kenyataan angkuh.

“Dia begitu angkuh dan tidak mengapa, lagi dia bising lagi dia kena. Tunggu ada lagi pendedahan kerana kita (KEADILAN) tidak meremehkan isu yang berkaitan duit rakyat,” tegasnya.

Tambah Zuraida bahawa KEADILAN juga tidak akan gentar sekiranya Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk bertindak menyaman parti di mahkamah kerana mempunyai bukti yang kukuh.

“Kalau dia nak saman, dia samanlah. Saya pasti dia tidak akan menang. Kita ada bukti dan sampai sekarang dia tak boleh jawab, dia hanya boleh jawab sewaktu perhimpunan Umno sahaja,” sindirnya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan NFC sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam KEADILAN berhubung isu itu.

Gambar: Wajah ketika separuh kain diselak... masih diam lagi... kah... kah... kah... kah... kah... kah... kah...

Makin melawan makin diselak... Dulu selak nampak projek kroni... Kemudian selak NFC rugi... Selak lagi... weehhh dah beli kodominium tinggi...

Selak lagi... peehhh ada kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 lagi.... Selak punya selak... fuiiyooo ada dua bidang tanah di Putrajaya berharga RM3,363,507.... Malah boleh melancong tiga empat kali ke luar negeri....

Adehh... Pening... semakin berpusing....

...Bukan sahaja sekapal penyangak umnobn yang pening... malah langau tahi yang terbang akan jatuh kerana pening akan bau tengiknya... kah... kah... kah... kah... kah... kah... kah... kah... kah... kah... kah... kah...

Isnin, Oktober 24, 2011

Lagi Rompak Duit Dengan Beli Barang Harga Tinggi







Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’  atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:

  • Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
     
  • Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)

Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran,” petik laporan itu.

Post Haru Biru

Arkib Blog